PENGETAHUAN AM PENGURUSAN SYARIKAT BISNES

Landskap bisnes SME di Malaysia kini mula melihat keperluan kepada perubahan yang signifikan. Selain daripada ‘personal financial literacy’, satu lagi pengetahuan yang mesti ada sebagai asas rakyat kita ialah pengetahuan am tentang pengurusan syarikat.

Kali ini, COVID-19 benar-benar membawa satu anjakan paradigma kepada semua peringkat rakyat jelata. Tidak kira sama ada yang berumur atau muda, berkedudukan tinggi atau tidak, semuanya mempunyai kesan tempias kepada hal urusan yang melibatkan pematuhan.

Bercakap tentang ‘personal finance’, kita lihat berapa ramai yang masih perlukan bantuan untuk memahami keperluan mendaftarkan nama dan membula fail di LHDN.

Menyemak tentang lesen berniaga, berapa ramai yang mendaftar untuk lesen enterprise tetapi tidak menguruskannya dengan betul. Melihat situasi yang pelbagai dalam konteks pegangan saham, lantikan pengarah dan pekerja, masih banyak yang perlu dilakukan untuk melahirkan rakyat yang cakna dalam kepelbagaian.

Kehidupan ini luas. Luas untuk semua orang mendapat apa yang cukup dan lebih untuk diri dan keluarganya. Maka, memang tidaklah sepatutnya kita sebagai rakyat bergantung kepada kerajaan, namun kerajaan mempunyai tugas dan peranan khusus dalam membangunkan rakyat dan negara.

Kita sebagai manusia, perlu dengan sendiri membina jati diri, Namun dalam konteks komuniti, organisasi dan kerajaan, ada peranan besar yang mesti dimainkan dengan serius untuk membangunkan sebuah Malaysia yang berdaya maju.

Kita juga mempunyai peranan masing-masing. Sama ada sebagai pekerja dalam mana-mana organisasi atau membangunkan perusahaan (perniagaan) yang pelbagai saiz, kita perlu memainkan peranan yang sejajar.

Pengetahuan dalam hal seumpama ini, bakal menjadikan warna dalam industri perniagaan SME dan PKS terus lestari dan menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih signifikan.

Sehingga hari ini, apa peranan yang kita sudah ambil dan mainkan melangkaui kebajikan untuk diri dan keluarga?

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.