‘Mind Battle’: Apa cerita saya?

Dalam beberapa posting FB, saya ada sebut tentang bagaimana saya menggunakan aktiviti larian harian, mingguan dan bulanan sebagai cara saya ‘melawan’ fikiran sendiri. Kebiasaannya yang dilawan ialah apa yang negatif, yang menjadikan saya ragu-ragu dan malas dalam mengambil tindakan.

Adakalanya, sebenarnya diri kita memang penat dan perlukan rehat. Malah, bukan rehat fizikal sahaja, malah ehat emosi dan spiritual. Dalam banyak keadaan, saya sendiri memilih dengan apa dan dapa yang saya mahu lawan. Contoh minggu ini, antara tarikh 19 – 21 November, ada banyak ‘mind battle’ yang saya terpaksa lalui.

Ya, adakalanya badan sakit, tidak sihat. Adakalanya ahli keluarga yang sakit. Ada masanya poket yang sakit. (baca dengan sedikit senyuman).

Bagi ramai ibu dan bapa di luar sana, hakikat situasi mereka yang perlu bekerja atau mengerjakan bisnes masing-masing tanpa henti, memang antara perkara yang menjadi ‘perjuangan’ harian. Meskipun bisnes sudah stabil, ada pendapatan yang tetap dan wang dalam bank akaun banyak (nampak macam itu), namun jauh dalam lubuk hati tetap banyak kerisauan.

Maka, ‘mind battle’ itu muncul hampir setiap hari dan adakalanya setiap saat dalam kehidupan kita. Memang, tanpa menjalankan bisnes sekalipun, kita masih berjuang dalam hidups eharian. Namun, apabila kita menjalankan bisnes, terutama bisnes yang masih dalam fasa kecil dan sederhana, ada banyak perkara yang menyumbang kepada kepentingan kita melawan perkara negatif yang datang dalam fikiran kita sendiri. Ada penolakan-penolakan tanpa sedar yang kita mesti semak dan kaji semula.

Saya suka kongsikan satu situasi. Salah seorang rakan saya pernah bercerita yang dia tidak tahu ‘apa yang dia boleh buat’ selain bekerja di tempat kerjanya sekarang. “Entahlah, Puan. Saya tak tau nak buat apa. Saya kerja sini sajalah…”

Saya teringatkan situasi ini apabila saya berbual dengan beliau dan mendapati bahawa beliau tidak mahu ‘melawan’ apa yang ada dalam fikiran beliau sendiri. Sekiranya mahu dikira sebagai comfort zone, tidaklah beliau ini berada dalam situasi itu. Malah, situasi yang beliau hadapai juga agak sukar.

Namun, dalam situasi bercakap dan memberi nasihat, saya kekal berpegang dang prinsip tidak memberi melainkan diminta. Maka, apabila perbualan tamat, tanpa beliau menyatakan mahu mendapat nasihat, maka saya simpan saha pendapat dan nasihat yang ada.

 

Maka, saya kongsikan di sini.

  1. Semuanya bermula dari diri kita sendiri.
  2. Apabila kita kehilangan yang disayang sama ada barang atau orang, terima hakikat dan teruskan dengan perancangan baru.
  3. Sekiranya kita sudah ‘stuck’, kita bina circle kawan yang baru dan cari idea-idea yang ‘fresh’.
  4. Cabar diri sendiri dan cari ‘anchor career’ dalam hidup kita.
  5. Berbalik kepada niat kita hidup, bukan hanya untuk diri sendiri atau keluarga sahaja.

 

Apabila adanya situasi yang kita perlu hadapi, ‘be ready for a mind battle’. Cabaran paling besar dalam hidup kita ialah diri kita sendiri.

 

Selamat berjuang semua!

Noraminah Omar
10.45 pagi
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.