MENGURUS BISNES (5): Baru itu, muda.

Apabila kita menguruskan operasi bisnes, kita akan ada satu masa yang kita sebut ‘baru mula’. Pada masa ini tidak kira sama ada umur kita masih baru 20 tahu ATAU baru 40 tahun. Apabila kita baru sahaja memulakan bisnes baharu, ia tetap dikira sebagai ‘baru’.

Malah, ada banyak usahawan yang memulakan bisnes tambahan daripada bisnes sedia ada, masuk kategori ‘baru’ dalam bisnes yang baharu dibukanya itu.

Meskipun ramai yang ada pengalaman dalam bidang pengurusan bisnes, setiap jenis perkembangan dan peningkatan atau perubahan dalam bisnes itu masuk dalam kategori ‘baru’. Maka, apa yang ada disekitar pada masa itu juga berbeza.

Siapa diantara kita ini ‘muda’? Saya masih dalam kategori muda dalam bidang latihan dan konsultasi. Meskipun sebelum ini memang ia adalah antara perkara biasa yang dilakukan, namun konteks pengurusan secara ‘freelance’ ini tidak sama. Maka, ia masih masuk dalam kategori baru.

Apa juga yang kita lakukan, ia memerlukan kita ‘belajar’ semula banyak perkara baru. Persediaan untuk kita ‘learn to unlaern and re-learn’ merupakan satu lagi kenis marathon yang panjang. Ia bukan satu kerja dan tugas sementara, malah berpanjangan.

Belajar daripada mereka yang jauh lebih muda juga, adalah satu cabaran. BUKAN semua orang bersedia melakukannya. Banyak kali saya sendiri bertembung dengan rakan pengusaha bisnes yang berpengalaman, mempunyai isu untuk ‘re-educate themselves’.

DAHULU, kita buka kedai sahaja, berduyun orang datang. Sekarang, paling tidak 6 bulan sebelum buka kedai, kita sudah perlu bercerita, perlu menunjukkan aktiviti dan menceritakan dahulu akan keperluan dan kebaikan datang ke keai kita.

DAHULU, mereka yang bersungguh mahu jadi klien kita, datang ke pejabat kita. Sekarang, kita perlu turun kepada bakal pelanggan. Apabila bakal pelanggan ada ‘user experience’, baru mereka mudah memilih dan membuat keputusan.

DAHULU, masuk sahaja iklan komersial di TV dan radio, jualan naik. Sekarang, selain TV dan radio, kewujudan dalam media sosial juga jadi kritikal.

Begitulah. Maka, apabila kita melakukan sesuatu perkara baru, kita akan jadi ‘muda’. Bermakna, banyak perlu dipelajari, banyak perlu dikenali semula. Banyak juga yang kita perlu fahami dan lalui dalam perjalanan ‘muda’ terutama dalam usia ‘matang’.

Ia tidak mudah, Maka, disitulah adanya kuasa ‘leverage’ dan kolaborasi. Kerjasama yang BUKAN sekadar termetrai di atas kertas, itulah yang dimaksudkan.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.