20 Ramadan: Mendidik Jiwa

Ramadan tahun 2019, tenaganya berbeza daripada tahun sebelumnya. Tahun ini juga merupakan antara tahun yang memberikan banyak pengalaman berbeza. Ini situasi saya secara peribadi.

Saya yakin, Tuan dan Puan yang membaca tulisan ini juga mempunyai pengalaman berbeza tahun ini. Tuan sahaja yang tahu, apakah perbezaan itu.

Dalam konteks kehidupan sebagai pengusaha bisnes, sudah ada tentu ada banyak pengalaman dan perjalanan yang dilalui sepanjang tahun ini. Malah, ada ramai yang mempunyai cerita dan kisah yang boleh dijadikan tauladan dan panduan.

Secara peribadi, saya tidak pernah menyangkal tentang perlunya kita mendidik diri sendiri untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Ia bukanlah hanya satu retorik permainan agama, bahkan ia merupakan satu fakta dalam kehidupan semua.

Menjadi baik, lebih baik dan bertambah baik merupakan satu keperluan. Pelbagai aspek boleh kita teliti. Bagi kita pula, kita boleh memilih dan memberikan fokus kepada bahagian tertentu dalam kehidupan kita untuk diperbaiki dan mencapai perubahan sedikit demi sedikit.

Perubahan merupakan sesuatu yang tidak selesa. Kita keluar daripada kebiasaan dan kita memilih untuk tidak selesa. Maka, bersedialah untuk selesa dalam ketidakselesaan untuk mencapai perubahan dan perbezaan dalam kehidupan kita.

Adakalanya, kita perlu melihat semula sejarah untuk melakar masa hadapan. Macam diri kita juga. Kita perlu melihat sejarah dalam kehidupan dan keluarga, supaya kita dapat memeta satu perjalanan ke hadapan dengan lebih baik.

Seringkali kita melupakan pencapaian, kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri kita atas alasan untuk menjadi seorang individu baru yang lebih cemerlang, Hakikatnya, masa lalu dan sejarah kehidupan kita itulah yang boleh memberikan kita pengajaran untuk melangkah kuat melalui masa akan datang.

Siapakah diri kita 5 tahun, 10 tahun lalu? Siapakah diri kita 5 tahun, 10 tahun akan datang?

Selamar berpuasa. Salam 20 Ramadan.

— Noraminah Omar, 5.45 pagi, Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.