Kali ini, saya mahu bawa pendekatan yang lebih berbentuk, apa yang boleh kita guna untuk penambahbaikan bisnes. Business improvement application approach. Sekiranya Tuan baca posting ini, dan mahu cari maklumat penerangan teori balanced scorecard, tiada.
Yang itu, jika Tuan google, memang ada banyak. Imej pun banyak. Tengoklah semua rajah-rajah itu, jika Tuan mahu.
Apakah fahaman fundamental untuk orang bisnes macam kita? Kita mungkin belum ada corporate strategy yang jelas. Maklumlan, bisnes masih dengan lesen enterprise. Atau, baru sahaja buka syarikat Sdn. Bhd.
Business strategy, ada, dan mungkin belum solid lagi. Ada, masih dalam kepala. Jadi, apa sebenarnya input fundamental tentang ‘balance score card’ yang perlu saya faham dan aplikasikan dalam bisnes?
Saya mulakan begini. Kalau dalam buku, memang betullah. Balanced score card ini ada 4 bahagian yang kita terjemahkan visi dan strategi syarikat kita kepada ‘actionable plan’.
Kalau ikut terjemahan buku, boleh ambil sahaja. Ada banyak. Antaranya,
“A balanced scorecard is a performance metric used in strategic management to identify and improve various internal functions of a business and their resulting external outcomes. It is used to measure and provide feedback to organizations.” – https://www.investopedia.com/terms/b/balancedscorecard.asp
.
In addition, the balanced scorecard provides a framework and language that enable you to describe your strategy in a consistent, reliable manner. The ultimate goal behind balanced scorecard theory is to measure the factors that create value for an organization and directly influence its ability to prosper. – https://docs.oracle.com/cd/E41507_01/…/task_BalancedScorecardTheory-991810.html
The Balanced Scorecard (or balance score card) is a strategic performance measurement model which is developed by Robert Kaplan and David Norton. Its objective is to translate an organization’s mission and vision into actual (operational) actions (strategic planning). – https://www.toolshero.com/strategy/balanced-scorecard/
.
.
Ini, adalah 3 contoh definisi ‘balanced score card’. Hah…jenuh nak faham.
Apa bendalah yang kita nak aplikasikan dalam bisnes kita, yang laporan kewangannya pun tak pernah ada ni? Macam mana?
Begini. Konsep asasnya mudah.
- 1. Dalam bisnes, hubungan pertama yang pelanggan terima ialah daripada staf kita. Pekerja kita. Kita mahu pekerja yang bagus, melayan staf kita. Staf yang bagus, ialah staf yang puas hati dengan pengurusan syarikat kita. Kepuasan pekerja bekerja (employee satisfaction -ES) biasanya datang daripada 2 perkara. Pertama, ketuanya (immediate Boss) dan kedua, peluang perkembangan kerjaya (career growth).
- 2. Apabila staf ada kepuasan bekerja (ES), maka secara langsung, kualiti perkhidmatan kepada pelanggan juga meningkat dan kekal. Mereka gembira, sanggup bekerja dan sama-sama menaikkan pencapaian bisnes kita. Ini menghasilkan satu sistem pengendalian operasi yang berkualiti.
- 3. Dengan adanya kualiti bahagian operasi, maka pelanggan juga gembira. Pelanggan puas hati. Pelanggan sanggup membayar untuk khidmat dan servis yang ditawarkan. Pelanggan kekal, gembira, terus membeli untuk satu masa yang lama. Sehinggalah, pelanggan kita, menjual untuk kita tanpa kita minta.
- 4. Maka, pencapaian kewangan syarikat juga akan meningkat. Jualan naik. Pengurusan berkualiti berterusan. Financial performance of the company become positive.
Ini asasnya. Bermakna, setiap 4 bahagian di atas kita simpulkan sebagai:
[1] [2] [3] [4]
employee satisfaction || quality operation || customer satisfaction || financial progress
Bagi kebanyakan kita, TERLALU menekankan kepada bahagian ‘financial progress’. KPI kita banyak berbentuk angka jualan, angka keuntungan dan juga % margin. Bagi orang bisnes macam kita, kita faham bahawa itu adalah hasil daripada kesemua 4 bahagian. BUKAN hanya bahagian kewangan yang ditekankan KPInya.
Setiap bahagian [1] + [2] + [3] + [4] , mestilah mempunyai KPI masing-masing. Malah, dalam susunan perancangan aktiviti dan bajet, ia mestilah dimasukkan sebagai elemen penting.
Aplikasi ini, terpakai untuk semua jenis bisnes yang pengusahanya punya ‘jiwa besar’. Pisang goreng, burger, pasar tani, kilang pengeluar pintu kereta….semua jenis bisnes, memerlukan aplikasi yang sama.
4 elemen dalam pengurusan bisnes ini, seimbangkan. Jaga semua. Ada KPI masing-masing kena jaga. Namanya pun ‘balance scorecard’, kenalah balance. JANGAN fikir bab ‘financial progress’ sahaja.
Ini banyak berlaku juga. Kita sibuk melihat laporan kewangan. pastikan KPI kewangan dicapai tanpa melihat KPI di bahagian operasi, kepuasan pelanggan dan kepuasan pekerja. Jadi, TIDAK ‘BALANCE’ lah perjalanan bisnes kita itu.
Bagaimana? Mudah sahaja bukan? Inilah fundamental yang kita perlu faham sebagai orang bisnes. Apa teorinya, apa modelnya….itu nanti kita upah ‘strategic planning team’ buat. (Tuan sebagai owner business mesti baca dengan senyum gembira.)
.
Kita orang bisnes, kita fokus mahu guna, aplikasi, tambah baik urusan bisnes.
Understand the fundamental. Take action. Improvement must take place.
Teks: Noraminah Omar, Trainer & Consultant.