Bagaimanakah sebuah tadika yang masuk dalam kategori bisnes kecil dengan pendapatan sekitar RM10K sebulan, mampu mempunyai pengurusan bisnes yang sistematik?
[1]
Pertama, semak dahulu keperluan dan kapasiti bisnes itu. Sekiranya ia dalam bentuk bersyarikat, kos pengurusannya akan bertambah tinggi sejajar dengan potensi yang tinggi bagi bisnes itu dikembangkan.
Sekiranya masih bisnes persendirian dengan lesen enterprise, cara pengurusannya sedikit berbeza, lebih kepada mengoptimumkan potensi bisnes sejajar dengan kapasiti ‘tuan punya’ bisnes.
Lebih lama kita menjalankan perusahaan itu, lebih segera kita perlu menguruskannya dengan bersyarikat.
[2]
Kedua, sediakan dahulu satu sistem aliran kerja dan pengurusan yang teratur. Bagi tadika, SOP am bagi pengurusan tadika ada dipasarkan oleh ABS Edu Consult.
Konsep asasnya mudah.
1. Asingkan antara wang bisnes dan wang peribadi.
2. Asingkan tugas mengesahkan dan membuat bayaram.
3. Semua urusan kewangan mesti menggunakan akaun bank bisnes. Wang masuk semua ke akaun bisnes.
4. Rekodkan semua wang masuk dan wang dibelanjakan. Simpan bukti wang masuk dan perbelanjaan.
Apabila sampai tempoh 12 bulan, segeralah isytiharkan laporan kewangan.
[3]
Ketiga, apabila pengurusan dijalankan dengan amalan lazim terbaik, akan ada pelan bisnesnya. Maka, semak pelan bisnes, susunkan bahagian kewangan kepada perbelanjaan operasi, simpanan dan pelaburan.
Sasarkan untuk menggunakan wang dalam kategori pelaburan untuk menyediakan keperluan sistem berkomputer yang bisnes perlukan.
Tidak boleh ikut suka, buat sesedap rasa.
Elakkan situasi ‘cashflow’ tercekik dalam usaha men’sistem’kan bisnes tadika.
.
#bisnestadika