REZEKI DAN KEHIDUPAN

Hidup ini, memang  banyak kisah. Jalannya, cabarannya, suka dan dukanya semua adalah sebahagiand aripad akisah dan cerita kehidupan. Kita merupakan penulis kepada cerita hidup kita.

Indah, seram,  cinta romantis…semuanya plot yang kita pilih jalannya, tanpa sedar. Ya, begitulah umpamanya.

Maka, apabila kita menulis yang baik, cerita itu baiklah jadinya. Jika kita menulis sebaliknya, lain pula hasilnya. Pun begitu, adakalanya, cerita kehidupan bukanlah semudah plot cerita dalam buku.

Ia merupakan satu jenis misteri juga. Kita rancang plot A, jadi plot C pula. Inilah namanya ‘rezeki’ dan ketentuan Allah apabila ia berada di luar kekuasaan kita sebagai manusia.

Kita berusaha. Kita kwal apa yang kita boleh kawal. Usaha ini, ada banyak cabang, rantaian, rangkaian dan pintunya. Maka, satu pintu sahaja BUKAN jalannya. Ada banyak ruang dan peluang.

Tekanan? Ia juga merupakan pilihan. Banyak juga perkara baik dan positif merupakan satu tekanan kepada kita. Maka, ia BUKAN hanya tentang tekanan negatif, malah tekanan positif.

Menerima jawatan besar dengan imbuhan yang bagus, merupakan satu perkara positif. Ia mencipta satu tekanan juga.

Menerima cahaya mata, ia merupakan perkara baik dan gembira. Ia tetap mencipta satu tekanan juga.

Bagi perkara negatif, memang banyak tekanan yang mudah kita nampak dan jelas. Jarang orang melihat tekanan yang datang dengan perkara baik dan positif. Apa juga keadaannya, kita yakin, bahawa kita boleh mengawal apa yang boleh kita kawal sahaja.

Selebihnya, ia adalah kuasa Allah maha pencipta.

Apakah dengan berserah begitu maknanya kita tidak berusaha? Tidak! Malah, apabila datangnya penyerahan jiwa kepada Allah, maka banyak jalan yang akan ditemui untuk kita terus menjalani dan mencari jalan penyelesaian.

Jauhkan diri sahaja daripada amarah dan dendam. Amukan dan hasutan, malah provokasi, hanya akan memakan diri. Diam-diam, kita fokus terus kepada apa yang kita pilih dan mahu jadi.

Benarlah, kita ini menerima banyak rezeki. Allah memberi kepada yang berusaha. Apabila berusaha, andai belum mencapai hasil tahap yang kita impikan, maka kita boleh mengambil jalan pilihan.

Sama ada kita perbaiki jalan usaha, atau kita mahu meratap di jalan usia kian meningkat. Hidup ini, tidak lama. Maka kita sama-sama isi dengan kebaikan dan usaha.

Salam berjuang!

 

Noraminah Omar, 8.34 pagi,

Kajang yang dilimpahi hujan renyai.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.