Hidup ini merupakan satu pejalanan. Perjalanan panjang menuju ke satu destinasi. Hakikatnya, semua orang mahukan satu pengakhiran yang baik. Oleh kerana ia adalah satu perjalanan yang panjang, maka kita menyusunkan peta perjalanan yang kita rancang itu satu persatu, dan mengikut tahap dan keadaan tertentu.
Antara soalan yang sukar untuk untuk kita jawab adalah, “Apa sebenarnya yang mahu kita capai?” Ada ramai yang boleh menjawab soalan ini dengan pantas. Namun, hakikat sebenar setiap individu itu, dia sahajalah yang benar-benar tahu.
DENIAL
Beberapa situasi yang biasa kita temui ialah apabila kita berada dalam satu kenaan ‘denial’. Kita masih tidak mahu mengakui bahawa kita ada masalah yang perlu diselesaikan. Kita masih ada isu peribadi yang perlu ditangani. Kita masih dalam keadaan menjalankan satu perkara yang tidak betul.
Banyak keadaan yang berlaku, bermula daripada keadaan kita sendiri yang TIDAK MAHU mengakui kebenaran dan hakikat. Contohnya, katakanlah kita tahu bahawa kita ada masalah pengurusan kewangan dalam perniagaan. Namun, kita masih tidak mahu mengakuinya memandangkan jualan masih banyak dan baki wang di bank masih ada. Jauh dalam hati kita tahu bahawa angka-angka itu ada yang tidak kena dan perlu dibaiki segera.
dalam keadaan lain, kita sebenarnya tahu perniagaan kita tidak boleh berkembang tanpa ada perubahan yang segera. Namun, kita masih memujuk diri sendiri dengan berkata, “Kita masih ada masa. Relax.” Walhal, kita sudah merasakan bahawa kita tidak dapat lagi bernafas seperti biasa.
APA ORANG KATA
Perasaan malu, bersalah dan ‘bisikan apa orang kata’ merupakan antara racun paling bahaya yang kita ambil dan telan setiap hari. Kita masih mahu dilihat hebat dan kuat pada mata serta pandangan orang di sekeliling kita. Paling ketara ialah sisi pandang ahli keluarga dan rakan terdekat dalam hidup kita.
Kita jelas dengan apa yang kita mahu, tapi adakalanya kita berubah tanpa sedar. Ada perkara asas yang kita terlupa dan tinggalkan dalam keadaan yang sibuk dan huru-hara. Malah, pada kebanyakan masa, kita sudah lupa dengan apa yang kita lupa itu.
KEHIDUPAN BEGITULAH
Apa juga yang orang sekeliling kata, kita mempunyai kategori ‘significant othes’ dalam kerangka perkara yang kita lakukan. Dalam hal kekeluargaan, kita ada ‘circle’ yang sendiri. Manakala, dalam hal kerjaya atau perniagaan, kita juga ada ‘circle’ yang berbeza.
Maka, dalam keadaan kita kita mesti jelas dengan siapa dan apa yang perlu kita kata dan ambil input untuk membuat keputusan. Hakikat kita sebagai manusia yang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing merupakan satu keunikan yang tidak boleh kita nafikan.
Whatever it takes?
Apabila kita jelas bahawa dengan keunikan setiap manusia itulah, kita dapat membina jati diri kita. Kesilapan yang lalu merupakan satu pengajaran. Masa hadapan adalah apa yang kita perlu kerjakan sekarang.
Dengan mengetahui apa yang kita mahu lakukan dan capai, kita akan lakukan apa yang baik dan merancang dengan teliti untuk mencapainya. Kita jelas dengan cabaran dan apa sahaja yang perlu dilalui untuk mencapainya. Malah, beberapa keputusan yang sukar juga kita akan buat apabila kita jelas dengan apa yang mahu dicapai.
Meskipun tempoh masa yang kita ada merupakan satu KETIDAKPASTIAN yang nyata, kita tetap mahu meneruskan apa yang kita lakukan. Hakikatnya, berubah dan mengurus perubahan itu menjadi perkara yang penting untuk kita terima (tanpa denial) dan keluar dari kepomong hidup ‘apa orang kata’.
Memberikan fokus kepada apa yang boleh kita buat dan ambil tindakan, merupakan satu perkara yang membolehkan kita mencapai kejayaan kecil dalam perjalanan menuju kejayaan yang mahu kita capai.
Ramadan ini, kita menjadi manusia yang mahu merealisasikan impian, membina dan menjadikan kenyataan dalam kerangka dan perjalanan yang memberi manfaat kepada diri dan orang sekeliling.
I will do whatever it takes, because I know life is not easy.
Noraminah Omar, Kajang.