10 PENGALAMAN MENGURUSKAN SYARIKAT : INSTITUSI PENDIDIKAN (Bahagian 6)

BISNES PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : PUSAT PERKEMBANGAN

PENGALAMAN 6: Uruskan bisnes, seolah kita akan berada di dalamnya sepanjang hayat. Kesungguhan tidak mencukupi. – Bersungguh sahaja tidak cukup

Orang bisnes mempunyai kriteria tertentu untuk berjaya. Hakikat bisnes itu, memerlukan kerja berkumpulan yang tersusun untuk kekal dalam prestasi dan berkembang dengan skala yang dipilih.

Kesungguhan sahaja tidak menjamin kejayaan. Ramai rakan-rakan saya yang bersungguh dalam bisnes, akhirnya menjadi hamba kepada bisnesnya sendiri.

Tujuan asal untuk bebas bergerak dan membuat keputusan bisnes, hanyalah satu perangkap hidup yang menyebabkan mereka terpaksa meringkuk di dalam bisnes itu.

Kesungguhan mesti datang bersama dengan kemahiran memimpin. Kemahiran ini akan membolehkan mereka yang bersungguh dalambisnes bekerjasama dengan prang lain yang lebih bijak untuk menjalankan bisnes dengan lebih teancang dan berstrategi.

Bisnes pendidikan kanak-kanak yang biasa disebut sebagai bisnes tadika atau bisnes taska tidak boleh dipandang sebelah mata. Ia merupakan satu bisnes servis yang professional dan mesti diuruskan secara professional.

Tiada jalan singkat untuk berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berbisnes begitu sahaja. Pelan, rancang dan tindakan perlulah bersusun sekurang-kurangnya untuk 36 bulan akan datang.

Pelan pengurusan bisnes termasuklah 3 perkara utama:
a. Operasi

Bahagian operasi melibatkan beberapa perkara penting seperti yang berikut:

  • Harian
  • Mingguan
  • Bulanan
  • Tahunan
  • Berkala mengikut keperluan

Oleh kerana ianya berbentuk operasi yang berulang, sistem pengurusan yang standard atau lebih dikenali sebagai SOP (standard operating procedures) boleh dibangunkan secara berfasa.

b. Pengurusan Kewangan

Bahagian pengurusan kewangan melibatkan beberapa perkara asasyang penting:

  • Kawalan aliran tunai
  • Kawalan tunai runcit
  • Polisi pengembalian dan tuntutan
  • Polisi belian runcit dan pukal

c. Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian pengurusan sumber manusia pula melibatkan 3 bahagian utama:

  • Pembangunan bahagian pengurusan bisnes
  • Pembangunan professionalisme pendidikan
  • Program insentif dan pembayaran

PELAJARAN

Bisnes tadika dan taska atau pusat perkembangan yang dilihat biasa-biasa mampu menjana pendapatan lumayan apabila diurustadbir dengan kemahiran secara berkumpulan dan berstrategi. Kesungguhan sahaja tidak mencukupi.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.