12.11.2018, SELESAI JAM SESI kelas Isnin malam yang sudah saya susunkan jadualnya sehingga bulan Disember 2018.
Kali ini, saya sempat menghabiskan masa membaca semula beberapa nota dan tulisan dalam blog yang sudah saya susunkan sepanjang tahun 2018.
Saya mengimbau juga kenangan kehilangan ibu pada 14.9.2018, 2 hari sebelum hari majlis berlangsungnya perkahwinan anak sulung daripada 10 beradik.
Saya singgah ke rumah kakak dan berbual tentang bagaimana kami tidak terasa kehilangan itu, malah masih menganggap ibu masih ada. Ya, perasaan itu. Sehingga kami sendiri perlu saling mengingatkan antara satu sama lain, “Mak dah tak ada.”
Ayat begini, diulang supaya diri menjadi ingat dan biasa dengan situasi itu.
Maka, saya teringat dengan situasi semasa kita sendiri. Adakalanya, kita sukar menerima kenyataan dan tidak pula menyatakan kepada diri tentang kenyataan itu.
Apabila kita mahu gembira, kita tidak menyebut kepada diri yang kita gembira.
Apabila kita mahu berjaya, kita tidak menyebut kepada diri yang kita berjaya.
Apabila kita mahu menyelesaikan tugas, kita tidak menyebutnya sehingga diri kita mendengarnya dengan jelas.
Mereka bilang, inis emua adalah ‘affirmation’. Bagi saya, ia adalah ulangan bagi mengingatkan diri supaya kita kekal dalam landasan adan arah yang dituju.
Dalam konteks pengurusan bisnes, saya sudah mula belajar untuk mengulang-ulang ‘tagline’, misi dan visis organisai yang saya ada kerjasama supaya saya dapat membawakan mesej yang betul apabila menulis, mempromosi dan menjalankan sesi konsultasi kepada klien.
Mewakili beberapa syarikat pada masa yang sama dengan tugas dan tanggungjawab khusus, memerlukan lebihd aripada satu disiplin. Ia memerlukan lebih daripada sekadar mengulang, malah melakukannya.
Bagaima dengan Tuan?
Apakah ayat atau kata-kata yang Tuan ulang kepada diri sendiri?
Apakah doa yang Tuan baca dan ulang setiap hari sehingga telinga dan diri kita mendengar ’embrace it’ dengan jelas dan tekun?
Saya kira, menjelang masuknya tahun 2019, dengan mengulang dan menyatakan berkali-kali kepad diri sendiri semua ayat positif dan baik-baik, kita sudah dapat satu perubahan yang baru.
Bukan sahaja dengan harapan, malah dengan cita-cita, impian dan tindakan.
Ya, Mak sudah tiada. Abah sihat. Anak-anak dikurniakan kelapangan. Saya akan mendapat hasil yang baik daripada perkembangan perkara yang saya berikan fokus. “Training and Consulting”.