TULISAN INI KHUSUS KEPADA PENGUSAHA BISNES PENDIDIKAN- Tadika. — ‘Financial Controls’
Ini merupakan satu terma penting bagi semua bisnes. Bagi pengusaha tadika persendirian (indie), penting untuk kita ingat bahawa tidak kira apa saiz bisnes kita, kawalan dalam urusan kewangan penting.
Sama ada kita menjalankan bisnes tadika BUKAN kerana keuntungan atau hanya kerana ‘passion’, perusahaan kita MESTI cukup dan boleh menjana pendapatan dengan ada keuntungan meskipun sedikit.
Apa bila ada transaksi wang (muamalat) ia sudah menjadi tanggungjawab untuk menguruskannya dengan betul, mengikut peraturan. Menunaikan perkara yang hak.
Antara perkara penting ialah:
1. Rekod kutipan yuran yang dikutip awal daripada bulan pembayaran MESTI dipantau. Mesti ada dalam laporan cashflow dan balance sheet.
2. Pantau pembayaran lewat dan elakkan bayaran lewat lebih daripada 60 hari. Membiarkan yuran tidak dikutip (dibayar) samalah seperti bersetuju memberi hutang kepada pelanggan.
3. Sediakan SOP dan peraturan pembayaran Stick to it. Maka tiada lagi isu keluh kesah dan kesal dengan pelanggan (ibu bapa) yang membayar lewat atau culas.
4. Adakan polisi khusus bagi menangani situasi ibu bapa yang ada isu pembayaran. Ini mestilah jelas.
5. Semak semula perbelanjaan, costing barang/bahan dan pengendalian acara. Pada kebanyakan masa, pelanggan kita tidak memerlukan nilai ‘grand unique event’ yang kita tawarkan. Sudahlah nilai kepada pelanggan tiada, syarikat berbelanja lebih daripada sepatutnya pula…
Akhirnya, gunakan angka-angka (measurable) bagi memastikan perbelanjaan kita itu diperlukan oleh syarikat. BUKAN sekadar memenuhi keperluan ‘glamour’ kita sebagai pemilik bisnes.
Menjalankan apa-apa perusahaan tanpa ada pematuhan peraturan, sering mendorong kita menjadi zalim dalam keadaan mahu buat baik dengan niat yang baik.
Jika kita memang mahu menjalankan urusan tadika bukan untuk bisnes, maka bersedia untuk memberi khidmat percuma dan guru-guru semua sedia bekerja secara sukarela.
ATAU pilihlah untuk mematuhi peraturan dan adakan ‘financial controls’.