KEPIMPINAN – SATU KEMAHIRAN YANG BOLEH DIPELAJARI

Dalam beberapa buku yang menjadi sebahagiand aripada bahan bacaan, saya menemui beberapa perkara yang menarik tentang kepimpinan. Antaranya ialah, tentang kepimpinan yang boleh dipelajari, tetapi tidak boleh diajar. Apabila dilihat semula, ada benarnya.

Kepimpinan ialah satu perkara yang memang perlu dilakukan. Bagi diri sendiri, kita juga perlu memimpinnya. Ada 3 kepercayaan penting apabila kita mahu membina kepimpinan dalam diri.

1. Kita percaya bahawa cara kita berfikir akan mengubah cara kita bertindak dan menjadikan perubahan berlaku.

Berfikir merupakan satu aktiviti yang berlaku tanpa sedar. Maka, ia sering tidak diberikan tumpuan khusus apabila ia dikaitkan dengan kepimpinan. Individu yang mahu melatih dirinya sebagai pemimpin mesti berlatih cara berfikir yang positif.

Bersifat objektif dan sedar dengan perkara yang perlu difikirkan adalah penting. Contohnya, tidak cuba berfikir ‘apa yang orang akan fikir’ merupakan satu perkara yang mesti dilakukan dalam sedar. Objektif yang diberikan ialah ‘kesan’, BUKAN tentang ‘apa orang lain fikir’. Bermakna, berfikir adalah secara rasional.

Dalam memimpin, banyak perkara yang akan memerlukan kita membuat keputusan yang kita perlu fikirkan. Berfikiran jauh itu bagus, tetapi rancangan yang terlalu jauh boleh menjadikan kita sesat dan penat.

2. Kita mesti ada komitmen untuk belajar.

Ada banyak cara belajar yang boleh dipraktikkan. Antara yang penting ialah dengan membaca. Membaca memberikan kita ruang untuk mengembara ke serata dunia. Kita dapat mendengar dan melihat kepelbagaian manusia.

Meskipun kita ada kecenderungan membaca bahan-bahan tertentu, kita masih perlu ada keseimbangan pembacaan yang berbentuk keperluan khusus dan yang berbentuk hiburan serta hobi.

Menghadiri program, mempunyai Mentor atau Coach juga merupakan salah satu cara untuk kita terus belajar.

3. Kita mesti mencuba kemahiran yang kita pelajari itu.

Antara perkara penting dalam belajar ialah melakukan apa yang dipelajari. Ramai yang belajar dan membaca hal-hal kepimpinan, tetapi masih tidak dapat melakukan sebarang perubahan.  Langkah mencuba dan melakukan perkara yang dipelajari itu sebenarnya menjadi langkah pertama kepada perubahan yang akan berlaku dalam proses membangunkan kepimpinan dalam diri kita.

*******

Kehebatan pemimpin datang daripada cara mereka mula mengubah cara fikir dan komitmen kepada melakukan perkara yang mereka pelajari. Setiap daripada kita akan merasai perbezaan hasil daripada apa yang kita lakukan. Kemudian, orang sekeliling juga akan mendapat manfat daripada perubahan itu.

Impak positif daripada setiap pemimpin yang efektif dapat ditingkatkan dengan:

1. Memberi fokus kepada fasa ‘buruk’ kepada ‘baik’. Berhenti memberi fokus kepada yang ‘baik’ menjadi ‘lebih baik’

3. Tetapkan sasaran kepada yang ‘baik’ kepada ‘hebat’

Kepimpinan bukan hanya perlu datang daripada usahawan dan ‘Business Owner’ sahaja, tetapi daripada setiap individu dalam organisasi. Maka, beberapa perkara menjadi penting.

1. Semua orang dalam organiasai mesti mencapai tahap penambahbaikan.

2. Ambil berat dan ambil tahu dalam hal  yang kita lakukan.

3. Praktikkan perkara yang berkaitan tentang kepimpinan.

Kemahiran memimpin bermula daripada setiap individu. Kita mulakan dahulu dan kita secara semulajadi sedang membangunkan orang lain di sekeliling kita.

Rujukan: The Handbook for Leaders : 24 Lessons for Extraordinary Leadership by John H. Zenger and Joseph Folkman, McGraw Hill, 2004

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.