LATIHAN MEMERLUKAN JURULATIH
Bagi memastikan semua keperluan khusus dalam syarikat dan organisasi dipenuhi, jadual dan program latihan setahun biasanya diadakan dan disediakan lebih awal untuk persediaan dijalankan.
Bagi memilih kandungan dan keperluannya, urusan memastikan adanya jurulatih yang baik dan sesuai juga menjadi keutamaan. Maka, latihan itu memerlukan jurulatih yang betul untuk menjadikannya berkesan dan memberi impak yang diharapkan.
Apakah sebenarnya fungsi seorang jurulatih?
Dalam salah satu kajian awal tahun 80-an, satu kajian menyatakan bahawa terdapat 15 fungsi utama seorang jurulatih. (Baird, Schneier & Laird, 1983).
- Penilai (evaluator). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih memeriksa dan menilai keberkesan program yang dilaksanakan.
- Fasilitator kumpulan (group facilitator). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih menjadi pembantu dan pemangkin kepada wujudnya proses perbincangan dan aktiviti kumpulan yang lancar dan memberi kesan.
- Kaunselor pembangunan individu (individual development counselor). Satu tugas yang memerlukan jurulatih membantu setiap individu menilai semula tahap pencapaian peribadi, nilai-nilai baik yang dipegang, tujuan yang mahu dicapai dan juga merealisasikan semangat berkumpulan.
- Penulis Kandungan latihan (instructional writer). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih menyediakan rancangan program latihan, bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan. Ini tidak terhad kepada nota, lembaran kerja, panduan pengendalian sesi latihan, kertas kerja program, kajian-kajian kes yang digunakan dan pelbagai skrip audio atau video yang diperlukan.
- Instruktor (Instructor). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih menjadi pemangkin dan pendorong kepada sesi pembelajaran berlaku.
- Pengurus latihan dan pembangunan (Manager of training and Development). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih merancang, menganjurkan, mengambil krew bertugas pada sesi latihan, mengawal dan memastikan kelancaran program latihan.
- Pegawai Pemasaran (Marketer). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih menjual manfaat program latihan, pakej-pakej pembelajaran yangs esuai serta mencadangkan program yang sesuai untuk peserta sama ada dalam hal pekerjaannya atau kehidupannya sebagai pekerja.
- Pakar Media (Media speacialist). Satu tugas yang memerlukan seorang jurulatih menyediakan bahan-bahan latihan seperti ‘slide’, penggunaan bahan audio-visual, computer dan semua perlatan media berkaitan yang diperlukan untuk program latihan.
- Penganalisa Keperluan (Need Specialist). Satu tugas yang memerlukan jurulatih menganalisa keperluan latihan yangs esuai kepada peserta atau organisasi.
- Pengurus Program Acara (Program Administrator). Satu tugas yang memerlukan jurulatih memastikan semua keperluan program latihan pada hari berkenaan cukup, keperluan peserta disediakan dan semua urusan logistik program berjalan dengan lancar.
- Program Desainer (Program Designer). Satu tugas yang memerlukan jurulatih menyediakan objektif program latihan, memperincikan kandungan latihan, memilih dan mengendalikan aktivitiyang khusus untuk mencapai objektif program latihan.
- Satu tugas yang memerlukan jurulatih merangka rancangan program latihan untuk jangka masa sederhana panjang dan jangka masa panjang yang memenuhi keperluan, polisi, program perubahan khidmat dan struktur syarikat atau organisasi berkenaan.
- Penganalisa tugas (Task analyst). Satu tugas yang memerlukan jurulatih mengenalpasti aktiviti, tugas dan tanggungjawab pengurusan sumber manusia dan keperluan yang menyokong kepada objektif pembangunan modal insan yang mahu dicapai oleh organisasi.
- ‘Theoritician’. Satu tugas yang memerlukan jurulatih memainkan peranan membina dan mengaplikasikan teori pembelajaran, latihan dan pembangunan modal insan.
- Ejen pemindahan kemahiran (Transfer agent). Satu tugas yang memerlukan jurulatih membantu setiap individu mengaplikasikan semua hasil pembelajaran selepas program latihan.
Ada banyak fungsi jurulatih yang didefinasikan oleh ramai pengkaji. Namun, dalam konteks praktikalnya, terutama mengkhusus dalam industri masing-masing, jurulatih yang mempunyai kepakaran dan kemahiran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan (associates) juruulatih lain mempunyai kelebihan.
Jurulatih yang dapat menyokong keperluan latihan yang betul dapat memberi nilai yang lebih kepada peserta secara khusus dan kepada organisasi secara amnya.
Perdebatan antara penggunaan istilah ‘guru’, ‘fasilitator’ atau ‘jurulatih’, tidka lagi menjadi isu apabila fokus yang diberikan ialah manfaat khusus kepada peserta dan amnya kepada organisasi yang terlibat.
Melihat keperluan ini secara nasional dan global, jurulatih yang daoat memberikan sokongan kepada keperluan latihan membolehkan adanya pembangunan tenaga kerja mahir dan pembangunan modal insan untuk sebuah negara maju.