Membina ‘competitive advantage’ dalam Bisnes.

Dalam pengurusan bisnes, kita mesti ada kombinasi aplikasi teori dan juga praktikalnya. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, malah banyak persaingan dan perlumbaan, mahu tidak mahu, setiap bisnes mesti boleh meletakkan syarikat bisnesnya dengan betul untuk terus hidup.

Antara banyak yang dibincangkan ialah ‘competitie advantage’ yang merupakan salah satu strategi yang digunakan dalam pengurusan bisnes.  Ia membolehkan kita menyusun strategi yang sesuai untuk bisnes kita.

Mempunyai competitive advantage, menjadikan bisnes kita boleh terus kekal relevan.

Secara ringkasnya ada 3 jenis pendekatan teori yang membolehkan bisnes kita tanpa mengira saiznya mempunyai competitive advantage.  Ini kita boleh aplikasikan mengikut kesesuaian.

 

  1. Competitive strategies: Teori ini dibawakan oleh Micheal E. Porter.

Dalam teori ini, secara ringkasnya ia diterangkan seperti dalam imej.

SOURCE: https://www.enotesmba.com

Bagi bisnes yang mempunyai modal yang besar, mereka boleh mengaplikasikan ‘cost leadership strategy’. Dalam strategi ini syarikat masih boleh menetapkan harga pada tahap kompetitive dalam pasaran, pada masa yang sama terus mengekalkan kos dengan kadar yang lebih rendah.

Mereka juga mempunyai ‘break even point’ yang rendah. Strategi ini memberi penekanan kepada skop pasaran yang luas. Low cost management to win.

 

Bagi bisnes kecil, lebih sesuai sekiranya mereka memilih untuk menggunakan ‘differentiation strategy’ di mana mereka membangunkan produk atau servis yang tidak boleh disamakan nilainya dengan harga secara langsung.

Produk atau servis dikekalkan dengan nilai yang sanggup pelanggan bayar. Strategi ini masih memberi penekanan kepada skop pasaran yang luas. Win the competition by being unique.

 

Sekiranya bisnes kita berbentuk sederhana, tidak besar dan tidak kecil, kita mungkin mahu menggunakan ‘focus strategy’ untuk bisnes kita. Ini merupakan satu pendekatan sama ada kita mahu kekal dengan kos atau berbeza.

Ini bermakna, kita memberikan penekatan kepada skop pasaran yang lebih kecil dan memilih sama ada mahu fokus kepada pengekalan kos sahaja atau menonjolkan perbezaan yang ketara.

Bagi strategi fokus ini, ia mempunyai sasaran khusus dalam integrasi pengurusan sumber manusia, bahan, wang dan semua sumber yang ada dalam bisnes.

Fokus kepada kos ialah memastikan kita mempunyai kelebihan mengawal kos dalam skop pasaran yang khusus. Manakala fokus kepada perbezaan (differentiation) memberikan penekanan kepada perbezaan khusus dalam skop pasaran itu.

 

Kritikal faktor dalam penggunaan strategi ini ialah pengurusannya TIDAK BOLEH tersekat dalam mana antara ketiga-tiga strategi. Strategi ini mestilah dipilih satu pada satu-satu masa, tidak bercampur. You can not stuck in between any.

 

2. Competitive position

Dalam strategi ini, syarikat bisnes menentukan di mana posisi yang mahu diambil. Ada 4 jenis dominan dalam pasaran.

    • Leader
      • Ciri-cirinya: Memupunyai kuasa pasaran yang besar, tim jualan yang kuat dan produk yang diterima pengguna.
    • Challenger
      • Ciri-cirinya: Mempunyai kuasa pasaran kedua besar selepas ‘leader’ dan mempunyai ‘perbezaan unik’ ketara daripada ‘leader’
    • Nicher
      • Ciri-cirinya: Memberikan fokus dalam bidang atau skop yang ‘leader’ dan ‘challenger’ tidak masuk campur.
    • Follower
      • Ciri-cirinya: Mengikut langkah ‘leader’ dan ‘challenger’ dan memenuhi keperluan dan keuntungan yang mereka tidak dapat penuhi.

Dalam setiap domain ini, setiap bisnes boleh mencapai kejayaan masing-masing.Bagi menentukan ini, beberapa proses perlu berlaku. Dalam Kotler’s Theory, ia melibatkan proses berikut.

      1. Segmentation
      2. Targeting
      3. Positioning

Lebih dikenali sebagai STP.

 

SOURCE: www.slideshare.net

 

3. Lanchester’s Theory

  •  Lanchester’s Theory of Warfare. Frederick Lanchester, a British mathematician, tried to apply mathematical analysis to warfare. Mathematics in the form of operational research or logistics has some very practical applications for the military. Lanchester’s analysis provides a justification of that principle.
  • –wikipedia

     

  • Pendekatan dalam teori ini agak panjang untuk diterangkan. Ada 2 bahagian cadangan atau aplikasi. Pertama untuk pihak yang lebih lemah dan kedua untuk pihak yang lebih kuat.

 

RUMUSAN strategi ini secara ringkas adalah seperti berikut:

 

  1. Setiap strategi mesti disesuaikan kepada setiap syarikat.

Tidak boleh sama. Setiap syarikat mempunyai konteks dan sumber yang berbeza. Sekiranya semua menggunakan satu jenis strategi yang sama, mestilah tiada perubahan dalam pegangan dalam pasaran (market share).

Maka, sebaiknya, setiap syarikat memilih strategi yang tersendiri.

 

   2. Syarikat mestilah sudah menetapkan posisi dalam pasaran dengan jelas. KUAT atau LEMAH.

Sekiranya ada syarikat lain yang lebih kuat, maka syarikat kita adalah yang lebih lemah. Sekiranya syarikat baru masuk dalam bisnes, ia dikategorikan sebagai lemah.

Jumlah nilai jualan tidak menentukan sama ada syarikat dalam kategori lebih kuat atau lemah. Pegangan kuasa dalam pasaran (market share) dalam segmen yang lebih kecil dan skop specifik boleh menentukannya.

Jumlah unit dan jabatan juga BUKAN penentu sama ada syarikat kita kuat atau lemah. Sekiranya syarikat mempunyai kombinasi kuat dan lemah, maka setiap strategi mestilah disusunkan mengikut kuat dan lemah secara berasingan.

 

3. Strategi utama untuk yang kuat dan lemah ialah:

Lemah: Fokus, berbeza, berlawan dalam kawasan yang lebih kecil.

Kuat: Bertembung, ikut, komprehensif, masuk dalam skop yang luas, sasaran umum.

 

Penerangan bagaimana aplikasi Lenchester Theory ini digunakan dalam menyusun strategi bisnes masih perlu dibincangkan dengan panjang.

 

Disusun semula oleh: Noraminah Omar

 

NOTA: Semua catatan ini adalah disusun semula daripada kandungan kelas “Training of Trainers for Industry Practice Specialist (IPS)” 15 – 26 Oktober 2016, PJ.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.