BEBAN EMOSI

YANG LIHAT MATA, YANG RASA HATI

 

“Aku ni pun, ada masanya penat Din. Kalau ikutkan, rasa macam nak tutup aje bisnes tu!”

 

“Eh, kau dah kenapa Mat?” Din membetulkan duduknya. Badan yang bersandar, sekarang sudah tegak macam batang kelapa.

 

“Hati penat. Orang buat bisnes macam Aku ni, tak kiralah besar ke tidak, penat hati.” Mat melemparkan pandangan jauh ke sebarang jalan.

 

Tangan kanannya diletakkan betul-betul di atas dadanya. Tangan Mat bergerak ke atas dan ke bawah, sehingga kedutan pada kemeja di bahagian dadanya itu kelihatan tegang semula. Macam kena gosok dengan seterika panas.

 

“Oh…maksud kau, emosi ya? Kau rasa beban emosi ya?” Sungguh-sungguh Din bertanya.

 

 

Mat menggerakkan kepalanya. Dia angguk. Nampaknya, wang bukan satu-satunya beban yang ditanggung. Betul juga. Apabila melibatkan ramai orang, yang melibatkan wang, mahu tidak mahu, sudah tentu melibatkan emosi.

 

Sekiranya pelanggan lambat bayar, kita geram juga.

Apabila pembekal tidak hantar barang yang sudah dibayar, kita marah juga. Apabila staf yang dibayar gaji tidak buat kerja, kita pening kepala dan makan hati.

Apabila proposal kita hantar, orang lain pula yang ambil ‘job’ dan tiru bulat-bulat proposal kita, memang kita yang makan hati.

 

Berfikir secara rasional, memang perlu. Kita mahu selesaikan masalah. Jika hutang, perlu dibayar. Orang berhutang dengan kita, perlu kita kutip. Jualan kena buat. Bunyinya macam mudah. Senang macam kacang goreng. Tetapi, emosi itulah yang terbeban. Ini orang tidak nampak.

 

Selepas seketika, Mat menyambung. “Din, memang betul. Kau yang jaga bahagian akaun syarikat Bos kau tu. Kau mesti ada isu-isu yang melibatkan emosi jugak. Kau ada rasa tempiasnya?”

 

“Betul juga. Aku memanglah ada juga beban emosi kerja. Tapi, orang macam Aku, bila kerja dengan Bos, banyak urusan lanjut Bos yang ‘handle’. So, kira beban Aku tu, Aku pass kat Bos.” Din sengih.

 

Macam itulah. Akhirnya, jika ada isu klien tidak bayar, atau proposal kena tendang, atau pembekal tak hantar barang… akhirnya Bos akan merasai tekanan paling akhir. Paling berat. Semua pihak akan cari Bos.

 

Sebagai manusia biasa, orang bisnes ini juga ada keluarga dan sanak saudara. Bebanan emosi yang dihadapi semasa dalam situasi bisnes, mahu tidak mahu memberi kesan kepada apa yang berlaku dalam keluarga.

 

“Habis, anak bini kau macam mana Mat? Mereka tahu apa yang kau alami ni?”

Mat diam.

 

Bagi orang bisnes yang pasangannya juga bekerja dalam bisnes, ada kelabihan dan kekurangan. Lebihnya, dia faham situasi suami. Kurangnya, kedua-duanya bosan dan pening dengan hal bisnes dan susah mahu melupakannya apabila masuk dalam rumah. Tekanan berpanjangan, berganda.

 

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Individu mana yang tidak mahu berpasangan dan membina rumah tangga? Naluri manusia, semua mahu bahagia. Tidak mahu hidup sendirian.

 

Maka, bebanan emosi dalam bisnes, jarang terhenti di situ sahaja. Ia melibatkan hampir setiap orang yang ada kaitan dalam hidup orang itu. Bebanan macam inilah yang tidak semua orang punya kekuatan yang sama.

 

Bisnes boleh menyatukan, boleh meruntuhkan.

Bisnes boleh menjadikan orang kaya, boleh menjadikan orang papa.

Bisnes boleh menjadikan kita semakin baik, boleh menjadikan kita lebih jahat.

 

Hukum alam. Setiap satu, ada pasangannya.

Yang melihat itu mata. Yang merasainya, hati.

 

 

Oleh: Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.