2019 : Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Perubahan merupakan satu perkara yang berlaku secara berterusan. Ia bersifat sentiasa ada. Maka, kita mesti bersedia untuk menghadapai segala perubahan dan juga perkara di luar jangka. Bukanlah bermakna kita perlu takut dan berfikir negatif, tetapi baiknya, kita bersedia untuk menghadapai cabaran dengan lebih positif.

Ada banyak perkara yang kita mahu lakukan dan capai. Setiap kali kita ada perancangan, kita akan ada sasaran dan juga susunan tindakan untuk dilakukan. Ia kedengaran macam perkara biasa dan mudah. Hakikatnya, kita semua ada isu masing-masing apabila mahu melaksanakan apa yang kita rancang.

 

 

Kejayaan bermula dari diri sendiri.

Ini adalah mantara utama. Semua perkara TIDAK ada jalan lain melainkan bermula dengan diri sendiri. Suasana, dengan siapa, bagaimana, macam mana…semua itu, adalah ditentukan oleh pilihan dan keputusan yang kita buat. Pada satu ketika, kita mungkin menerima terlalu banyak maklumat dan tidak tahu menapis yang mana satu.

Lalu, kita ada lambakan maklumat yang menjadikan kita sendiri tertekan tanpa sedar. Inilah yang jadi banyak situasi di mana kita mahu melakukan semua perkara dengan betul tetapi tidak memberi pertimbangan akan perkara yang betul untuk kita lakukan.

Kenalpasti kekuatan dan capai kejayaan dengannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh mahu jadi ‘super’ dalam hal-hal manusia. Ya, kekuatan dan keinginan kita mahu berjaya mestilah ‘super’. Namun, kuasa yang ada pada diri sebagai manusia ada hadnya. Jangan ambil tugas Tuhan.

Kita berikan fokus kepada kekuatan dan kelebihan diri kita. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan, maka kita berikan fokus kepada kekuatan. Kita buat perkara yang menggunakan kelebihan dan bakat yang ada, meskipun kita tidak suka melakukannya.

Apabila kita mula mendapat manfaat atau imbuhan yang jelas daripada usaha dengan bakat dan kekuatan kita itu, kita akan mula membina keyakinan diri dengan kejayaan-kejayaan kecil itu tadi. Media sosial, ruang yang baik dan pada masa yang sama boleh jado sangat jahat kepada pembangunan diri dan emosi kita sebagai manusia.

Fokus kepada kekuatan kita, insyaallah.

Usaha sehabis baik.

Sudah sehabis baikkah apa yang kita lakukan? Maka, soalan macam itu, akan menjadikan kita banyak berfikir dan mula mencari jalan baru. Adakalanya, kita letih dan penat. Maka, usaha kita itu, mestilah sesuatu yang realistik. Ia mestilah ada ciri-ciri kerjasama dan bantuan pihak lain.

Ada masanya, kita perlu bercakap dengan orang yang betul sahaja. Namun, mencari orang yang betul itu, memerlukan kita berjumpa dengan beberapa orang yang salah dahulu. Begitulah. Usaha kita, adakalanya sudah habis, namun belum sebaiknya. Adakala, sebaiknya sudah dilakukan, namun masih belum habis.

 

Terima hakikat kejadian alam.

Dunia ini dijadikan Tuhan dengan semuanya berpasangan. Malam dengan siang. Matahari dengan bulan. Kaya dengan miskin. Suka dengan duka. Lelaki dengan perempuan. Syurga dengan neraka.

Begitulah. Senarainya panjang. Maka, dalam usaha kita bekerja, menjalankan bisnes, membina kerjaya, membina keluarga, semuanya juga ada kuasa semulajadi yang menentukannya.

Maka, apabila kita faham ini, hidup akan jadi lebih tenang. Meskipun kita susah, dalam keadaan sukar, kita akan menemui jalan penyelesaian. Dengan usaha, kita akan berjumpa. Lama, sekejap, jauh atau dekat itu yang akan membezakannya

 

Begitulah. Kita menjalani kehidupan ini, melangkaui bisnes yang kita jalankan. Ia adalah salah satu cara untuk mencapai tujuan akhir dalam hidup. Ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan yang kita buat berdasarkan keputusan-keputusan yang kita ambil.

Ya. ALlah maha tahu. Kita mesti berusaha. Buat perkara yang betul dengan betul.
Semoga Allah rahmati kita semua.

Selamat maju jaya.

 

 

 

 

Bring it on!

NORAMINAH OMAR

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.