Strategi Berkembang (Growth Strategy): Bisnes apa yang patut kita masuk?

 

Bagi kita yang baru mahu mulakan bisnes, soalan macam ini memang biasa. Kita akan selalu bertanya. “Nak buat bisnes apa?”

Namun, bagi bisnes yang lama atau yang sudah ada banyak bisnes sekalipun, bagus jika soalan ini sering ditanya. Ia mungkin akan mendorong kita kepada beberapa jalan dan jawapan. Sama ada mengembangkan bisnes dengan membeli bisnes sedia ada, membangunkan bisnes baru atau mengecilkan bisnes sedia ada untuk membuat pelaburan baru.

Dalam kajian pakar ekonomi, mereka menyatakan bahawa salah satu strategi utama yang banyak dibuat oleh syarikat bisnes ialah ‘growth strategies’.

Dalam penyusunan corporate strategy, ada 3 pendekatan yang boleh kita ambil. Growth strategies,  neutral strategies, defensive strategies.

 

Ada beberapa variasi yang biasa boleh kita lihat dalan hal pendekatan ini.

  1. Memberi fokus dalam satu industri khusus. (Concentration)

Kita boleh semak beberapa contoh syarikat dan jenama ternama seperti Xerox, HP dan Fuji yang bermula dengan concentration kemudiannya ada yang mula diversified.

 

2. Mencapah dalam bisnes. (Diversification)

  • Ada yang memilih untuk diversify dalam industri yang masih ada kaitan.
  • Ada yang memilih untuk diversify dalam bidang atau produk/servis yang berbeza dan tiada kaitan.

Apakah antara faktor keperluan untuk diversify atau pencapahan dalam bisnes sebagai satu strategi pilihan?

.

Antara faktor terbabit ialah:

  1. Mengurangkan risiko bisnes
  2. Menstabilkan atau menambahbaik pertambahan pendapatan syarikat
  3. Penggunaan kemahiran sedia ada dalam bidang yang serupa.
  4. Keperluan untuk menguasai teknologi terkini.
  5. Keperluan menjana kerjasama dan menguasai pasaran baru.
  6. Kepercayaan untuk mengembangan nilai syarikat dengan diversify.
  7. Risiko CEO yang sukar diurus. (CEO’s vanity)

 

Ada beberapa cara yang biasa syarikat ambil untuk penggunaan diversify sebagai strategi.

  • Internal venturing
  • Acquisition
  • Joint venture

 

3. Integrasi bisnes (integration)

Yang ini panjang mahu cerita. Lebih sesuai jika dalam sesi perbincangan sahaja.

 

 

Apa pun, semua pilihan ini banyak bergantung kepada pilihan sang strategis.

Dalam konteks ini, apabila bisnes dijalankan secara bersyarikat, baharulah kita ada ‘corporate strategies’. Kita ada juga ‘business strategies’ yang terpakai.

.

Susunan: Noraminah Omar, Trainer & Consultant

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.