Setiap yang hidup, pasti akan melalui perubahan. Sebagai seorang manusia yang normal, kita juga sentiasa melalui perubahan. Ada perubahan berbentuk fizikal, dan ada yang tidak kita nampak dengan mata kasar.
Syarikat, ejensi atau persatuan merupakan entiti yang hidup apabila ada manusia yang menghidupkannya. Ia hidup dengan pelbagai aktiviti dan acara serta program yang dijalankan oleh manusia. Maka, mahu tidak mahu ia juga akan berubah sebagaimana manusia berubah. Malah, bukan sahaja yang menggerakkan entiti itu, malah mereka yang menerima manfaat daripada setiap entiti itu juga melaui banyak perubahan.
Perubahan ini pula ada yang dirancang, tidak dirancang, kecil dan besar. Setiap perubahan juga mengambil masa dan juga kesannya berbeza bagi setiap satu. Maklumlah, ada banyak perubahan memang perlu, manakala ada perubahan yang terpaksa kita lakukan akibat daripada sesuatu kejadian lain yang di luar kawalan kita sebagai manusia. Manakala, jenis perubahan itu ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang boleh kita urus dengan mudah ada yang sukar.
Hakikat adanya perubahan ini, dan adanya penolakan kepada perubahan adalah sesuatu yang normal dan biasa. Maka dalam konteks pengurusan bisnes dan syarikat, perubahan ini merupakan salah satu perkara dalam bahagian ilmu ‘organizational development’. Ia ada banyak dibincangkan secara ilmiah malah ada teorinya sendiri yang membantu para pengurusan dan ketua dalam syarikat menghadapinya dan melakukannya dengan lebih baik.
Perubahan itu sakit. Ada harga yang perlu dibayar.
Ya, benar. Malah setiap perubahan yang dirancang itu, adakalanya memakan kos yang lebih besar daripaada perubahan yang tidak dirancang. Perubahan yang bagaimanakah yang kita sesuai bincangkan dalam tulisan kali ini?
PERUBAHAN ‘business owner’ itu.
Tulisan ini mahu membawa Tuan dan Puan meneliti semula perubahan asas dalam sebuah pengurusan bisnes kecil. Ramai yang mahu melihat perubahan bisnes daripada negatif kepada positif, daripada sedikit kepada banyak, daripada rendah kepada tinggi dan seterusnya. Namun, apakah perubahan ini dapat berlaku tanpa ada perubahan pada diri, cara fikir, cara kerja dan budaya ‘pengusaha bisnes’ itu sendiri?
- Apakah sebuah kumpulan dapat berubah dengan adanya ketua yang masih melakukan perkara yang sama dalam satu tempoh yang lama?
- Apakah sebuah syarikat dapat mencapai sasaran bharu dengan adanya ketua yang masih dengan mindset lama?
- Apakah sebuah syarikat dapat membina sebuah kumpulan kerja yang produktif apabila ketuanya masih belum bangkit daripada kisah kejayaan lama?
- Apakah sebuah syarikat dapat keluar daripada kemelut kesukaran semasa apabila ketuanya masih tidak boleh ‘move on’ dan menerima hakikat bahawa beliau perlu berubah?
Maka, dalam konteks ini, perubahan yang sakit itu, datang pertama dan bermula daripada ‘business owner’.
I am inviting you to answer these questions and take a moment to delve in it.
- Are you ready to change how you think and how you work on things before expecting everybody else including your business to show changes (progress)?
- Are you dare to challenge yourself to experience new way of doing business?
- Are you ready to take the new move of being challenge by someone who does not have any specific interest in your business?
- Are you willing to take the pain to change?
Are you serious about planning your business move ahead?
Salam hormat.
Noraminah Omar
12.27 pm, Kajang
20.11.2018