Setiap daripada kita mempunyai pelan dan apa yang mahu dicapai. Masing-masing ada strategi dan tindakan yang sudah disusun. Bagi saya, ia adalah satu perkara peribadi dan intim. Maka, kita tidak boleh sesuka hati meminta untuk lihat rancangan orang lain, MELAINKAN beliau memang mahu kongsikan.
Betul, sharing is caring. But not everything. BUKAN semua perkara kita boleh kongsikan dengan orang lain.
Mengapa perlu ada pelan rancangan 90 hari? 90-day
Setiap adaripada kita akan ada rancangan yang mahu dicapai dalam bentuk tahunan, atau 3 tahun atau 5 tahun. Biasanya, pencapaian ini dalam bentuk perkara yang besar. Contohnya, pergi haji pada tahun 2025, menunaikan umrah pada 2021, siap MASTER degree pada tahun 2023. Ini antaranya.
Perancangan pula akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Kewangan, hubungan, kerjaya dan banyak lagi. Maka, kita perlu ada satu pelan tindakan untuk memastikan rancangan 3-5 tahun itu dicapai.
Menyusun langkah setiap tahun itu, lebih mudah disusun dan diukur sejauh mana pencapaian kita dengan menyusunnya untuk setiap 90 hari (3 bulan). Ia merupakan satu tempoh yang wajar dan cukup untuk kita membuat penilaian kepada semua perkara yang kita lakukan.
TEST – MEASURE – IMPROVE/REVISE adalah antara kitaran penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dalam tempoh 90 hari itu, mungkin kita ada 2 atau 3 perkara yang dilakukan. Maka, kitaran ini perlu ada untuk semua perkara itu.
Adakalanya, kita perlu ubah (adjust) perancangan yang ada. Maka itulah setiap tahun kita rujuk semula perancangan berdasarkan pencapaian 4 penggal (quarter) dalam setahun itu.
Sama ada ia untuk perniagaan atau rancangan peribadi, ia mesti diwujudkan supaya kita dapat fokus dengan tenang. Tidak perlu merancang berdasarkan rancangan atau standard orang lain. Kita tetapkan sendiri apa yang kita mahu capai dan berapa cepat kita mahu sampai.
Selamat merancang semua!
