POPULARITI vs IMPAK: Apa yang diperlukan oleh usahawan?

APAKAH BENAR populariti menjamin kejayaan dalam kerjaya?

Katakanlah kita memberi fokus kepada bidang keusahawanan, apakah ‘populariti’ itu faktor kejayaan?
Ada juga betulnya. Namun, ‘apa yang popular’ itu yang perlu kita lihat.

Orangnya kah, dutanya, jenamanya, barangnya atau apa sebenarnya yang popular itu?

Melalui aktiviti pemasaran, akan ada ‘populariti’ yang akan terbina dengan sendirinya. Ia boleh jadi tentang jenama atau produk atau servis yang kita tawarkan.

Kali ini, FOKUS TULISAN ini ialah tentang bidang latihan, bimbingan dan khidmat nasihat bisnes ATAU yang berada dalam spektrum membangunkan usahawan.

Latihan meruapakan salah satu aktiviti yang membolehkan pembelajaran berlaku. Namun, tanpa latihan sekalipun, kita masih boleh belajar. Latihan biasanya fokus kepada memindahkan satu skil kepada pelatih. Ia berlaku secara ‘one off’ sahaja.

Manakala dalam beberapa bentuk servis lain seperti ‘khidmat nasihat’ perniagaan, ia adalah dalam bentuk yang berbeza. Ia adalah satu proses di mana usahawa dibantu untuk berfikir, ‘mengeluarkan’ apa yang ada dalam fikiran mereka, berusaha mendapatkan perkara yang perlu mereka capai tanpa mengambil bulat-bulat input daripada penasihat sebagai arahan.

Tetapi, memang bagi beberapa perkara teknikal yang berbentuk ‘compliance’, ia mestilah dibuat secara terus tanpa banyak soal. Seperti menyediakan laporan kewangan. Ia adalah elemen ‘compliance’. Maka usahawan tidak boleh berbalah dan berdebat lagi dengan penasihat bisnes.

DALAM HAL ini, saya melihat ‘populariti’ BUKANlah satu kayu ukur. Bermakna, kita tidak perlu ada ‘trainer popular’. Kita tidak perlukan ‘business advisor’ yang kacak dan sado atau penerima anugerah.

Memandangkan kemahiran sebagai seorang ‘trainer’ merupakan satu perkara dalam sebahagian urusan pembangunan usahawan yang lebih besar, maka apakah sebenarnya yang penting dalam usaha memastikan kualiti usaha pembangunan usahawan itu?

IMPAK dan KESAN. Umumnya, ini yang paling utama.

Secara peribadi, memang latihan masih diperlukan. Ia penting bagi memastikan kemahiran dalam pelbagai bidang dapat ditingkatkan. Namun, apakah yang sebenarnya memberikan impak kepada pembangunan usahawan?

BIMBINGAN BERTERUSAN.

Rata-rata usahawan ini ada banyak perkara yang perlu mereka lihat, semak dan fikirkan pada satu masa. Semasa saiz bisne smasih kecil, sukar untuk mereka mendapat sumber-sumber yang banyak terutama wang dan juga pekerja yang ada kemahiran.

Maka, dengan sumber yang ada itu, mendapat nasihat bisnes yang berkualiti dan berterusan merupakan salah satu perkara yang boleh memberi impak jelas kepada bisnes. Pada masa itu, usahawan juga akan nampak apa yang perlu mereka perbaiki. Jika ianya berbentuk kemahiran, maka latihan diperlukan, Jika ia berbentuk analisis dan perubahan dalam sistem bisnes mereka, mungkin konsultan dalam bidang khusus yang diperlukan.

Lalu, selepas sudah banyak latihan dan seminar kita hadiri, kita mesti menilai semula.

Apakah sudah tiba masanya, kita perlu mendapat dorongan dan bimbingan berterusan bagi memastikan perubahan yang betul dan sebanar berlaku dalam bisnes. BUKAN hanya sekadar tampalan kosmetik di luar organisasi, tetapi perubahan dari dalam organisasi.

Semoga tahun 2019, menjadi tahun paling baik dalam usaha penambahbaikan!

 

 

NORAMINAH OMAR
31.12.2018

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

1 thought on “POPULARITI vs IMPAK: Apa yang diperlukan oleh usahawan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.