KEBOLEHAN DAN KEPAKARAN JURULATIH
Setiap kerjaya mempunyai nilai dan tahap kepakaran yang tertentu. Tidak kira sama ada kerja itu berada di peringkat staf sokongan, eksekutif atau pengurusan tertinggi, setiap satu mempunyai tahap kebolehan dan kepakaran yang berbeza.
Maka, sebagai jurulatih juga kita tidak terkecuali. Lalu, apakah tahap kebolehan dan kepakaran yang penting bagi seorang jurulatih?
Merujuk kepada senarai yang dikeluarkan oleh McLagan & Bedrick, 1981 maka penguasaan kebolehan dan kepakaran jurulatih itu merangkumi 23 perkara dalam senarainya.
Antara yang penting ialah keperluan seorang jurulatih memahami bagaimana orang dewasa belajar. Penerimaan dan cara orang dewasa menerima maklumat yang sama atau maklumat baru berbeza. Ada kemahiran serta sikap yang perlu ditangani dalam proses memindahkan kemahiran yang berlaku semasa sesi latihan berlangsung.
Seorang jurulatih juga perlu mempunyai kemahiran asas penggunaan bahan ‘audio-visual’ dalam proses pengendalian latihan bagi orang dewasa. Pemilihan kandungan yang sesuai itu sudah pasti, tetapi kemahiran penggunaannya itu lebih penting. Hari ini, semua kemahiran penggunaan komputermestilah dikuasai dengan baik.
Bercakap dan memberikan input kepada orang dewasa dalam konteks organisasi memerlukan seorang jurulatih yang ada pengetahuan tentang pembangunan kerjaya. Pembangunan staf dalam konteks tempat kerja berkaitan secara langsung dengan kerjayanya. Pengetahuan ini penting bagi memerikan impak komunikasi berkesan apabila berada dalam kumpulan orang dewasa sebagai peserta.
Jurulatih yang menjadi poj rujukan penting semasa menjalankan sesi latihan, perlu mempunyai kemahiran menentukan kemahiran yang diperlukan dalam satu bidang kerja. Pengetahuan ini membantu seorang jurulatih menyampaikan konten latihan melalui perbincangan yang relevan dan berbentuk praktikal kepada peserta. Ini bukan hanya diperlukan semasa program bersama peserta, malah perbincangan bersama pegawai HR atau organisasi juga penting.
Menjadi seorang jurulatih yang berkebolehan memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran untuk menganalisabeberapa perkara. Ini termasuklah, ‘cost-benefit analysis’dan ‘data deduction’. Kemahiran ini adakalanya diperlukan sebelum atau selepas program latihan. Ia tetap penting untuk dikuasi oleh seorang jurulatih yang berkebolehan.
Mengendalikan latihan, bukan hanya menjadikan kita jurulatih mahir. Dalam mengendalikan latihan ada kemahiran kaunselingyang diperlukan. Ia bukan hanya bersama peserta, malah dengan bahagian atau pihak ketiga yang perlu kita bekerjasama dalam pengendalian latihan. Maka, kemahiran menyusun atur kerja iaitu ‘delegation skills’juga menjadikan kita mencapai tahap jurulatih berkebolehan.
Ada beberapa kemahiran lain yang juga penting bagi memastikan kita ini kekal relevan dan mampu menjadi seorang jurulatih yang berkebolehan. Antara kemahiran itu termasuklah, ‘facilities skills’, ‘feedback skills’, ‘futuring skils’, ‘group process skills’, ‘library’skills’, ‘model building skills’, ‘negotiation skills’, ‘objective preparation skills’, ‘performance observation skills’.
Kemahiran-kemahiran yang di atas kedengaranseperti kemahiran umum yang biasa. Namun, bagi memiliki tahap kebolehan tertentu, kita masih memerlukan pengalaman, pendedahan dan latihan berterusan dikalangan jurulatih itu sendiri.
Sebagai tambahan, seorang jurulatih juga perlu mempunyai perspektif dan pengetahuan yang wajar dalam hal pemahaman industri. Mereka juga perlu punya kebolehan berfikir secara logik dan merdeka (intellectual versatility) tanpa bias. Jurulatih dengan kebolehan dan mancapai tahap kepakaran juga mempunyai pemahaman organisasi dan tingkahlaku organisasi serta pemahaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pembangunan modal insan.
Cabaran kepada para jurulatih yang berkebolehan dan mempunyai kepakaran pada hari ini, banyak bergantung kepada siapa yang mengenali mereka. Impak kepada era pemasaran digital yang mempunyai pelbagai akses melalui platform dan media online, seharusnya dapat diharungi dengan baik oleh para jurulatih berkebolehan ini.
Meskipu gelaran lain kini lebih dipopularkan berbanding jurulatih, tugas, fungsi dan tanggungjawabnya sentiasa memerlukan tahap kebolehan dan kompetensi yang tersendiri.