Membawa Masuk Rakan Kongsi dalam Bisnes

#bisnesbersyarikat #uruspartner

Dalam urusan perniagaan dengan lesen enterprise, TIDAK sesuai untuk ada partner. Boleh, risiko mesti diuruskan.

1. Menjalankan lesen perniagaan enterprise umpama menjalankan perniagaan sendiri. Akaun atas nama enterprise pengurusannya, sama seperti akaun peribadi. Perniagaan juga begitu. 

Ambil contoh, Aminah mendaftar Lifetract Learning Resources. 

Maka Aminah = Lifetract Learning Resources  DAN

Lifetract Learning Resources = Aminah

2. Apabila ada partner, maka semua liabiliti atas nama perniagaan enterprise adalah sama dengan liabiliti peribadi.

Jika Aminah dan Ali adalah partner dalam Limau Manis Restoran (lesen enterprise), maka hutang Aminah dan Maybank dan hutang Ali di CIMB adalah dikira sama seperti hutang Limau Manis Restoran. Sekiranya Maybank dan CIMB tidak menerima bayaran hutang, mereka boleh menuntut kepada Limau Manis Restoran.

Sekiranya Aminah ada mengeluarkan cek tendang, maka Ali juga akan disekat namanya dalam senarai semakan bank.

PALING BAIK, dalam lesen enterprise, jangan berpartner.
JIKA YA, buatlah perjanjian dan ambil partner yang rendah risikonya. (jika ada)

Membawa masuk rakan kongsi (pekongsi). – PLT

Syarikat PLT bersifat separa enterprise, separa Sdn Bhd. Ia menjadi pilihan kepada pengurusan partnership yang baru. Sesuai untuk partnership antara yang ada modal dan yang tiada modal tetapi ada kepakaran dalam bidang khusus perniagaan.

Pembukaan syarikat mesti bermula dengan 2 pekongsi. Jadi, mesti memang sudah ada ‘partner’ apabila membuka syarikat PLT.

Uruskan risiko dengan memastikan kedua-dua pihak:
1. JELAS dengan tujuan penubuhan syarikat. Untuk apa?

2. TAHU konsep pengurusan bersyarikat termasuklah struktur pengurusan pekongsi-ALP- Pekerja.

3. FAHAM dengan konsep pematuhan dalam pengurusan termasuklah penyediaan akaun dan penyerahan ‘annual declaration’, cara penutupan syarikat dan cara keluar daripada partnership.

4. Sediakan perjanjian pekongsi untuk semua nama dalam syarikat PLT ini. Mesti dinyatakan:

a. Tujuan penubuhan syarikat

b. Tugas dan tanggungjawab semua pihak

c. Nilai modal / saham 

d. Nilai pembahagian keuntungan melalui pembayaran dividen

e. Hak penggunaan Cap dagangan : untuk yang berkenaan

f. Kerahsiaan 

g. Tempoh pegangan saham

h. Terma pembayaran dividen

i. Terma jualan atau belian saham 

j. Hak Tawaran Pertama / Hak Penolakan             Pertama 

l. Terma yang melibatkan konflik : ‘arbitration’

m. Terma pewarisan

Membawa masuk pemegang saham. – Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd lebih ketat disiplin dan pengurusannya. Jika sudah buka syarikat atau sedang merancang buka syarikat, mesti bersedia ambil berat dan tahu tentang asas kepada pematuhan dan pengurusannya.

Sekiranya di peringkat awal pembukaan, boleh buka dengan 1 nama sahaja. Single Person Company (SPC). Apabila bersedia, baharulah bawa masuk pemegang saham.

Sekiranya memang sudah ada syarikat dan mahu bawa masuk pemegang saham baru, prosesnya berbeza sedikit dan dilakukan dengan bantuan Company Secretary (COSEC) dan Akauntan.

PENTING untuk kita jelas SEBAB membawa masuk pemegang saham.  Ini juga terpakai dalam konteks PLT

Apakah ia dilakukan untuk:
1.  Mendapatkan modal kerja (working capital) tambahan? 

2. Mendapatkan modal untuk projek baru?

3. Mendapatkan semula wang kita dengan menjual saham itu?

4. Mendapatkan kepakaran dan manfaat tertentu tanpa perlu membayar tunai?

5. Memberi penghargaan kepada individu berkenaan dengan beri saham sebagai hadiah?

Sekiranya ada cara lain untuk mendapatkannya, mengapa perlu membawa masuk pemegang saham baru/lain?

Memilih individu untuk dijadikan rakan kongsi atau pemegang saham. PLT-SDN BHD

Sebagai individu yang memulakan perniagaan, kita tahu apakah yang diperlukan dalam hal menguruskan dan mengembangkan perniagaan kita itu. Jadi, merujuk kepada posting 2/10, kita jelas akan sebab mengapa kita perlukan tambahan nama sebagai pekongsi ATAU pemegang saham.

Maka, individu yang dipilih mestilah sesuai dengan tujuan itu.

1. Untuk tujuan modal kerja atau untuk projek baru, individu berkenaan mestilah ada duit. Duit ini pula mestilah duitnya sendiri yang tidak akan beliau perlukan paling tidak untuk tempoh 3-5 tahun akan datang.

2. Sekiranya kita menjual saham untuk mendapatkan wang kita semula, bermakna kita bersedia mengurangkan pegangan saham dalam syarikat dan memberi laluan kepada individu lain untuk menjadi sebahagiand aripada ‘owner’ dalam syarikat. Risikonya, syarikat tidak dapat wang itu, kita secara peribadi yang ada wang itu.

3. Jika tujuannya untuk mendapat kepakaran, mestilah individu itu memang ad akeparan kritikal yang diperlukan. Jika kepakaran itu boleh diambil melalui cara lain, mesti jelas mengapa perlu beliau masuk sebagai pemegang saham. Meskipun kita akan dapat kepakaran dengan ‘bayaran rendah atau tanpa bayaran’ kita mesti berlaku adil. Sekiranya silap pilih orang, kita terdedah kepada risiko hal mengurus pemegang saham.

4. Apabila tujuannya adalah untuk ‘hadiah’ maka mestilah faham bahawa ia tidak boleh ditarik balik melainkan jika ia memang tujuannya diberikan untuk mereka jual semula. Ini banyak dilakukan oleh syarikat korporat yang memberi saham kepada pekerja, untuk tujuan mereka jual semula dan dapat keuntungan daripada jualan saham itu.

SEMUA urusan ini mestilah disokong dengan dokumen yang sah. Ia melibatkan COSES, Akauntan dan Peguam.

Menentukan bilangan rakan kongsi atau pemegang saham. PLT – SDN BHD

Apakah bilangan rakan kongsi atau pemegang saham yang ideal?

Sekiranya Tuan rujuk kepada mana-mana COSEC yang berpengalaman, mereka akan menasihatkan supaya ada bilangan ganjil dalam pegangan saham syarikat. 

Bagi kebanyakan syarikat PLT yang bilangan pemegang saham tidak terhad, ia ditentukan berdasarkan tujuan kepada penubuhan syarikat. Jika ianya adalah ‘investment company’ tidak sama dengan ‘management company’. Semua disusunkan mengikut strategi perniagaan yang dijalankan.

Bagi syarikat Sdn Bhd, SME biasanya akan meletakkan bilangan pemegang saham minima antara 3- 5 orang sahaja. Ini juga bergantung kepada keperluan dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Pemegang saham dalam Sdn Bhd dan pekongsi dalam PLT boleh jadi nama individu atau nama syarikat PLT dan Sdn Bhd yang lain.

Semua urusan ini memerlukan khidmat Company Secretary (Compliance Officer bagi PLT) dan Peguam.

Menentukan % saham untuk pekongsi – PLT 

Untuk syarikat PLT, ia berbeza daripada Sdn Bhd. Sebagai pendiri perniagaan , kita boleh menentukan nilai 100% pegangan saham berdasarkan nilai awal modal syarikat yang dipersetujui antara 2 orang pendiri awal.

Sekiranya persetujuan menyatakan bahawa 100% adalah dengan nilai asal RM100K, maka pembahagian % pegangan saham boleh dibuat secara one-to-one.

A : 60% = modal RM60K

B: 40% = modal 40K

Selepas beberapa tahun sela masa, nilai ini perlu dikira semula, sekiranya ada kemasukan pekongsi baru. Sekiranya dipersetujui, nilai ini boleh dikira sama untuk tujuan membawa masuk pekongsi baru.

Modal yang dibawa masuk boleh terus dalam bentuk tunai ATAU dikira dengan bayaran ansuran ATAU dengan gaji tertunggak. Ini semua mesti dizahirkan dalam satu dokumen perjanjian yang dipersetujui termanya.

Sekiranya, pegangan saham adalah bersyarat, maka ia perlu dizahirkan dalam satu dokumen dan pengesahan kepada pegangan saham mesti diisytiharkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui.

Contohnya, seorang pengurus dijanjikan 3% pegangan saham dengan syarat pencapaian tertentu (KPI) dalam tempoh 3 tahun. Maka, hanya selepas 3 tahun sahaja nama pengurus itu dizahirkan dalam rekod pekongsi.

Semua urusan ini, sebaiknya dilakukan dengan khidmat nasihat peguam.

Menentukan % saham untuk pemegang saham – Sdn Bhd

Menurut akta syarikat 2016, tidak ada lagi konsep ‘authorised capital’. Maka nilaian pegangan saham akan terus bersamaan dengan nilai tunai yang dibawa masuk dalam syarikat mengikut rekod kewangan yang sah.

Pemberian pegangan saham tanpa ada nilai tunai sah yang dibawa masuk boleh didokumenkan sebagai ‘hadiah’ dengan bantuan pengurusan dokumentasinya bersama peguam dan COSEC.

Apakah % saham yang sesuai?

Biasanya, apabila syarikat dimulakan dengan SPC, maka individu itu akan membenarkan maksima hanya 20% sahaja kepada pemegang saham individu pertama. Ia mungkin lebih rendah nilainya dan dibahagian kepada beberapa pemegang saham lain.

Jika pemegang saham yang masuk adalah ‘corporate shareholder’, biasanya nilai minima pegangan saham yang diminta ialah 20%. Tidak kurang daripada itu.

Sekiranya beliau perlu membawa masuk individu atau syarikat lain, maka beliau masih akan memegang pegangan saham maksima iaitu 51% untuk mengekalkan majoriti. Ini adalah normal bagi syarikat SME.

Bagi syarikat yang berkembang dan sudah masuk fasa lain dengan strategi tertentu, ada pendiri syarikat yang hanya memegang % saham yang sangat kecil. Ini antara contohnya ialah Alibaba.

Pemegang Saham kekal haknya.

Bagi syarikat PLT dan Sdn Bhd, perlu diingat bahawa, kita tidak boleh ‘memecat’ mereka. Pemegang saham  ialah mereka yang ada ‘ownership’ dalam syarikat dan BUKAN pekerja yang dilantik. 

Mesti rujuk semula kandungan dalam #bisnesbersyarikat yang menerangkan tentang struktur syarikat. Skop pemegang saham terhad dan TIDAK ada penglibatan dalam hal pengurusan operasi syarikat.

Apakah yang berlaku?
Untuk PLT – pecah kongsi.

Untuk Sdn Bhd – menjual/dibeli sahamnya

Pemegang Saham kekal haknya.

Urusan ini melibatkan banyak perbincangan di luar bilik rasmi sebelum sebarang persetujuan dibuat. Ada banyak faktor kepada pecah kongsi ATAU jualan dan belian saham untuk tujuan pengeluaran individu tertentu dalam syarikat.

1. Adanya situasi ketidaksefahaman.

Contohnya, salah seorang oekongsi tidak bersetuju dengan cara pengendalian syarikat dan tidak mahu terlibat. Maka, beliau menarik diri daripada perkongsian.

2. Adanya situasi teknikal untuk mengembangkan syarikat.

Contohnya, apabila syarikat mahu mengambil pinjaman atas pakej WANITA, syaratnya ialah mesti syarikat dipunyai oleh wanita dengan bilangan pemegang saham minima. Maka, pemegang saham yang menjadikan syarikat tidak layak untuk tujuan ini perlu dikeluarkan.

3. Adanya situasi lain yang hanya pendiri bisnes itu tahu.

MAKNANYA, dalam konteksnya, proses penjualan dan pembelian saham dilakukan tanpa prejudis.

Menjual Saham ATAU Saham dibeli.

Apakah yang berlaku?
Untuk PLT – pecah kongsi.

1. Pekongsi perlu menulis surat “Menarik Diri daripada Perkongsian”.

2. Compliance Officer akan menguruskan hal pengeluaran dan pertukaran nama. Jika hanya ada 2 nama, nama yang keluar mesti digantikan atas syarat penubuhan PLT mesti ada 2 nama. Jika lebih, maka tidak perlu ada gentian nama.

3. Sekiranya memang perniagaan ada habuannya, bermakna ada keuntungan dan aset tertentu dengan nilaian, maka kiraan semula yang adil boleh dilakukan dan pembahagian boleh diberikan kepada pekongsi yang menarik diri.

Apa yang berlaku?
Untuk Sdn Bhd – menjual/dibeli sahamnya

MENJUAL SAHAM

Pemegang saham boleh menulis surat menyatakan hasrat menjual saham kepada COSEC dans alinan kepada mereka yang berkenaan.

Proses ini biasanya akan tertakluk kepada perjanjian pemegang saham yang ada ditandatangani. Tawaran akan diberikan kepada pemegang saham sedia ada dahulu, itu normal praktisnya. Jika tiada yang mahu, baharulah dibuka kepada orang lain.

Ini semua, mesti merujuk kepada perjanjian pemegang saham

SAHAM DIBELI

Pemegang saham atau individu berkenaan boleh menulis surat terus kepada pemegang saham yang mahu dibeli sahamnya itu dan salinan surat diberikan kepada COSEC.

Proses ini juga bergentung kepada perjanjian pemegang saham. Bagi individu yang ditawarkan untuk sahamnya dibeli, apabila ad apersetujuan, beliau akan jual sahamnya dan nama akan dikeluarkan daripada syarikat.

Bagi mana-mana individu yang mahu pemegang saham tertentu keluar daripada syarikat, mereka perlu menguruskan hal ini secara objektif. Kemahiran berunding menjadi kritikal.

Ada ilmu.

Sama ada kita ingin membawa masuk ‘partner’ atau menjadi pemegang saham dalam mana-mana entiti perniagaan, menjadi satu keperluan untuk kita faham da nada ilmu yang asas.

Kita tidak perlu menjadi pakar, cukup untuk mempunyai pengetahun bagi membolehkan kita menguruskan risiko. Mempunyai kefahaman ini membolehkan kita menjaga orang lain dengan menjaga diri sendiri. Sama seumpama situasi COVID-19.

Banyak manfaat menjadi seorang pemegang saham:

1. Menerima dividen. Ia tidak dikenakan cukai.

2. Membawa modal masuk dalam syarikat itu. Membentu mereka berkembang tanpa pinjaman bank.

Kedua-dua di atas hanya boleh berlaku apabila kita memilih untuk berada dalam syarikat yang:

1. Diketuai oleh individu dan kumpulan yang ada kebolehan.

2. Mempunyai kefahaman dalam hal pengurusan syarikat termasuklah pematuhan dan pengurusan pemegang saham.

Rujuk semula ‘The Big Why’

Dalam hal pengurusan syarikat yang melibatkan ‘partner’ ini, kedua-dua belah pihak, semua pihak mestilah merujuk dan sentiasa melihat semula kepada tujuan asal kepada penubuhan syarikat itu.

Apabila ada asas dan kefahaman yang jelas, masih ada banyak ruang untuk membolehkan perniagaan diteruskan dalam keadaan harmoni. Meskipun keharmonian penting, tetapi onjektif perniagaan adalah lebih diutamakan dalam konteks ‘company building’.

Adalah lumrah untuk adanya pecah kongsi dan jual beli dalam mana-mana perniagaan. Ianya mesti diuruskan secara professional.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

8 thoughts on “Membawa Masuk Rakan Kongsi dalam Bisnes”

  1. Assalamualaikum Puan,

    Sy terus ke soalan ye.

    Isu pertama:
    Ada seorg lelaki dtg kepada saya ingin menjadi funder utk mengeluarkan product baru (cosmetic). Funder ini tahu sy mmg ada pengalaman beberapa tahun menguruskan product sy sendiri dan berhasil. Tapi sy sudah stop almost 3 years. Funder ni dia tak ada background apa pun dlm beauty and health industry. Dia dlm bidang oil and gas.

    Baru-baru ni kami ada bincang bertiga (funder, wife funder, dan saya) mengenai pembahagian share, sy purpose 60/40 (60 Funder, 40 Saya). Tapi di counter oleh funder, 60/30/10 (60 Funder, 30 Saya, 10 wife) . Sy tidak bersetuju. Sy bgtau mereke berdua apa contribution wife dia boleh bagi utk company. Wife dia kata saje nak bagi. Ok. Dan mereka kata kalau mcmtu 70/30 (70 Funder, 30 sy). Saya tetap mahukan 40%, sebab pada saya, saya yg menjalankan day to day operation. Even skrg sy seorg yg menghubungi kilang, packaging utk sample product baru.

    Akhir sekali, funder bersetuju 65%,35% (65 Funder, 35 saya). Saya rasa ok laa tak apa. Nanti sy boleh amik gaji tinggi sedikit. Funder mmg ckp dia tak nak terlibat dgn operation Tapi dia nak CFO position. Saya tidak mengeluarkan sebarang capital melainkan idea dan segala susunatur kerja dr A-Z) bermula dr R&D, strategy, marketing planning, operation, sales semua saya kan handle.

    Untuk pembahagian share, soalan sy bagaimana pembahagian yang sebetulnya utk isu saya ini. Kalau funder mahukan share 65% berapa amount capital yg perlu funder sediakan.

    Isu kedua :
    Funder nak register new company Sdn Bhd, namun sy nak guna company Sdn Bhd yg telah sedia ada, sy berpendapat sy nk kira JV sy dgn funder as a new project. Tapi masih menggunakan syarikat sy. Sbb kami mmg dh bersetuju utk buat shareholder agreement. Sy rasa tak apa kalau nak guna syarikat Sdn Bhd sy pun. Syarikat Sdn Bhd yg sedia ada sudah ada 2 account bank. Sy dlm dilemma sama ada nk buka company baru, atau guna company sy yg sedia ada.

    Bagaimana Puan, Tolong saya ye.

    Terima Kasih.

      1. Assalamualaikum saya juga ada masalah sepertimana puan di atas, boleh tak cik bantu saya dari segi nasihat bagaimana nak selesaikan masalah di atas.

      2. salam puan Noraminah. saya memiliki dilemma yg sama seperti masalah di atas. boleh puan share kepada saya juga, pandangan puan. terima kasih. email saya seperti di bawah

        1. Wasalam.

          Walaupun masalah sama, situasi berbeza. Secara umumnya:

          1. Semak tujuan asal kita mahu berpartner.
          2. Jika ia tidak sama serperti agenda bisnes kita, elakkan.
          3. Setiap bisnes itu berbeza mengikut rancangan pengusahanya.

          Apabila Tuan ada rancangan bisnes (business plan), jalankan mengikut rancangan itu.
          Dengan komen dan soalan umum, ini sahaja respon saya.

  2. assalamualaikum puan, saya ada sedikit kemuyskilan yang sy nak tau. harap puan dpt mmbantu sy ye..
    sy ada syarikat enterprise yg skrg ni atas nama sy seorang je. dan sy bercadang nk letak nama wife sebagai rakan kongsi, adakah akan menjadi masalah untuk menambah nama wife didalam akaun bank semasa cimb sy sebagai rakan kongsi. adakah sy dapat mengekalkan nombor akaun yg sama atau kena daftar nombor akaun yg baru, sebab sy sayang dengan penyata bank yang konsisten selama ini, kalau boleh sy tak nak la tukar no akaun yg baru. harap puan dapat berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu kpd saya. terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.