9.8.2020
Tengah hari tadi, saya menyusun jadual untuk menelefon 2 orang usahawan. Mereka saya kenali melalui FB. Salah seorang daripada rakan dua orang itu, saya hubungi lewat daripada masa yang dijanjikan.
Perbincangan berkisar tentang perancangan bisnes. Memulakan rancangan untuk bisnes servis, adalah yang paling mudah dimulakan terutama apabila kita bermula solo. Professional services. Memang ia sukar dan kita akan cepat penat.
Namun, apabila ia disusun dengan idea untuk berkembang, ia boleh dilakukan. Banyak bisnes besar, bermula dengan kecil. Bukan semua bisnes terus bermula besar.
Cara kerja kita memerlukan kita mempunyai rancangan dan bisnes model yang lebih mudah dikembangkan. Tugas dan kerja yang dilakukan, mestilah boleh ‘diturunkan’ kepada orang lain dengan adanya sistem.
Antara sistem yang permu mula dibangunkan termasuklah hal-hal yang melibatka operasi yang berulang. Bergantung kepada jenis servis yang ditawarkan, ia mestilah melalui satu proses dan tatacara untuk sampai kepada pelanggan.
Proses inilah yang perlu dibangunkan sistem dokumentasinya supaya boleh diturunkan kepada individi lain. Bermakna ia boleh di’delegate’ dan di’duplicate’.
Ya, bermula dengan solo, bukan isunya. Perancangan untuk berkembang dan jelas dengan bisnes model itu lebih utama. Apakah antara pelan yang perlu ada?
- Rancangan operasi, pengurusan dan pemasaran bisnes.
- Rancangan mendapatkan modal membiayai perniagaan.
- Rancangan untuk mengambil pekerja.
- Rancangan menambah sumber termasuk, personal, kewangan bisnes dan kemahiran.
- Rancangan untuk menjadikan bisnes dijalankan dengan pematuhan dalam konteks perundangan dan formaliti.
- Rancangan kemasukan penasihat termasuk ahli lembaga pengarah atau ahli lembaga pengelola.
Jika Tuan bermula dengan solo, sudah tiba masanya untuk semak rancangan dan model bisnes yang ada jika mahu berkembang. Semak rancangan yang ada.
Boleh emel noraminah.lifetract@gmail.com untuk temujanji.