Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Dengan mengetahui hal ini, maka kita akan menjadi lebih tenang dan boleh meletakkan fokus yang betul dalam perkara yang kita lakukan.
Dengan menerima adanya kelemahan dan kekuatan dalam setiap manusia, kita juga akanc enderung untuk lebih memahami dan mampu bekerjasama dengan ramai orang.
Hakikatnya, perkara yang paling sukar ialah apabila kita perlu bekerjasama dengan orang terdekat atau mereka yang ada hubungan kekeluargaan dan emosi dengan kita. Ini semua ada kaitan dengan apa yang kita sebuat sebagai ‘self-esteem’. Bahasa mudahnya ialah apa yang kita percaya tentang diri kita.
Ego secara amnya ditafsirkan dari segi basa sebagai ‘a person’s sense of self-esteem or self-importance’. Maka, ia merupakan satu perkara penting dalam setiap manusia. Kita masih memerlukan ego.
Walaubagaimanapun, ada juga kita hadapi situasi dengan individu yang mempunyai ego yang tinggi. Ini bukanlah satu perkara yang luar biasa. Malah, sudah tentu kita sendiri pernah mengalaminya atau pernah mempunyai ego yang tinggi dalam satu-satu masa atau keadaan.
Apakah realiti ego dalam konteks orang bisnes apabila mereka bekerjasama dengan orang terdekat, ahli keluarga, pasangan atau individu yang ada hubungan emosi dengan mereka?
Ambil satu senario. Seorang suami yang mempunyai isteri yang menjalanakan bisnes yang berjaya, merasakan dirinya sudah lagi tidak penting memandangkan isterinya itu begitu ‘independent’. Malah, hampir keseluruhan perbelanjaan keluarga ditanggung hasil daripada perniaan isterinya.
Maka, suatu hari, isteri memberitahu suaminya supaya berhenti kerja sahaja dan sama-sama membantu meningkatkan perniagaan yang ada itu bersama-sama.
Ada 2 situasi ego dalam keadaan ini. Pertama, suami menjadi lebih yakin apabila isteri meminta bantuan dan mula mahu mengambil peranan penting dalam perniagaan isterinya itu. Kedua, suami menjadi tidak selesa apabila mendapati bahawa dia perlu melakukan sesuatu yang BUKAN dimulakan oleh dirinya sendiri.
Dalam situasi begini, ego ada kaitan dengan ‘gender’. Mana-aman satu keadaan sekalipun, apabila ego tidak diseimbangkan dengan fahaman menerima kekuatan dan kelemahan setiap individu sebagai satu perkara semulajadi, maka konflik akan mudah tercetus.
Kecenderungan konflik juga akan mula serius apabila ia melibatkan situasi yang khusus dalam perniagaan – WANG. Situasi mudah timbul apabila ada isu cashflow, atau apabila keuntungan dalam bisnes mula menurun.
Keadaan ini merupakan satu konflik yang normal juga. Ia banyak bergantung kepada kekuatan setiao individu untuk melihat semua setiap perkara dengan lebih objektif. Apabila ini berlaku, kemahiran ‘design thinking’ memainkan peranan penting.
Memberikan fokus kepada kekuatan masing-masing dan menerima bahawa kelemahan dan kekuatan itu merupakan satu kelebihan, maka ego yang ada itu menjadi satu dorongan yang baik.
Kita semua mempunyai situasi dalam kehidupan. Sama ada kerjaya, perniagaan atau urusan kehidupan harian, ego sentiasa menjadi sebahagian daripada elemen penting.
Paling utama, bagaimana kita membina kekuatan daripada kelemahan kita dalam menguruskan setiap konflik.