BISNES PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : PUSAT PERKEMBANGAN
PENGALAMAN 7: Lupakan tentang persaingan dalam bisnes. Fokus kepada perlumbaan yang sihat. – Apa itu persaingan yang sihat?
Perniagaan melibatkan banyak jenis persediaan. Ia termasuklah menyediakan pelan dan rancangan bisnes. Maka, memang dalam salah satu bahagian perancangan itu ialah dengan meneliti semua pemain yang ada dalam industri. kemudian, kita juga perlu melihat keperluan secara lokal apabila melihat konteks bisnes pendidikan.
Ya, kita perlu tahu siapa yang sudah ada dalam industri dan bagaimana mereka menjalankan perniagaan mereka. Meskipun begitu, maklumat yang dikumpulkan adalah untuk dianalisis supaya kita boleh merancang khusus untuk bisnes kita pula.
Persaingan pula, adalah perkara biasa dalam semua bisnes. Namun, bersaing juga boleh menjejaskan kesihatan bisnes. Dalam hal ini, fokus pelajaran yang diambil ialah dengan membina ‘competitive advantage’ yang betul dalam bisnes kita.
Ia bukan hanya tentang berlawan antara satu dengan yang lain. Jika A beri 1 hadiah percuma , kita beri 2. Bukan begitu. Jika A turunkan harga dengan diskaun 10%, kita beri 20%. Bukan begitu.
Memastikan kesihatan bisnes, berlumba memberikan yang terbaik. Ia juga merupakan vitamin dan ‘booster’ bagus. Semakin baik perkhidmatan kita, semakin baik nama industri bisnes dan bisnes kita pada pandangan pelanggan.
Malah, rakan pemain dalam industri pula memilih kita bukan atas dasar ‘kawan-kawan’, tetapi mahu bekerjasama atas dasar ‘rakan bisnes’.
Apabila nama kita disebut oleh orang lain yang ada dalam industri yang sama, ia meningggalkan kesan positif kepada kita. Maka, berlumba dan menghormati pelumba lain dalam bisnes memberikan kesan baik kepada kita.
Keluar dan memperkenalkan diri dan bisnes supaya dikenali adalah perlu. Penerimaan pemain dalam industri bisnes memberikan kesan untuk jangka masa panjang kepada bisnes dan kita sebagai pendirinya.
Kita tidak perlu membuatkan semua orang menyukai kita. Namun, penerimaan itu sudah mencukupi. Realitinya, dalam dunia perniagaan, memang akana da kumpulan yang tidak menyukai apa yang kita lakukan. Namun, pada masa yang sama mereka menerima hakikat bahawa kita merupakan antara pemain (usahawan) yang baik dalam industri.
Apabila kita menghadapai situasi ini, maka beberapa perkara boleh dijadikan panduan.
1.Hanya beri pendapat apabila diizinkan. Sekurang-kurangnya, buka dahulu ruang perbualan yang selesa.
Contohnya, apabila ditanya seperti:
- “Apakah Tuan ada sebarang idea?”
- “Bagaimana dengan Tuan?”
- “Apa yang Tuan dapat kongsikan?
Pertanyaan begini menunjukkan pihak yang dibawa bercakap itu sudah bersedia mendengar. Atau kita diberi peluang bercakap di dalam forum, pentas seminar atau seumpamanya. Mereka yang hadir, mestilah disiapkan dengan ‘expectation’ untuk menerima input dan pandangan kita.
2.Jangan beri komen tentang perniagaan orang lain, apatah lagi tanpa izin dan di ruang umum.
Adakalanya, kita memang tahu perkara yang dilakukannya salah. Contohnya, beliau bercerita tentang bagaimana cara syarikatnya menipu akaun untuk lari dari cukai. Jika itu yang berlaku kita mungkin perlu ada pendekatan bertanya soalan yang betul. Apabila menerima ‘feedback’ yang sesuai, baharulah dikongsikan info yang betul. Pilihan lain ialah untuk bercakap dengan beliau pada satu sesi lain secara ‘private’.
Tidak kira betapa profesional dan hebatnya kita dalam perniagaan, dalam menjaga hubungan, kita mesti tahu bila masanya dan apa yang boleh kita katakan pada masa itu. Kita akan ada banyak peluang lain untuk memberi pendapat dan pandangan kita apabila kita sudah ada hubungan yang baik dan ‘dipercayai’.
Do not rush in giving your opinion and advice especially when you are not asked to.
3.Bertanyalah soalan yang sesuai terutama apabila berada dalam kumpulan dan berada di khalayak.
Ini juga merupakan antara kemahiran yang kita perlu pelajari. Pada peringkat awal, kita mungkin melakukan banyak kesalahan. Maka, kini masanya untuk kita berubah. Soalan yang ditanya dikalangan orang bisnes mestilah menunjukkan bahawa kita faham dengan tatacara dan etika kerahsiaan dalam setiap bisnes.
PELAJARAN
Elakkan memberikan pendapat tentang bisnes orang lain. Sebaiknya, kongsikan sahaja maklumat yang kita pasti. Jika tidak, diam itu adalah lebih baik.
Tidak ada satu bisnes pun yang boleh memuaskan hati semua orang.