MENGURUS BISNES (3) : Mesti ada Ilmu Fundamental

Dalam siri tulisan MENGURUS BISNES ini, saya bertujuan untuk membawakan satu sisi pandang yang asas kepada rakan pengusaha. Tidak kira besar atau kecil, bisnes jalanan atau korporat, bisnes baru atau lama, ia merupakan satu pendekatan untuk bisnes kecil yang dimulakan sendirian atau dalam kapasiti kecil.

 

Mengapa saya mahu terus menulis? Apabila saya mahu apa yang saya tahu, yang membawakan kebaikan sampai.

Mengapa saya beralih bidang kepada training and consulting? Apabila menjadi Trainer, tujuan dan pendekatannya berbeza. Apabila menjadi Consultant, tujuan dan pendekatannya berbeza. Business Coach? Saya belum layak lagi.

Semasa menjalankan bisnes sendiri, ada masanya saya tahu saya tidak menerima dan mendapat bantuan khidmat nasihat yang betul. Dalam bisnes, hanya orang bisnes yang banyak pengalaman boleh memberikan kita ‘gist’ dalam setiap ilmu, maklumat dan keputusan. Sama ada konsultan itu ada nama besar, trainer itu ada ilmu banyak dari seluruh pelusuk dunia, jika saya sendiri (sebagai orang bisnes) tiada ilmu’fundamental’, memang sukar untuk saya maju ke hadapan.

 

Apakah jenis ilmu fundamental itu?

Kita boleh mula dengan beberapa soalan:

“Ke mana saya mahu bawa bisnes ini?”
“Mengapa saya buat apa yang saya buat ini?”
“Macam mana saya nak buat?”
“Dengan siapa saya perlu lakukan ini?”
“Apa output sasaran dalam bisnes ini?”
“Apakah keperluan modal sebenar bisnes sekarang dan akan datang?”

Semua soalan ini merupakan yang asas. Apabila kita jelas dan tahu, sebenarnya ia merupakan asa kepada penyusunan kepada corporate strategy dan business strategi.

 

MINDSET

Tidak kiralah meskipun kita hanya menjual burger di tepi jalan ATAU menjual buah potong ATAU menjual air teh ais sahaja. Kejayaan tidak dijanjikan dengan saiz atau status bisnes, tetapi kepada usaha pengusana bisnes itu. Kita sentiasa ada ‘mindset’ pengurusan yang betul akan mengasilkan output yang baik. Apabila ad akesipalan kita baiki.

Lalu, pada masa mahu berusaha itu, kita tidak dapat melakukannya sendiri. Kita belajar dan buat. Kita cari ilmu dan buat. ASAS yang fundamental ini bermula dengan diri pengusaha sendiri. Sekiranya ‘mindset’ yang kita ada sekadar itu, maka itu sahajalah. Sekiranya ‘mindset’ kita lebih daripada itu, maka lebihlah…

Cepat berpuas hati dengan kejayaan sedia ada, boleh menjadi punca kegagalan pad amasa akan datang. Maka, kita sentiasa perlu berinovasi dan memperbaiki. Ini juga ilmu fundamental.

Fundamental bisnes juga memerlukan kita faham asas kemanusiaan. Kita adalah apa yang kita lakukan dan fikirkan. Maka, apabila ada istuasi bergolak atau kesukaran, ia merupakan satu keperluan kita mempunyai kemahiran berfikir. Fokus kepada penyelsaian. Fundamental ini yang bersifat asas kemanusian semakin menghilang. Apatah lagi apabila pengusaha bisnes tertekan dan banyak mengalami kesukaran, mereka mula hilang asas ini. FOKUS KEPADA PENYELESAIAN.

Apabila fundamental ini hilang, maka mereka sering menjadi pemain ‘the blame game’. Mereka salahkan pelanggan, staf dan juga kerajaan. Pendek kata, semua orang salah kecuali mereka. Ini BUKAN ciri-ciri manusia sejati apatah lagi bagi seorang pengusaha bisnes.

Menangis akibat ditindas, menyebarkan berita katanya ditipu oleh pihak ketiga, menyebarkan berita katanya membayar wang yang banyak tetapi tidak mendapat nilai…

Semuanya menjadi bahan untuk memulakan ‘the blame game’. TIDAK. Ini bukan perkara biasa, terutama bagi orang bisnes.Ia TIDAK sepatutnya BERLAKU.

Ilmu fundamental inilah yang saya ketengahkan. BUKAN hanya sekdar kita menjadi orang bisnes, malah kita sebagai manusia perlu jelas kepada perkara yang asas untuk menadi positif dan kekal relevan dalam kehidupan. Dengan sikap macam ini, kehidupan peribadi juga akan rosak. Anak, isteri, suami, pasangan dan ahli keluarga juga tidak mungkin akan dapat bertahan lama dengan sikap begini.

Mudahnya, kita mesti bertanggungjawab kepada keputusan yang kita buat. Sama ada meneruskan, menukar atau berhenti dan memulakan sesuatu yang baru, semuanya adalah keputusan. Maka, kita bertanggungjawab ke atas keputusan sendiri, BUKAN orang lain.

 

SISTEM dan PENGURUSAN

Khusus dalam pengurusan bisnes, rekod dan dokumentasi merupakan satu lagi ilmu fundamental. Tidak ada bisnes yang boleh dikembangkan tanpa ada budaya merekod dan melapor sebagai amalan.

Malah, asas kepada perkembangan bisnes yang paling asas iaitu rekod kewangan, laporan dan budaya melapor itu BUKAN satu yang asing. Ia adalah fundamental!

Maka, apabila ini semua tiada, lalu ada pengusaha bisnes yang masih bising-bising mengapa bisnesnya tidak maju meskipun sudah berbayar berpuluh ribu program seminar, kelas dan coaching bisnes, ia berbalik kepada diri pengusaha bisnes itu.

Apa keputusan yang beliau ambil? Apa tindakan yang beliau sudah lakukan? Apa penambahbaikan yang sudah dicapai? Namun akhirnya, masing-masing masih tidak mahu menerima hakikat bahawa ilmu fundamental belum cukup. Ini akan jadi lebih sukar.

Tidak ada bisnes berjaya hanya dengan ilmu sale, marketing, membina tim secara berasingan. Tiada! Semuanya dilakukan secara berfasa, menyelesaikan hal dan isu asas dahulu. Satu persatu. Meskipun ada yang boleh dilakukan serentak, asasnya mesti selesai  dahulu.

Mana ada orang bina bangunan tanpa asasnya? Jika rumah kecil sekalipun, tiangnya mesti dianikkan dahulu. Jika bangunan tinggi, lagi tinggi, lagi dalam perlu kita korek dan bina tapaknya.

Kita buka cawangan. Apakah kiraan yang dibuat itu dalam bentuk rekod yang boleh kita rujuk? Apakah analisa angka yang kita boleh semak semula sekiranya ada yang tidak kena di tengah jalan?

Kita buka bisnes baru. Apakah kiraan dibuat atas modal pelaburan baru? Apakah ada keperluan menerima wang luar? Apakah dengan menggunakan waang yang sedia ada tidak akan menggangu operasi bisnes sedia ada?

Kita mahu buka cawangan baru. Apakah hanya dengan menerima 10 panggilan telefon atau SMS menyatakan mahu, dengan potensi jualan setahun setiap seorang hanya RM6K, kita sudah selesa mahu buka dan mulakan bisnes dengan modal hampir RM20K yang kos operasi sahaja mencecah RM10K sebulan? Kira-kiranya mana? Kira-kira dibuat berdasarkan angka dari laporan apa?

Kita mahu keluarkan produk baru. Apakah kita sudah buat kajian pasaran? Apakah produk yang bakal kita lancarkan itu berbentuk komidit? Apakah pelan rancangan kita? Apakah ada potensi pelanggan yang boleh bertambah beliannya daripada tahun ke tahun?

SEMUA ini, memerlukan adanya satu sistem pengurusan yang baik. ASASNYA, mulakan dengan budaya merekod, menyediakan laporan dan membentangkannya (menganalisis) dalam usaha untuk kita membuat keputusan.

AKHIRNYA, apa yang asas ini, merupakan perkara yang dapat mengembalikan keterujaan kita dalam bisnes. Ia menjadikan kita lebih jelas dengan masa akan datang. Kita akan lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang ada. Ya, bisnes ini rugi adalah satu kepastian.

 

Salam hormat

Noraminah Omar
10.19 pagi, 19.11.2018
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.