MENUTUP PERNIAGAAN akibat KESAN KRISIS COVID-19 Mac 2020

#uruskrisiswabak #bisnestaska

Apabila semua perkara berkaitan kewangan disemak, semua rancangan dan pelan tindakan mula perlu dilaksanakan, salah satu yang boleh berlaku ialah dengan membuat keputusan menutup perniagaan.

Tonton VIDEO penerangan lanjut.

BAHAGIAN 1:

Menutup perniagaan ini ada dua bahagian.

1. Tutup terus

Apabila menutup perniagaan dengan cara ini, bermakna kita tidak akan memulakan semula operasi selepas krisis tamat. Maka, pengusaha mesti ada rancangan mereka sendiri.

Antaranya ialah:
a. Mulakan bisnes lain

Untuk urusan ini, bina rancangan bisnes baharu seumpama memulakan perniagaan yang baharu.

b. Bekerja semula

Untuk urusan ini, mula bine semua resume dan CV serta mencari industri dan syarikat sasaran untuk menghantar permohonan.

2. Tutup sementara

Menutup perniagaan sementara ini, adalah atas beberapa dasar penting terutamanya rancangan untuk beroperasi semula mesti disediakan. Ini adalah salah satu ‘recovery plan’ untuk perniagaan kecil pasca krisis.

BAHAGIAN 2: Menutup Taska : Senario Pendahuluan

Model bisnes Taska TIDAK sama dengan Tadika. Maka, rancangan, kesan dan persediaan kepada penutupan Taska juga berbeza.

Kita mulakan perbincangan dengan mengambilkira situasi Taska yang umumnya begini:

a. Taska merupakan satu keperluan terutama untuk ibu bekerjaya. Ia merupakan khidmat penyelesaian kepada urusan penjagaan anak-anak 2 bulan sehingga 4 tahun lebih. Biasanya, anak-anak 4 tahun akan ke Tadika.

b. Taska mempunyai pengambilan anak-anak sepanjang masa. ‘On-going intake’.

c. Nisbah antara Pengasuh dan anak-anak adalah kecil. Untuk 3 bayi, 1 Pengasuh sahaja.

d. Organisasi yang menguruskan taska memerlukan staf yang menguruskan hal pentadbiran. 

e. Struktur yuran adalah bergantung kepada Taska yang biasanya mempunyai yuran bulanan dan yuran tahunan sahaja.

f. Taska beroperasi seawal 6.30 pagi sehingga 6.30 petang. Ada yang menawarkan jam jagaan lanjutan dengan kadar tambahan.

Kebanyakan pengusaha taska persendirian, mempunyai rangkaian perkhidmatan taska-tadika-pusat jagaan. Maka, impak atas keputusan menutup premis perniagaan sementara ATAU penutupan terus kepada syarikat (enterprise) adalah berbeza.

BAHAGIAN 3:
Persediaan untuk menutup operasi Taska – TUTUP SEMENTARA

Penutupan yang dijangkakan akan bermula seawal April 2020. Penutupan sementara ini adalah normal berlaku meskipun BUKAN dalam tempoh krisis atau wabak. Tuan mesti pernah melihat adanya kedai atau pusat perniagaan yang tutup sementara untuk tujuan ‘upgrade’.

Jadi, apabila mahu menutup sementara, apakah rancangan yang ada?

a. MENENTUKAN TEMPOH PENUTUPAN SEMENTARA
Boleh tutup dalam satu tempoh sehingga situasi krisis wabak dijangkakan reda. Dalam situasi Taska, biasanya rancangan sesuai juga dilihat berdasarkan calendar rakyat dan musim cuti yang ada.

Mengikut calendar dan rutin di Malaysia, April (masuk Ramadan), Mei (masuk Syawal dan ada cuti sekolah), Jun (ada cuti sekolah sehingga 6.6)

Maka perancangan yang dilihat menjadi jangkaan pengusaha ialah penutupan sementara April – June 2020. Ini satu contoh sahaja.

b. RENCANA KOMUNIKASI

+Pelanggan

Bagi urusan ini, pelanggan sedia ada mestilah menerima maklumat yang tepat supaya mereka beresedia, Ini termasuklah urusan sebarang yuran bulan terdahulu yang tertunggak dan yuran yang dibayar ‘advance’ sekiranya ada. Semua ini, tatacaranya mestilah dikomunikasikan dengan baik.

Sekiranya ada ibu bapa yang masih perlukan khidmat taska dalam tempoh itu, tetapi bilangannya terlalu sedikit untuk menampung operasi seluruh taska, boleh cadangkan ‘option’ atau buat rujukan kepad aibu bapa yang berkenaan untuk mendapatkan khidmat daripada taska yang lain.

+Staff

Bagi urusan ini, mereka mestilah mendapat maklumat awal berbanding orang lain untuk persediaan mereka sendiri. Ada pilihan untuk mereka berhenti kerja dan memohon semua kerja apabila taska beroperasi semula. Atua mengambil cuti tanpa gaji.

SEMUA ini mestilah menjadi agenda komunikasi utama untuk memastikan kelancaran penutupan sementara. Mungkin aka nada hanya 1 atau 2 staf yang diperlukan untuk bekerja secara ‘part time’ atau ‘freelance’ dalam tempoh ini atas urusan tertentu.

c. PERANCANGAN PROJEK

Sepanjang tempoh penutupan sementara, mestilah sudah ada pelannya. Sama ada ia melibatkan:
+ perubahan pengurusan (staff – team)

+ kemaskini sistem pengurusan

+ perubahan model bisnes 

+ perubahan ‘aesthetic’ dan ‘facility’

Bagi urusan ini 2-3 bulan mungkin mencukupi bergantung kepada ‘project plan management’ yang disediakan.

Semua ini juga mungkin ada kaitan dengan:

+ proses jualan atau belian taska

+ proses ‘merger & acquisition’

+ proses kemasukan pelabur atau ‘new capital injection’

Bagi urusan ini, 3-6 bulan atau lebih mungkin diperlukan bergantung kepada faktor transaksi dan persetujuan.

BAHAGIAN 4:
Persediaan untuk menutup operasi Taska – TUTUP 

Situasi ini adalah berkaitan dengan keputusan menutup terus taska yang sedang dijalankan. Beberapa perkara perlu dilihat dan dipastikan sebelum ini berlaku.

1. Sekiranya perniagaan dalam bentuk perkongsian

Mesti ada kata persetujuan daripada semua yang berkongsi. Sekiranya ada urusan yang sesuai, boleh sahaja perniagaan itu dijual kepada rakan kongsi yang ada ATAU dijual kepada sesiapa yang mahu membeli.

Kirakan semula nilai taska yang ada. Pembahagian yang sesuai mesti dipersetujui supaya taska yang ditutup itu tiada mengundang kesan pergaduhan semasa rakan kongsi.

2. Sekiranya perniagaan masih ada hutang

Mesti diselesaikan semua hutang meskipun taska ditutup. Sekiranya perniagaan masih berhutang, maka hutang mesti dilangsaikan juga. Sekiranya ada perkongsian, mestilah diselesaikan sebagaimana dipersetujui oleh semua rakan kongsi.

Mana-mana bayaran ‘advance’ yang diterima daripada ibu bapa juga mestilah diuruskan hal ‘refund’ yang wajar.

3. Sekiranya perniagaan masih ada hutang perlu dikutip.

Mesti juga dikutip semaksima boleh apa-apa yang belum dikutip sebelum taska ditutup.

4. Sekiranya bangunan atas sewaan 

Mesti semak terma penamatan. Dalam situasi krisis, memang pengusaha biasanya terpaksa beri notis yang mungkin tidak memenuhi terma perjanjian dan perlu menanggung apa-apa denda. Semua ini boleh dibincangkan terus dengan bercakap langsung kepada ‘landlord’.

Perbincangan mestilah dalam bentuk ‘negotiation’ yang fokus kepada objektif yang mahu dicapai, iaitu penamatan sewa atas situasi krisis dengan keadaan harmoni.

5. Urusan semua bahagian pemberi lesen

Penutupan taska juga melibatkan makluman kapada ejensi berkaitan termasuk JKM. Lakukan semua proses makluman mengikut prosedur.

6. Pengusaha juga perlu ada pelan dan rancangan selepas menutup taska. Ini sudah dibincangkan dalam BAHAGIAN 1.

BAHAGIAN 5:
Kesan penutupan Taska – TUTUP SEMENTARA

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Ini termasuklah kesan baik dan kesan buruknya. Kesan ini boleh dibincangkan dengan bermula melihat kepada ‘stakeholder’ dalam bisnes taska.

Siapakah ‘stakeholder’ itu?

Dalaman

1. Staff : Dalam tempoh penutupan sementara, apakah yang akan berlaku kepada mereka? Bagaimana perlu disusunkan situasi ini?

2. Pengusaha / Owner: Dalam tempoh ini ada banyak kemingkinan termasuklah urusan yang perlu dilakukan dengan segera dan ‘timely’ untuk memastikan operasi berjalan semula seperti yang dirancang. Paling utama ia akan melibatkan rancangan kewangan yang mesti diminimakan risikonya.

Luaran

3. Pelanggan : Apakah kemungkinan mereka akan menghadapi isu untuk kembali semula kepada taska kita selepas tempoh tutup sementara?

4. Pelabur (jika ada) : Apakah mereka faham dan bersedia untuk ada risiko kerugian besar dalam tempoh itu?

5. Pemiutang (creditors) : Apakah urusan pembayaran juga akan tertangguh semala tempoh penutupan taska sementara itu?

6. Pembekal : Apakah urusan pembelian kepada semua pembekal sedia ada juga akan terkesan?

7. Komuniti : Apakah ada kesan ini?

8. Ejensi terlibat : Apakah ada kesan ini? Apakah ada isu perlesenan sekiranya penutupan sementara dilakukan?

9. Persatuan (jika ada) : Apakah ada isu keahlian?

Bagi membuat keputusan, mestilah ada analisa yang perlu dilakukan. Ia mestilah dalam kerangka tempoh masa yang sesuai. Jangan habiskan masa menganalisa kerana ia akan menggangu rancangan yang mahu dijalankan. 

Be efficient and timely to make decision.

BAHAGIAN 6:
Kesan penutupan Taska – TUTUP 

Ia masih melibatkan kumpulan ‘stakeholders’ yang sama.

Dalaman

1. Staff : Apakah pengusaha taska bersedia dengan memberikan pamapasan yang wajar kepada pemberhantian staf yang akan berlaku?

2. Pengusaha / Owner : Apakah rancangan seterusnya sudah ada atau hanya perlu ‘follow the flow’? Sekali lagi, situasi kewangan juga adalah kritikal bagi memastikan keputusan diambil dengan risiko yang mampu ditanggung oleh pengusaha taska.

Luaran

3. Pelanggan : Apakah urusan yang boleh membantu pelanggan dalam keadaan tasaka perlu ditutup? Apakah ada pilihan lain di sekitar?

4. Pelabur (jika ada) : Apakah bersedia dengan urusan untuk menguruskan hal mereka yang memberikan wang modal dalam menjalankan taska sedia ada ini? Jika tutup dan mulakan yang baharu, apakah sudah bersedia dengan pelannya?

5. Pemiutang (creditors) : Apakah semua hutang kepada mereka boleh dilangsaikan? Jika perlua da perbincangan apakah ada proposal atau cadangan pembayaran yang ‘feasible’?

Bagi kesemua ‘stakeholders’ yang dibawah, apakah rancangan dan plean tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan supaya hubungan dan nama baik sebagai pengusaha taska tidak terjejas meskipun penutupan taska dijalankan.

6. Pembekal 

7. Komuniti

8. Ejensi terlibat

9. Persatuan (jika ada)

ARTIKEL ini adalah kompilasi semua posting FB Noraminah Omar.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.