APA SISI YANG BELUM DILIHAT DALAM TEMPOH PKP?

Dalam situasi semasa, kita sedang berada dalam situasi yang bukan kebiasaan. Hari ini, 1 Ramadan, Jumaat dengan tarikh 25.4.2020. Kita semua berada di rumah masing-masing.

Kali ini, bagi kita semua, I adalah tahun paling berbeza, paling mencabar dalam banyak perkara. Dalam kupasan kali ini, hanya 3 cabaran ini yang mahu diketengahkan.

1. Cabaran kewangan

Ia menjadi perkara utama dalam keadaan sekarang. Tentang perkara yang melibatkan aliran dan penggunaan kewangan ia adalah perkara serius. Bagi sebahagian daripada kita yang memang terkesan dan hilang sebahagian atau sepenuhnya pendapatan, ia akan memberi satu tamparan besar.

Bagi mereka yang berkeluarga, semua perbelanjaan harian dan bulanan menjadi keutamaan dalam perancangan dan tindakan yang diambil. Bagi ramai usahawan, perniagaan yang mereka jalankan merupakan sumber utama pendapatan mereka. Ini memang terpakai untuk perusahaan PKS dan SME dalam kategori yang tertentu.

Meskipun sesetengah SME mempunyai kekuatan pengurusan dan mempunyai rancangan dalam perniagaan, bukan semua SME diuruskan dengan secara korporat. Sebahagian besar SME masih bersifat perniagaan keluarga dan diuruskan oleh keluarga. Maka, cabaran ini berbeza.

Bagi setiap individu, cabaran kewangan juga berbeza. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, ia mempunyai kesan langsung kepada pendapatan perniagana dan pendapatan keluarga mereka.

Setiap situasi, ada cara dan keperluan yang boleh disusunkan. Bagi Tuan dan Puan yang membaca tulisan ini, bercakaplah dengan mereka yang boleh memberikan idea dan beberapa jalan penyelesaian yang boleh menjadi piliha.n. Penyelesaian kepada situasi kita, akan datang daripada kita sendiri dengan tindakan yang kita ambil.

2. Cabaran kerja

Bagi ramai diantara kita, kita juga terbeban dengan pekerjaan yang perlu disiapkan di rumah. Sama ada lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai cabaran tersendiri. Malah, bukan semua ibu dan bapa yang bekerja dari rumah, ada yang perlu keluar bekerja seperti biasa.

Semua cabaran ini adalah unik dan tidak sama. Nampak sama tetapi tidak serupa. Kepelbagain situasi keluarga dan situasi setiap isi rumah merupakan satu perkara yang perlu diambil kira.

Namun, mesti ada beberapa perkara yang dlihat dalam konteks kesamaan suapaya setiap cabaran itu dapat dilalui dengan baik. Bagi mereka yang mbekerja di rumah, antara cabaran yang serupa ialah pengurusan masa dan jadual kerja bersama ahli keluarga. Sama ada dengan anak-anak kecil atau yang lebih dewasa, ia merupakan satu titik persamaan bagi semua yang bekerja dari rumah.

3. Cabaran emosi

Apabila kita menghadapai kepelbagaian situasi maka kita tidak telepas daripad akeadaan di mana kita perlu menghadapi emosi sendiri. Mengekalkan diri positif, tenang dan memberi fokus kepada perkara penting memerlukan kita berada dalam satu momentum yang baik.

Hanya dengan kemampuan kita mengurus emosi sendiri, baharulah kita mampu berinteraksi dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kerja dan situasi dalam rumah.

Bagi mereka yang bekerja dari rumah atau masih perlu bekerja sesperti biasa, mestilah mempunyai kekuatan untuk menguruskan cara fikir dan cara kerja dalam situasi PKP yang panjang.

Bagi surirumah juga, cabaran mereka lebih sukar daripada hari biasa. Bagi sesetengahd aripada ibu bapa dan ketua keluarga, inilah masanya untuk memberikan ruang kepada diri untuk melihat SISI BARU dalam kehidupan.

UMUMnya, beberapa perkara berikut boleh dilakukan supaya kita sentiasa mendorong diri untuk kekal positif.

1. BUATKAN JADUAL 

Sediakan satu senarai perkara yang perlu dilakukan sebagai rutin harian. Sekiranya sudah ada, tempoh PKP ini memerlukan kita membuat banyak perubahan.

Mesti ada ruang perubahan jadual yang fleksibel agar kita tidak terlalu rigid dengan jadual yang ada.

2. SENARAIKAN PERKARA MAHU DICAPAI

Buatkan satu senarai untuk apa yang kita mahu capai hari ini. Kita mungkin ada ada 5 atau 10 perkara yang mahu diselesaikan. Buat secara berpatutan tanpa perlu memberi tekanan kepada diri sendiri.

3. SENARAI PENCAPAIAN 

Setiap hari, sebelum tidur atau menamatkan aktiviti seharian, senaraikan perkara yang sudah dicapai. 

Apakah pencapaian hari ini yang mahu diraikan?

Apakah perkara yang perlu saya perbaiki?

Apakah 3 perkara baik yang sudah saya buat kepada orang lain hari ini?

Senarai ini boleh jadi dalam apa juga konteks tetapi mestilah sesuatu yang merupakan perkara baik dan positif pada hari itu. Ia mungkin perkara biasa dan kelihatan kecil. Tetapi, meraikan kejayaan kecil ini merupakan satu langkah awal kepada kejayaan yang lebih besar.

KEUPAYAAN kita menghasilkan senarai ini mendorong otak kita untuk lebih fokus. Menulis dan mencatatnya dengan jelas serta dijadikan rujukan harian membolehkan kita mengekalkan daya percaya diri setiap hari.

Apa lagi sisi baik yang belum kita teroka sepanjang PKP ini?

Sempena 1 Ramadan, ia merupakan satu hari yang menjadikan ia lebih penting bagi kita bermula.

Kita belum memang. Insyaallah, kita akan menang!

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

2 thoughts on “APA SISI YANG BELUM DILIHAT DALAM TEMPOH PKP?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.