Menuju ambang 2019, ada macam-macam spekulasi tentang perkembangan ekonomi dan juga pertumbuhan bisnes kecil di Malaysia khususnya. Kesan perkembangan politik semasa, betul-betul memberi kesan.
Asalnya, yang selalu main job ‘government contract’, mula masuk ‘open market’. Malah, yang sebaliknya juga berlaku. Perubahan begitu dinamik, adakalanya sukar mahu ‘predict’. Begitulah.
Lalu, sebagai orang bisnes yang tidak macam orang berjudi, mereka urus risiko masing-masing sebagai orang bisnes. Mereka analisis prestasi dan pencapaian syarikat melalui semua laporan, angka dan data yang mereka ada.
Dalam syarikat bisnes juga ada mempunyai peranan besar dalam mendepani situasi ini. Siapakah mereka? Ia BUKAN sahaja satu tugas yang dimonopoli oleh CEO atau pihak pengurusan teratas sahaja.
Inilah masanya ramai bercakap tentang pembuat keputusan strategik. Siapakah mereka. Sudah tentulah CEO atau pengurusan kanan syarikat, ahli lembaga pengarah atau kumpulan perancang korporat syarikat.
Meskipun ahli lembaga pengarah memang mempunyai tugas yang mutlak dalam hal ini, kumpulan perancang korporat syarikat mempunyai tugas untuk menyusun pelan itu, manakala CEO memainkan peranan sebagai ‘point of reference’ atau ‘central point’.
Gaya kepimpina ahli pengurusan yang terlibat dalam hal pengurusan strategi banyak memberi kesan kepada pemilihan strategi itu sendiri. CEO juga tidak lari daripada memainkan peranan itu.
Ada banyak kajian dan nota yang boleh dibaca tentang gaya kepimpinan atau tugas pengurusan ini.
Secara amnya, penyusunan strategi bisnes ini ada dua bahagian yang kita perlu jelas pendekatannya. Corporate level strategy DAN Business level strategy.
Dalam konteks syarikat yang berkumpulan dan mempunyai anak-anak syarikat, biasanya mereka akan menetapkan strategi korporat yang akan diteruskan dengan bisnes strateginya oleh anak-anak syarikat.
Dalam pengurusan biasa dengan adanya sebuah syarikat sahaja, strategi korporat dengan mudah disediakan oleh ahli lembaga pengarah dan terus disusunkan kepada bisnes strategi yang akan dibawa (dijalankan) oleh bahagian operasi.
Bagi syarikat begini, kekuatan CEO, BOD dan COO serta ketua setiap unit dan bahagian bisnes amat ketara.
.
2019. Rancangan kita macam mana?
Strategi yang masih sama,
atau ada yang diperbaharui,
atau bakal melalui jalan baharu?
.
Teks: Noraminah Omar
Trainer & Consultant
Business Management for Emerging Enterprise.