Situasi pengurusan syarikat merupakan antara perkara yang banyak dibincangkan. Ada yang melihat syarikat sebagai status Business Owner dalam perniagaan. Ada yang menggunakan syarikat hanya untuk tujuan pelepasan cukai.
Bagi orang bisnes, pengurusan syarikat adalah untuk tujuan bisnes. Dama ada ia melambangkan status atau tidak, ia bukan perkara utama. Syarikat yang kita buka untuk menjalankan bisnes kita itu BUKAN berbentuk trofi yang menunjukkan kejayaan dan kegemilangan kita.
Ada yang menyamakan status perniagaan mengikut jenis lesen enterprise, syarikat PLT atau Sdn Bhd. Ini juga tidak tepat. Fungsi syarikat mesti kekal sebagaimana ia diperbadankan.
Apakah sebenarnya yang boleh kita rujuk untuk melihat status dan fasa perniagaan kita itu?
1.Apakah kita masih di fasa start-up?
Fasa ini biasanya hanya melibatkan 1 atau 2 orang yang memulakan perniagaan itu. Dekan kata lain, ia masih belum mempunyai staf dan struktur pengurusan yang jelas. Dalam banyak situasi, seorang melakukan banyak fungsi kerja dalam bisnes itu.
Dalam situasi ini, ada juga keadaan di mana banyak urusan dijalankans ecara ‘outsourcing’ sahaja.
Adakalanya, meskipun perniagaan sudah masuk 5 tahun, ia masih diuruskan dengan gaya start-up.
2. Apakah kita masuk fasa ‘growth’?
Fasa ini merujuk kepada sebuah pernigaan yang sudah mempunyai struktur meskipun belum jelas dan cukup ampuh untuk menampung operasi dan hala tuju syarikat.
Dalam situasi ini, biasanya bisnes itu sudah mempunyai cawangan sama ada diuruskan sendiri sepenuhnya atau diberikan hak pengurusan kepada orang lain.
Ramai yang masuk fasa ini dalam keadaan tidak bersedia, tanpa ada perancangan dan modal yang mencukupi untuk menampung keperluan syarikat yang berkembang.
Ramai yang mengatakan bahawa, fasa ‘growth’ ini biasanya aialah selepas tahun ke-3 bisnes itu dijalankan. Namun, hakikatnya, masih ada syraikat yang diuruskan selama 10 tahun dengan gaya ‘start-up’ juga.
Ada lagi fasa bisnes seterusnya, namun untuk entri kali ini, memadai dengan mengetengahkan intipati akan dua fasa bisnes yang biasa dikalangan klien dan pembaca blog ini.
Apakah antara persediaan kita supaya daripada fasa start-up, kita boleh masuk ke fasa ‘growth’ dengan selesa?
“Ilmu yang dipraktikkan.”
Ramai yang sudah masuk kelas, seminar, latihan dan menghabiskan sejumlah wang untuk tujuan belajar. Benar, carilah ilmu sebanyaknya. Dalam konteks pengurusan bisnes, terutama bagi ‘small business’, kita tidak mampu untuk membuang masa mencari ilmu dan belajar TANPA melakukannya dengan segera dan berimpak.
Belajar, suka belajar itu TIDAK salah. Persoalannya, ‘How best do you implement the knowledge for your business and yourself?”
DAPATAN PENTING
“Ilmu yang dipraktikkan berhasil dengan bermula dari diri sendiri.”
Bagi sebuah perniagaan yang dimulakan sendiri atau bersama 2 atau 3 orang lain, ia memerlukan kekuatan dalaman setiap individu untuk menjayakan apa yang diusahakan.
Meskipun sudah ada perancangan, ilmu yang banyak, tanpa ada kekuatan dan kemahuan untuk ‘melakukan’ dan ‘ambil tindakan’, ia masih TIDAK akan memberikan hasil.
Entri ini, saya akhiri dengan mencabar semua pembaca blog ini, untuk mengambil langkah pertama, menilai semua kedudukan dan status bisnes yang ada.
Simple question: Is your business profitable? Are you ‘happy’ and ‘excited’ in doing what you do?
IF you find it as your true calling, come and explore what’s next after answering the questions, feel free to drop me a line. 018 967 8522.
Noraminah Omar, ABA MALAYSIA.