Boleh buat!

Banyak perkara yang berlaku dari masa ke semasa, memerlukan kita mengambil tindakan. Meskipun perbincangan dan perancangan itu penting, ia masih memerlukan satu pelan yang mesti boleh dilaksanakan.

Dalam mana-mana organisasi, mempunyai idea sahaja tidak memadai. mempunyai idea, boleh merancang dan ada pelan tindakan merupakan satu jenis ‘multi-tasking’ yang kini menjadi kritikal.

Ramai yang menyangka bahawa mereka yang punyai banyak idea dan pandai membentangkannya, boleh memberikan impak dalam pelaksanaan. Tidak! Dalam banyak keadaan ia tidak berlaku.

Maka, situasi hari ini memerlukan kita punya ‘multi-task’ dalam membentuk idea (ideation), menyediakan prancangan, pelan tindakan dan memastikan ianya berjalan.

‘Multi-tasking’ hari ini BUKAN tentang berapa jenis tugas dan kerja yang kita boleh buat dalam satu masa, tetapi kepada berapa banyak rantaian kerja yang kita boleh lakukan dalam satu perkara.

Ambil sedikit masa dan semak semula.

Sepanjang kerjaya atau tugas kerja yang kita pernah lakukan, apakah kita terlibat dalam rangkaian yang panjang atau fokus kepada satu bahagian untuk banyak perkara?

Pernahkah kita terlibat dalam satu projek bermula dengan fasa idea sehinggalah ia dilaksanakan?

Apakah kita pernah memberikan tenaga secara sukarela dalam mana-mana organisasi untuk merealisasikan satu idea meskipun ianya kecil?

Hari ini, rancangkan satu idea untuk membantu atau terlibat dalam satu rangkaian tugas yang memerlukan kita ‘multi-tasking’ dalam konteks penglibatan rantaian kerja yang panjang.

Apa rancangan anda?

NOTA KAKI:
Untuk sebarang pertanyaan tentang hal pembangunan perniagaan bagi syarikat SME:
Email: noraminah.lifetract@gmail.com
WA: 018 967 8522
FB: Puan Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.