MENGURUS BISNES (1) : Keperluan dan Kesediaan Pengusaha dan Pemilik

Memang normal bagi kita yang membuka bisnes kecil, bermula dengan apa yang ada dan siapa yang ada di sekeliling kita. Ada yang bermula dengan lesen enterprise, ada yang dengan syarikat PLT dan ada juga yang bermula dengan Sdn. Bhd.

Bergantung kepada tahun bila kita memulakan bisnes, ada yang menjangkau 10 tahun berbisnes hingga ke hari ini. Meskipun sudah mencapai beberapa tahun dan melepasi bisnes 3 tahun pertama, ada ramai yang masih ada soalan kepada diri sendiri. “Selepas ini, macam mana?” “Selepas ini apa pula?” Ini adalah antara soalan yang datang sendiri secara semulajadi kepada pengusaha bisnes.

Satu lagi pengalaman bisnes ialah apabila kita bermula dengan mewarisi atau perlu meneruskan atau mengambilalih bisnes yang sudah dijalankan oleh ibu bapa atau ahli keluarga kita. Situasi ini, mungkin sedikit berbeza, namun mempunyai pendekatan yang sama.

Suka saya mahu menjurus kepada satu perkara dalam siri posting “MENGURUS BISNES” ini.

Kita yang berbisnes ini, mahu ‘maju selangkah ke hadapan’. Kita mahu ‘go to the next level’. Maknanya apa? Maknanya, apa sahaja situasi sekarang, kita mahu bertambah baik. Bahagian mana yang mahu dibaiki? Sudah tentu semua sekali! Bahagian mana dan macam mana nak mulakan? Itulah yang menjadikan kita pening.

Apabila ‘kepeningan’ ini melanda, adakalanya kita mencari penyelesaian dengan menyertai kelas dan seminar. Ya, sudah tentu ia membantu. Namun, kelas dan seminar ini umpama kepingan puzzle yang perlu kita cantum satu persatu. Kita mesti sudah ada dan tahu gambar yang besar, barulah kita boleh menyusun kepingan-kepingan puzzle tadi supaya menghasilkan gambar yang sama.

Sekiranya kita tidak pernah atau tahu akan rupa gambar yang besar (sebenar itu), kita susah untuk mencapai tujuan menyusun puzzle tadi. Jika kepingan puzzle hanya 5 atau 10 tidak mengapa. Sekiranya kepingan puzzle mencecah 300 atau 500 keping, bagaimana? Sudah tentu kita akan ‘give up’ sebelum bermula. Begitulah…

Maka, selain daripada menghadiri kelas dan seminar, salah satu pendekatan lain ialah dengan mempunyai mentor atau mengambil khidmat bimbingan nasihat dalam bisnes. Masuk bahagian ini, ramai juga di antara kita ‘kepeningan’ lagi. Sama ada mentor, coach atau ‘business advisor’, kita sendiri masih keliru.

Dalam konteks tulisan kali ini, mudahnya saya mahu berkongsi sahaja bagaimana cara kita mahu memilih. Ia adalah pemilihan berdasarkan bisnes dan fasa bisnes serta kekuatan yang kita ada.

 

LATIHAN, SEMINAR, BENGKEL

Semua ini adalah antara pilihan awal bagi ramai orang bisnes. Ini normal. Namun, hari ini, terlalu ramai dan banyak yang mengambil masa dan memberikan fokus kepada latihan seminar dan bengkel. Ya, ia penting. Tetapi, ia masih bergantung kepada keperluan bisnes Tuan.

Biasanya, latihan, seminar dan bengkel ini akan memberikan input tertentu dalam bahagian tertentu yang diperlukan oleh pengusaha atau syarikat bisnes. Ia masih relevan, tetapi ia bukanlah penyelesaian muktamad kepada situasi bisnes kita.

 

MENTOR

Ada sesetengah daripada kita, memang ada mentor. Namun mereka juga biasanya mempunyai bisnes sendiri dan tidak mempunyai masa atau kapasiti khusus membimbing kita dengan pemantauan berkala. Nasihat dan input yang diberi adalah khusus berdasarkan pengalaman dalam bidang bisnes yang sama dengan yang kita jalankan. Tidak mudah untuk kita mencari mentor. Bisnes makanan, mentornya ialah orang yang sudah berjaya dalam bisnes itu. Bisnes jualan, mentornya ialah orang yang sudah berjaya dalam bisnes itu.

Maknanya, sama ada mereka sudah atau pernah melakukannya, barulah mereka mahu menjadi mentor kita.

 

KONSULTAN

Dalam hal begini, konsultan pula hanyalah memberikan solusi dalam bentuk khusus sebahagian daripada keperluan kita. Sekiranya konsultan itu fokus kepada ‘operational excellence’, bahagian itu mereka akan bantu. Sekiranya konsultan itu fokus kepada ‘leadership’ atau ‘lean management’, maka mereka akan fokus kepada bahagian itu. Konsultan juga mempunyai framework yang berbeza berbanding Business Coach. Konsultan biasanya akan menyesuaikan keperluan bisnes mereka dengan kita membantu mereka menyediakan output yang diperlukan, mengikut keperluan itu.

Dengan erti kata lain, konsultan akan memberikan kepakaran mereka dalam satu perkara yang memang kita perlukan. Namun, kitalah sebagai pengusaha bisnes yang perlu memberi input kepada mereka untuk mereka menyediakan atau memberikan hasil perkara yang kita mahu capai.

 

COACHING

Manakala, apabila kita mengambil khidmat coaching pula, ada banyak versi dan jenis coaching yang ditawarkan. Saya kurang pasti dengan apa yang Tuan pernah lalui. Namun, ada rakan pengusaha memberitahu adanya sesi coaching dalam kumpulan sebesar 200 orang dalam satu sesi.

Manakala ada juga coaching dalam kumpulan yang lebih kecil, 50 orang, 20 orang atau 10 orang dalam kumpulan. Tempoh coaching juga berbeza. Ramai Coach yang memberikan bimbingan hanya semasa sesi pertemuan fizikal iaitu sesi ‘face-to-face’ sahaja.

 

BUSINESS ADVISORY

Selain itu, masih ada beberapa jenis khidmat coahing yang masuk dalam satu pakej yang lebih besar iaitu, ‘business monitoring and advisory’. Yang ini sedikit berbeza dan cara pendekatannya juga tidak sama. Elemen ‘coaching, training and consultation’ biasanya wujud berkadaran mengikut situasi pelanggan. Jika khidmat macam ini, biasanya ia bersifat ‘one-to-one’. Maknanya, mereka memberikan khidmat fokus kepada kita sahaja tanpa bercampur dengan syarikat lain atau bisnes lain.

Berbalik kepada keperluan bisnes kita. Maka, sebagai pengusaha bisnes, sudah tentu kita akan bertanya, apa yang baik untuk bisnes kita. Kemudian, kita pilih. Seterusnya, kita juga akan perlu memberikan komitmen. Bagi situasi training, seminar dan workshop, biasanya komitmen masa adalah lebih pendek. Selepas setiap sesi, ia bergantung kepada kita sendiri untuk melakukannya dan mendapat manfaat.

Bagi coaching yang berbentuk kumpulan besar dan hanya pada sesi pertemuan offline, komitman juga biasanya agak rendah. Semua ini, saya kira dari segi masa.

Belum ada lagi coaching berkumpulan yang saya tahu, memberikan khidmat ‘monitoring’ sehinggakan semua posting FB page atau mana-mana media sosial yang digunakan oleh pengusaha dipantau terus oleh Coach berkenaan.

Malah, sekiranya staf kita tidak respon emel atau tidak mengeluarkan laporan bulanan, maklumat itu akan sampai kepada pengusaha. Itu tahap monitoring yang saya maksudkan.

Khidmat business advisory, biasanya memberikan pendekatan yang menyeluruh dan bersifat ‘one-to-one’. Ianya berkala dan adakalanya akses kepada ‘advisor’ seumpama 24 jam sehari. Nilai begini, bergantung kepada keputusan Tuan. Sama ada mahu memberikan komitmen menerimanya atau tidak.

 

APA PERSEDIAAN kita sebagai pengusaha bisnes?

Jadi, jenis khidmat yang bagaimana yang bisnes dan tim Tuan perlu dan boleh beri komitmen?

Dalam hal ini, yuran BUKAN isunya. YURAN memang tetap dibayar. Pematuhan, kesediaan pengusaha ‘unlearn-relearn’ dan ‘commit’ kepada pengurusan bisnes yang standard adalah JAUH lebih penting. Seorang pengusaha yang masih mempersoalkan dan berkira dengan kos menyediakan laporan kewangan memang sukar untuk berkembang. Ambillah Perdana Menteri sekalipun jadi penasihat atau Coach bisnesnya, tidak akan ada perubahan juga.

Perubahan pertama dalam bisnes bermula dengan perubahan kemahuan pendiri bisnesnya. Apabila ada kemahuan untuk berubah, barulah ada penyelidikan lanjut untuk memeriksa isu dan situasi yang perlu dibaiki. Kemudian, kita akan mula mencari jalan penyelesaian.

Semasa dalam proses mencari solusi inilah, kita memilih caranya. Apakah dengan latihan, konsultasi, coaching atau ‘business advisory’. Kemudian, kita akan masuk fasa implementaion, di mana kita melaksanakannya. Seterusnya, kita akan menilai. Apa yang perlu dibaiki, yang perlu dibuang, yang perlu ditambah. Proses ini akan berterusan.

 

http://workforcesd.com/organization-development-change/

 

Proses yang saya nyatakan di atas ini, merupakan salah satu proses biasa dalam sebuah organisasi dan syarikat yang mahu berubah. Memang ada dalam buku, secara teorinya, memang macam itu.

Maka, Tuan adalah orang yang penting dalam membawa perubahan kepada “What’s next?” dalam bisnes Tuan sendiri. Selamat berjuang Tuan!

 

Salam hormat,

Noraminah Omar
17.11.2018
9.19 malam
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.