Setiap orang ada kisah dan cerita hidup masing-masing. Buat silap, betulkan. Jatuh, bangkit semula. Menangis, berhenti dan teruskan hidup. Bergaduh, salah sangka, kemudian baiki emosi diri, teruskan langkah ke hadapan.
Hidup kita, begitulah lumrahnya. Ada yang ada isu dengan pasangan, adik-beradik, ahli keluarga dan juga rakan sekerja. Bagi orang bisnes, situasi dengan staf, partner, supplier dan ramai orang lain lagi, menjadi asam garam dalam kehidupan.
Catatan ini saya tulis pada 3 Ramadan 1440 bersamaan 8.5.2019. 3 hari kali ini, ada banyak pengalaman dan juga perkara yang mendidik jiwa.
Apakah kita ini seorang yang SUKAR meminta pertolongan? Apakah kita ini orang yang apabila kita ada istuasi atau isu, kita berfikir 100 kali untuk meminta bantuan?
Dalam satu artikel yang saya baca, memang ada satu sindrom yang dikenali sebagai ‘the syndrom of fear to ask for help’. Ini bukan hanya berlaku kepada orang tertentu, tetapi ada pada ramai orang.
Walaubagaimanapun, tahap ketakutan ini yang membezakan antara satu individu dengan yang lain. Ya, adakalanya kita memang mahu menjaga ego dan ‘pride’ yang berbaki.
Maka, meskipun dalam keadaan susah, kita tidak mahu meminta bantuan. Malah, kita terus-menerus menyatakan kepada diri sendiri bahawa semua akan baik-baik sahaja. Maka, isu dan situasi yang berlaku, kita sapu sahaja bawah katil. Ini yang berlaku dan ia bahaya!!
Mengapa kita mesti meminta bantuan apabila menghadapi sesuatu perkara?
- Kita dapat menghalang fikiran dan perasaan jahat untuk terus menguasai diri kita.
- Adakalanya situasi itu juga ada kesan kepada orang lain di sekeliling kita. Dengan meminta bantuan, mereka boleh membantu kita dan diri mereka sekaligus.
- Bagi mengelakkan keinginan atau ketagihan kepada perkara atau tabiat yang negatif, meminta bantuan dapat memberikan kita ketenangan.
- Meminta bantuan, mestilah kepada individu atau orang yang betul. Apabila tidak menerima bantuan yang wajar, ‘move on’ dengan bertemu dengan orang lain.
Secara peribadi, saya yakin Ramadan merupakan bulan yang istimewa dari segi rasa dan fikir. Fikirlah yang baik dan menaikkan semangat juang.Rasalah keindahan dan keajaiban Ramadan yang sentiasa ada di sekeliling kita.
Kekuatan hati, minda dan fizikal mudah untuk kita bina dalam Ramadan yang mulia. Bagi ibu yang sibuk, ketahuilah bahawa besar ganjaran bagi orang yang menyediakan sahur dan makanan berbuaka puasa kepada mereka yang berpuasa.
Apabila kita kecewa dengan satu perkara, lihatlha 10 perkara lain yang membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan.
Salam Ramadan.
Noraminah Omar, 3 Ramadan 1440H, Kajang.