MENGURUS BISNES (6) – Asas bisnes bersyarikat

MENGURUS BISNES (6) – Asas bisnes bersyarikat

Kita maklum bahawa memulakan bisnes ini, kita lakukan atas banyak sebab. Kita sendiri tahu sebab itu apa. Sebab memulakan dan meneruskan bisnes ini, macam-macam. Adakalanya, sudah beberapa tahun, baharulah kita berjumpa dengan ‘the big why’ kita.

Ada pula rakan (dan COSEC) yang menanamkan dalam minda kita bahawa,
“Ini syarikat engkau. Suka hatilah engkau nak buat dan belanja macam mana.
Asalkan ikut saja peraturan tu, buatlah.”

Tambahan lagi, “Ini syarikat engkau dan isteri, kan. Tak payah mesyuarat apa-apa.
Bincang ajelah di rumah. Kami sediakan dokumen, engkau sign saja. Urusan syarikat Sdn. Bhd. memang macam tu.”

Begitulah. Akhirnya, kita sendiri menguruskan ‘syarikat’ kita itu, macam kita uruskan dapur kita,
pasangan kita, anak-anak kita di rumah. Apa yang kita buat di rumah, macam itulah yang kita buat di syarikat bisnes.

Sehinggalah syarikat kita berjalan lebih 5 tahun ATAU sudah membuat jualan lebih RM500,000 setahun,
baru kita mula sedar bahawa pengurusan kita perlu diubah.

Apabila kita berbual dengan rakan pengusaha bisnes yang lain, adakalanya kita berjumpa dengan orang yang ada mind set yang sama. Maka, kita diam. Sehinggalah kita dapat masuk dalam ‘circle’ yang betul, iaitu orang yang mahu menguruskan syarikat dengan baik.

Baik, adakalanya tidak betul juga.
Ambil contoh, kita buka syarikat bisnes.
Tetapi objektif bisnes kita ialah memberi peluang perniagaan kepada masyarakat sekitar.
Contoh, kita buka syarikat dengan objektif memastikan anak dan ahli keluarga ada pekerjaan.
Contoh lain lagi, kita buka syarikat untuk beri peluang anak kita bekerja sebab dia tak dapat kerja.

Tuan, asingkan objektif bisnes daripada prosesnya.
Semua yang saya berikan contoh itu, adalah proses yang terhasil daripada objektif bisnes.
Objektif bisnes, memang kena buat untung. Itu asasnya.
Kemudian, baharulah ada misi dan visi yang kita gariskan untuk syarikat.

Maka, zaman IoT yang membolehkan ilmu bergerak pantas sampai kepada penuntutnya,
kita ada banyak kelebihan berbanding orang dahulu.
Ilmu bisnes, kita ambil dan gunakan sebaiknya.

“When business grows, small things (mistakes) magnified.”

 

 

 

Noraminah Omar
.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.