COACHING JOURNEY 1: Passion and Purpose

Semalam, saya sempat duduk bersama seorang senior dalam hal ‘coaching’ dan ‘self empowerment’. Sengaja saya menyusun masa selepas PKP supaya saya dapat membicangkan tentang apa yang berlaku dan perkembangan dalam tempoh kurang lebih 40 hari.

Dalam perbincangan itu, saya jelas bahawa kita tidak mempunyai pemikiran menyalahkan sesiapa. Maka, apa yang perlu dilihat adalah jalan penyelesaian kepada situasi.

Pada kebanyakan masa, kita mungkin meletakkan semua kesalahan ke atas bahu sendiri. Kita fikir kita ini:

Tidak pandai. Tidak tahu berkomunikasi, Tidak dilihat ber’authorithy’. Tidak mencapai sasaran. Tidak pandai bekerja dalam kumpulan.

Banyak lagi perkara yang mahu disenaraikan.

Tetapi, apabila kita fokus kepada menyemak semula, apakah perbezaan antara ‘passion’ dan ‘purpose’, kita perlu sedar dan segara ambil tindakan. Secara umumnya, passion adalah perkara yang merujuk kepada diri kita. Apa yang menjadikan kita sentiasa ada ‘nyalarasa’ dalam apa yang kita lakukan. Ini seumpama kita menyelami diri dan mengetahui apa yang kita benar-benar suka lakukan.

Tetapi, pada masa yang sama kita perlu ada ‘purpose’, yang menunjukkan kita apa yang perlu kita capai. Ini adalah perkara yang memerlukan kita bersedia untuk kehilangan atau mengorbankan sesuatu.

“Profit isn’t a purpose. It’s a result. To have purpose means the things we do are of real value to others.” – Simon Sinek

Boleh beli ebook ini di www.lifetractread.com

Bagi seorang individu yang menjalankan perniagaan, beliau memilih untuk melakukan perkara yang beliau ada ‘passion’. Contohnya memasak. Tetapi, pada masa yang sama, beliau perlu ada satu usaha yang berbentuk ‘purpose-driven’. Apakah nilai atau perubahan yang mahu dibawa dengan menjalankan perniagaan masakan itu?

Malah, ‘purpose’ ini boleh dicapai dengan banyak cara. Berniaga, adalah salah satu daripadanya. Bekerja sebagai eksekutif, menjadi seorang ahli politik, menjadi seorang jurujual…semua itu adalah pilihan cara untuk mencapai apa yang dirancang.

Kita lupakan sahaja tentang terma dan perkataan dalam bahasa Inggeris atau pun tentang tatabahasa. Tulisan kali ini, mahu fokus kepada kefahaman yang membolehkan kita membuat keputusan.

Bukan semua orang mahu dan boleh berniaga. Terima ini.

Bukan semua orang boleh bekerja di bawah arahan orang lain. Terima ini.

Bukan semua orang boleh menjadi Perdana Menteri. Terima ini.

Maka, apabila kita fokus dan menyibukkan diri dengan usaha yang kita lakukan atas dasar ‘purpose’ tadi, maka kita tidak ada masa untuk memikirkan tentang ‘apa yang orang kata nanti’. Semuanya, adalah keputusan dan tindakan diri kita sendiri.

Siapa yang menghalang kita berhenti kerja?

Siapa yang memaksa kita bekerja?

Siapa yang mendorong kita berjaya?

Siapa yang meminta kita gagal?

Semua ini, hanyalah soalan yang bermain di minda sahaja. Sekiranya di soal semula, maka kita sendiri tidak dapat memberikan nama sesiapa secara spesifik bagi menjawab soalan yang di atas.

Bermakna, kita hanya melayan kata-kata dalam diri kepada diri sendiri.

Mulakan dengan:

  1. Sebutkans etiap hari 5-10 perkara baik tentang diri sendiri kepada diri kita.
  2. Pastikan kita jelas, apa yang boleh menaikkan kita dan menjatuhkan kita. Sedar dan kita akan dapat mengawal diri kita.
  3. Semaklah semula, apakah ‘purpose’ yang kita mahu capai.
  4. Mulakan langkah pertama sekarang!

Noraminah Omar

Menelusuri pengalaman hidup diri sendiri dan orang lain

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.