15 Ramadan: Mengutip Kekuatan

Setiap tahun Ramadan membawa pengalaman dan cerita kehidupan yang berbeza. Tahun ini, secara peribadi, saya melalui 15 hari Ramadan dengan penuh kesyukuran dan lebih tenang, Alhamdulillah.

Dengan bakal kehadiran ‘cucunda’ pertama dalam keluarga sekitar Oktober nanti, saya yakin lebih banyak perkara positif yang datang bersama. Namun, pelangi itu hadir hanya selepas adanya hujan. Bersedialah untuk hujan yang bakal turun.

Semua usaha yang kita lakukan ada hasilnya, Sama juga dengan perkara yang tidak kita lakukan akan ada juga kesannya. Hasil apa yang kita dapat hari ini, adalah hasil daripada apa yang kita lakukan dan apa yang kita tidak lakukan. Ini, satu realiti yang kita mesti ambil.

Rata-rata blog ini merupakan platform untuk Pengusaha Bisnes dan Business Owner membaca tulisan saya. Ada yang mencari motivasi untuk diri, ada yang mencari maklumat khusus teknikal dalam pengurusan, manakala ada juga yang membaca untuk tujuan bacaan semata.

Apa juga tujuan kita dalam sebarang perkara, ia memberikan hasil juga. 15 Ramadan, bermakna berbaki 15 Ramadan lagi sebelum kita menjejak ke bulan Syawal.

Ramai rakan Pengusaha Bisnes sedang melalui persediaan untuk menempuh Q3 dan Q4 yang mendatang. Bagi ramai daripada kita, perancangan ini akan menentukan hasil untuk Q1 dan Q2 pada tahun 2020 nanti.

Perancangan itu umpama proses kita menajamkan parang sebelum menebas kebun. Dengan teknik yang betul dan ketajaman parang yang sesuai, maka kerja menabas akan jadi lebih mudah dan hasilnya seperti yang kita mahukan. Meskipun ada risiko parang kita patah semasa menebas, ia merupakan satu perkara yang kita ambil maklum.

Jadi, bagaimana dengan perancangan kita? Semoga dengan mengutip semangat 15 Ramadan, kita dapat melangkah dengan lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ke hadapan.

Noraminah Omar, Kajang, 6.21 petang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.