Memulakan perniagaan adalah merupakan pengalaman yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang memulakan dengan persediaan sendiri selepas bekerja. Ada yang memulakan perbiagaan tanpa ada pengalaman kerja. Malah, ada yang memulakan perniagaan dengan mengambil alih perniagaan ibu bapa atau ahli keluarga sedia ada.
Semua pengalaman ini merupakan unik dan memberi kesan kepada ‘business formation’ yang akan kita bincangkan lanjut dalam teks kali ini.
Kita ambil satu situasi ‘business formation’ yang biasa berlaku dalam konteks mengambil alih perniagaan.
Ambil contoh satu situasi di mana perniagaan dimulakan bersama 2 orang sahabat. Setelah menjalankan perniagaan dalam tempoh 3 tahun, salah seorang daripada sahabat itu menarik diri 100% daripada perniagaan. Maknanya, tidak lagi terlibat dalam hal operasi dan menjual semula saham yang ada. Maka, seorang lagi sahabat itu mengambil alih sepenuhnya perniagaan tadi.
Contoh kedua. Sebuah perniagaan yang dijalankan oleh sepasang suani isteri, diserahkan kepada anak sulungnya untuk diteruskan. Bermakna, ibu bapa sudah tidak mahu lagi menjalankan perniagaan itu, tetapi memberi semua hak pengurusan yang ada kepada anaknya.
Situasi satu lagi yang biasa ialah apabila, ibu bapa menyerahkan sebahagian daripada perniagaan itu kepada anaknya, tetapi mereka juga masih aktif dan terlibat dalam hal pengurusan operasi perniagaan itu.
Perbincangan dalam tulisan kali ini lebih menjurus kepada pengambil alihan kuasa pengurusan perniagaan dalam keluarga yang biasa berlaku apabila ibu bapa menyerahkan sebahagian daripada urusan perniagaan kepada anak-anaknya.
Beberapa perkara penting ialah.
Apabila anak menerima kuasa untuk mengurus dan mengambil alih hal perniagaan, ia mestilah dilakukan dengan jelas.
a. Apakah ia hanya melibatkan pengurusan cawangan sahaja?
b. Apakah ia melibatkan pengurusan unit atau bahagian sahaja?
c. Apakah ia melibatkan pengurusan satu syarikat atau anak syarikat sahaja?
Apabila ada situasi yang melibatkan pembayaran atau pembayaran semula kepada ibu bapa sebagai pemilik terdahulu, ia juga mesti jelas.
a. Apakah ada bayaran berbentuk elaun?
b. Apakah bayaran perlu dibuat dalam bentuk royalti?
c. Apakah ada persetujuan fungsi kerja dengan laun dan gaji tetap yang dipersetujui?
Apabila situasi melibatkan ahli keluarga lain dalam perniagaan, pastikan:
a. Apakah kuasa autoriti pengurusan yang diberikan sepenuhnya termasuk hal pengurusan kewangan dan pekerja?
b. Apakah ibu bapa masih akan terlibat dalam hal dan urusan membuat keputusan dalam pengurusan operasi syarikat?
Sebagai usahawan yang terlibat dalam situasi peralihan kuasa dan mengambil alih perniagaan daripada ibu bapa, ia mestilah dilakukan dengan persetujuan dan fahaman yang jelas antara kedua-dua belah pihak.
Sekiranya ia tidak dilakukan dengan baik, ia akan memberikan kesan yang lebih negatif berbanding kebaikan yang diharapkan. Ramai usahawan yang mempunyai bakat tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mengurusakan peralihan kuasa ini dengan betul.
Sekiranya ini berlaku, sebaiknya pengurusan peralihan kuasa dilakukan dengan cara pilihan lain. Antaranya ialah:
- Anak hanya menjalankan hal pengurusan atas lantikan. Sama ada lantikan individu atau lantikan sebagai ‘management company’ sahaja.
- Anak menjalankan sahaja perniagaannya sendiri dan memberi khidmat sokongan kepad asyarikat ibu bapa atas lantikan rasmi.
Bagi memastikan keharmonian dalam keluarga terjaga, keputusan dalam hal pengurusan perniagaan mesti dilakukan secara profesional. Ini merupakan perkara asas dalam konteks ‘business formation’ supaya ia memboleh perniagaan dan pembinaan struktur syarikat perniagaan berjalan dengan baik.
Pada kebanyakan masa, ia bukanlah isu ‘business model’ atau situasi ekonomi semasa. Tetapi, kegagalan sebuah perniagaan untuk diteruskan dan dikembangkan adalah akibat daripada ‘business formation’ yang tidak betul, tidak stabil.