10 PENGALAMAN MENGURUSKAN SYARIKAT : INSTITUSI PENDIDIKAN (Bahagian 10)

BISNES PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : PUSAT PERKEMBANGAN

PENGALAMAN 10: Perancangan bisnes hanya boleh dicapai dengan adanya perancangan hidup.  – Rancang hidup, rancang bisnes.

Setiap bisnes yang wujud biasanya bermula dengan idea bisnes. Nama-nama besar dalam industri yang pelbagai mempunyai ‘cerita’ mereka yang tersendiri.

Nama-nama besar seperti IKEA, GOOGLE dan APPLE mempunyai cerita mereka sendiri.Pendiri bisnes itu mempunyai kisah dan tauladan yang ada dibukukan. Malah cerita mereka digunakan untuk rujukan dan dijadikan tajuk kajian kes bagi pelajar di institusi pengajian tinggi.

Semua pendiri bisnes mempunyai perancangan. Walaupun ada antara mereka yang bermula dengan idea biasa atau idea gila, tanpa rancangan yang kukuh dan gagal, mereka kemudiannya dapat berjalan baik dengan penyusunan semula.

Pada kebanyakan masa, kita lupa bahawa apa yang kita rancang dalam bisnes itu, ada kaitan langsung dengan rancangan hidup kita. Ini realitinya untuk usahawan dan business owner dalam konteks SME terutamanya. Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa perancangan hidup kita yang tidak diubah menjadikan rancangan bisnes kita tidak dapat diteruskan dan dirancang dengan baik.

Antaranya, apabila kita merancang perniagaan bersama pasangan, kita tidak ada rancangan untuk merubah cara pengurusan syarikat akibat daripada tidak ada perancangan peribadi yang disusunkan bersama pasangan yang melibatkan hal keluarga. Ramai memilih untuk ‘follow the flow’.

Bagi ramai wanita pula, oengasingan rancangan peribadi, keluarga dan bisnes, dijadikan satu, ‘all-in-one’. Ini juga menjadikan ramai diantara mereka ‘tersekat’ dan adakalanya terhinpit dengan pelbagai keadaan yang menekan. Sedar atau tidak, inilah hakikatnya.

Dalam banyak situasi, pasangan pula tidak menerima maklumat yang jelas dan sebenar tentang situasi perniagaan yang dijalankan. Maka, apa yang dilihat di depan mata, maka itulah yang dianggap sebagai relaiti. Apabila pasangan dilihat hidup senang dan mudah berbelanja tanpa ada isu, maka bisnes pasangan ‘nampak maju’. Ini juga mendorong kepada banyak kesilapan dapam membuat keputusan.

Penting untuk mempunyai rancangan peribadi. Ia akan melibatkan famili dan pasangan dan seterusnya memberi impak kepada perniagaan.

Secara amnya, semua pendiri bisnes mempunyai perancangan hidup. Atas dasar itulah mereka bergerak dan merealisasikan idea bisnes itu.

PELAJARAN

Orang bisnes yang hanya ada perancangan diri perlu mengubah kepada ‘perancangan hidup’. Hidup bukan untuk ‘sendiri’.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.