Bahagian 1
Bisnes yang memang sedang bergelut dengan isu pengurusan tunai dan memastikan keuntungan dan tidak mempunyai ‘cash reserved’ sangat cenderung terdedah kepada risiko apabila menhadapi krisis.
Banyak syarikat yang pernah melalui pengalaman krisis ekonomi, tetapi situasi krisis sekarang bukan sekadar ekonomi. COVID-19 merupakan satu pandemik menyebabkan krisis kesihatan sedunia.
Namun, pengalaman mengurus dalam krisis yang ada membantu banyak syarikat-syarikat besar ini untuk melaluinya. Bagi SME, terutama syarikat start-up, ia adalah satu cabaran hebatyang perlu mereka lalui.
Bahagian 2
Sebagai ketua dalam syarikat atau unit dan bahagian penting, kita mesti bersedia untuk membuat perubahan dan merancang untuk membolehkan kita beradaptasi dengan situasi krisis.
+ Berfikir umpama CFO
Sepanjang tempoh krisis, kita perlu mengubah cara fikir dan cara kerja. Semuanya akan melibatkan sumber dan kapasiti syarikat untuk bertahan. Maka, sebanyak mana kita mahu memastikan semua pekerja masih ada pekerjaan, atau sejauh mana kita fikir mahu menamatkan lantikan pekerja, semuanya mesti berasaskan angka dan fakta.
+ Menyemak ‘framework’ kerja yang beradaptasi
Cara dan sistem kerja yang sedia ada perlu disusun dan disemak semula. Ia mesti bersesuaian dengan keperluan interaksi semasa tempoh krisis berlaku. Sama ada ia masih memerlukan ‘physical presence’ atau hanya boleh dikurangkan, satu cara kerja baru perlu diadakan.
+ Melangkau 4 dinding pejabat kita
Menyediakan rancangan bersifat strategic memerlukan perincian tertentu dalam beberapa perkara. Maka, cara kita berfikir perlu melangkau kesemua rantaian bisnes dan juga ‘stakeholders’ dalam perniagaan kita. Ambil kira kepentingan pekerja, pembekal, pemegang saham, pemiutang, komuniti dan masyarakat serta semua ejensi atau institusi yang terlibat dalam urusan perniagaan kita.
Bahagian 3
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan fokus untuk memastikan pengurusan tunai dijalankan dengan baik.
1. Fokus kepada bisnes ‘tunai’
+ perlu ‘explore’ pendapatan daripada sumber yang biasa (tradisional)
+ penggunaan IT untuk mengangaktifkan jualan tunai
+ penggunaan aset sedia ada
+ sumber pendapatan baru
+ memberi diskaun kepada pembayaran segera
+ buang denda pembayaran lewat
2. Semak perbelanjaan ‘variable’
+ apakah ada ‘fixed cost’ yang boleh dijadikan ‘variable’
+ pajangkan tempoh pembayaran dengan bijak
+ semak semula semua bayaran dengan amaun yang betul – minima
Menguruskan hal kos dalam perniagaan memerlukan kita faham jenis kos yanga da dalam perniagaan kita. Ini membolehkan kita menyusunnya semula dengan baik.
3. Semak ‘account receivables’
+ pembayaran mesti diterima dengan cepat
+ pembayaran semaksima yang mungkin
Dalam bahagian ini, Tuan mesti jelas tentang jenis-jenis kos yang ada dalam model bisnes Tuan sekarang. Perbelanjaan yang berubah-ubah ini BUKAN kos jualan.
Bezakan antara kos jualan (COGS/ cost of sales) dengan perbelanjaan (expenses). Kedua-duanya adalah kos.
4. Kawal urusan stok
+ keluarkan segera stok barang terutama yang akan/mudah rosak dalam tempoh terdekat
+ kurangkan atau berhentikan kemasukan stok ‘slow moving item’
+ barang yang sudah siap (finished goods) lajukan jualan
5. Pengurusan kewangan umum
+ Semak keperluan untuk menamatkan/menangguhkan sebarang pelaburan baru
Ada antara kita yang merancang untuk membuat pelaburan baru, Ada jenis pelaburan yang bagus untuk ditamatkan atau ditangguhkan semasa krisis. Jadi, semak semula jenis pelaburan yang Tuan buat.
+ Semak keperluan untuk menyegerakan pelaburan
Bagi sesetengan pelaburan pula, perlu kita segerakan. Ini merupakan antara peluang yang biasanya muncul dalam tempoh krisis. Bagi sesetengah syarikat, M&A (mergers and acquisition) perlu disegerakan apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma yang lebih baik.
Bagi sesetengah syarikat pula, memberikan kemudahan pinjaman pendek kepada syarikat lain dalam tempoh krisis (6-9 bulan) merupakan saah satu perkara yang mereka segerakan.
Semua ini umpama 2 dalam 1. Membantu dan mendapat keuntungan meskipun sedikit dan mendapat nama baik dalam industri.
+ Pastikan adanya kelayakan syarikat untuk mendapat fasiliti kewangan
Semasa krisis begini, pengurusan kewangan syarikat mestilah dipantau ketat, semakan berbentuk harian. Kebolehan dan kelayakan syarikat untuk mendapat fasiliti kewangan mesti dikekalkan.
‘Financial profile’ syarikat mesti terjaga. Kita tidak tahu bila-bila sahaja kita mungkin memerlukan fasiliti kewangan ini meskipun selepas krisis tamat.