PARTNERSHIP – Bisnes dengan ‘Partner’ : Situasi ‘Enterprise’

Dalam tulisan yang ada kaitan dengan ‘buang partner’ yang disiarkan pada tahun 2016, masih lagi saya menerima banyak komen dan juga pertanyaan melalui emel.

Sebenarnya, situasi setiap syarikat adalah berbeza. Sama ada ianya adalah enterprise, PLT atau Sdn Bhd, ia merupakan perkara yang berbeza dari segi asas kepada ‘formation business’ itu.

Bagi perniagaan dengan lesen enterprise, ia tidak lagi melibatkan saham. Dalam enterprise, tiada saham, tetapi hanyalah milikan kepada perniagaan. Maka, ia tertakluk kepada perjanjian asal yang termaktub dan dipersetujui. Sekiranya tiada perjanjian ATAU dalam perjanjian tiada dinyatakan ‘terma keluar’, maka perlulah ada satu ‘gentlement agreement’ yang dibuat selepas perbincangan.

Setiap situasi adalah berbeza bergantung kepada jenis dan model perniagaan yang dijalankan.

Sekiranya perniagaan berbentuk ‘chain of business’ maka ada banyak pula faktor yang perlu diambil kira dalam membuat keputusan. Contohnya begini.

Ali dan Ahmad, buka satu enterprise bersama : ALHAD Enterprise. Syarikat yang mengeluarkan/pengilang produk kosmetik CIGO.

Manakala Ali, ada satu lagi enterprise yang memasarkan/menjual produk kosmetik CIGO.

Lalu, apabila ada ‘pecah partner’ yang mahu dilakukan dalam ALHAD Enterprise, maka Ali dan Ahmad perlu melihat ‘interest’ masing-masing. Atas apa juga alasan untuk pecah partner itu, kita tidak ambil kira dalam konteks contoh ini.

Dalam situasi ini Ali dan Ahmad ada kekuatan dan kelemahan masing-masing sekiranya berpecah. Ali perlu mencari syarikat pemasaran yang lain. Atau Ali boleh buat pemasaran sendiri. Begitu juga Ahmad. Ahmad boleh cari pengilang lain atau Ali sendiri menjadi pengilang.

Apabila membuat keputusan ini, biasanya dalam keadaan normal Ali dan Ahmad akan melihat potensi dan kekuatan sendiri. Apabila ada situasi perlu berpecah, ini boleh dilakukan.

  1. Proses penarikan/pengeluaran partner mestilah sudah dibincangkan ada sesi khusus. Sekiranya perlu, bawalah seorang ‘mediator’ yang sesuai untuk memastikan perbincangan dalam keadaan harmoni.
  2. Semak dalam terma perjanjian (partnership agreement) tentang klausa keluar daripada perkongsian.
  3. Nilaikan semula perniagaan. Perlu lantik akauntan bertauliah untuk bantu buat penilaian. Tidak boleh kira congak dan ikut amaun yang dimasukkan semasa bermula. Ada kos yang perlu dibayar untuk tujuan ini. Nilaian biasa dibuat berdasarkan laporan kewangan dan juga pengesahan aset dan hutang perniagaan yang ada.
  4. Kirakan amaun yang layak diberi (mengikut terma persetujuan perkongsian) kepada partner yang menarik diri keluar itu tadi.

Situasi ini mestilah dalam keadaan yang disebut sebagai ‘gentlement agreement’ antara partner dalam enterprise. Ia mestilah dilakukan secara adil kepada semua pihak tanpa prejudis.

Fokuslah kepada penyelesaian kerana perbalahan tidak langsung memberikan keuntungan kepada sesiapa, dalam situasi begini.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.