Apabila menjadi seorang pendiri bisnes, maknanya bisnes itu berdiri bermula dengan kita. Boleh jadi selepas itu, kita cari kawan dan wujudkan satu kumpulan yang kita panggil ‘founding team’. Adakalanya 2 orang, 3 orang ada juga yang 5 orang.
Ada juga macam biasa, bisnes yang kita mulakan ialah dengan cara ‘leverage’. Kita gunakan sistem lain, jenama lain dan usahakan sebagai satu bisnes. Sama ada model perlesenan atau francais atau rangkaian, itu adalah pilihan masing-masing.
Selepas kita menjalankan bisnes, setahun, dua tahun, biasanya masuk tahun ke-3 kita mula berfikir tentang mahu maju ke hadapan. Kita mahu naik satu langkah lebih baik dari sekarang. Itu yang kita mahu. Pun begitu, tidak salah jika kita mahu meneruskan bisnes dengan apa yang ada, setakat yang mana ada sekarang.
Saya pernah bercerita dengan seorang pengusaha bisnes. Selama 5 tahun saya menjalankan bisnes sendiri, saya tidak menggunakan wang bisnes untuk menunaikan umrah ATAU menunaikan ibadah haji. Saya mengambil gaji dan manfaat sebagai pengarah syarikat, itu sahaja. Saya menunaikan umrah pun, atas biaya suami. Dia diam. Dia pandang sahaja saya pada masa itu.
Saya sambung lagi. Pada masa menjalankan bisnes sendiri itu, atas sebab adanya laporan kewangan, maka banyak keputusan bisnes juga adalah berdasarkan angka-angka. Namun, biasalah. Dalam proses melaksanakan pelan tindakan berdasarkan angka itu, ada sahaja isu dan situasi yang akan melibatkan manusia dan emosi. Namun, kita mahu fokus kepada penyelesaian. Maka itulah, pada tahun 2013, saya terus-terang tanpa silu berkongsi di sini, saya memang menjual bisnes (premis bisnes bukan syarikat) untuk tujuan mengurangkan hutang syarikat.
Dalam pengurusan bisnes, sekiranya hutang banyak, sudah tentu kita mahu selesaikan sesegera yang boleh, terutama jika hutang itu ‘jenis hutang yang jahat’. Pada masa itu, pelan tindakannya ialah menjual 1 sahaja cawangan daripada 5 cawangan yang menjana jualan tahunan RM3 juta itu. Macam yang saya kata tadi, dalam proses itu, ada macam-macam berlaku.
Maka, keputusan terbaik ialah dengan menjual sahaja SEMUA outlet bisnes bagi memudahkan rundingan jualan. Begitulah akhirnya bagaimana saya menamatkan bisnes sendiri yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun itu. Ya, syarikat yang ada itu, masih belum dapat ditutup sempurna. Baki hutang yang menjadi tanggungan pengarah hanya selesai pertengahan tahun 2017, alhamdulillah. Selesai juga. Menutup syarikat TIDAK SEMUDAH menutup bisnes. Ya, saya masih berusaha.
Cukup dengan cerita saya. Berbalik kepada situasi menentukan keperluan dan kemahuan dalam bisnes, memang keputusan yang kita buat adakalanya BUKAN yang kita MAHU. Siapalah yang tidak mahu meneruskan bisnes yang sudah boleh menjana RM3 juta setahun? Kita bukan siapa-siapa, anak orang kampung sahaja.
Namun, apabila kita melihat apa keperluan bisnes itu, maka mahu tidak mahu, kita perlu mendahulukan yang itu. Apabila kita ada laporan kewangan, kita sudah boleh buat jangkaan bisnes, paling tidak untuk 3 tahun ke hadapan. Kita orang bisnes BUKAN hanya FOKUS kepasa SALE sahaja. PLANNING untuk GROWTH itu penting. Maka, apabila kita tahu trend bisnes 3 tahun akan datang macam mana, status dan financial position kita macam mana, maka kita boleh tahu sama ada kita akan ‘tercekik’ dalam tempoh 3 tahun akan datang atau terus bernafas dalam lumpur.
Bagi menentukan keperluan ini, kita terpaksa MENIDAKKAN kemahuan kita yang mahu terus dan membina legasi dalam bisnes yang sama. SIMPLE. BE REALISTIC. Accept the truth.
Itu saranan saya. Adakalanya, apabila kita tahu, bagi menghadapi bisnes 3 tahun akan datang, kita perlu melakukan A, B, C dan D. Namun kita tidak cukup sumber. Maka kita perluka fikirkan cara mendapat sumber itu tanpa mengganggu operasi yang sedia ada.
Modal, tim sistem dan sumpamanya mesti ada untuk mencapai pelan itu. Jika tidak, realitinya, kita perlu lakukan sesuatu. Teruskan atau tukar atau berhenti.
Orang kata, JANGAN BERHENTI. Don’t be a quitter. Namun, jika angka dalam laporan kewangan sudah menunjukkan ‘red flag’, adalah menjadi risiko lebih besar jika diteruskan. Mudahnya, kita fokus kepada objektif akhir. Jalan dan cara melakukannya mungkin berbeza. Itu sahaja.
Benarlah, kita hanya perlu mendengar kata-kata yang datang daripada mereka yang significant. Tetapi, jika antara yang significant dan non-significant pun kita tidak tahu bezakan, memang kita juga yang susah.
BISNES, memang banyak cabaran. Ia macam marathon juga. Kita bina stamina. Bukan sentiasa berlari sahaja, adakalanya kita perlu berjalan kaki. Kita tidak berhenti terus, hanya berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Akhirnya, sebagai orang bisnes, antara kemahuan dan keperluan bisnes, kita sendiri yang perlu menentukan dan memilihnya. Menyalahkan program training, trainer, konsultan, coach atau sesiapa pun, tidak akan mengubah hakikat bahawa sebagai pengusaha bisnes, kita bertanggungjawab atas bisnes kita itu.
Salam hormat.
Noraminah Omar
5.12 petang, Kajang.
18.11.2018