2 PERKARA PENTING untuk MENERIMA MODAL BISNES

text highlight

Hari ini, 23.8.2020 – Ahad.

Ping!

Notifikasi PM masuk melalui FB. Ada yang baru. Rupa-rupanya, ada yang bukan ‘friends’ hantar PM. Seperti biasa, saya memang akan luangkan masa untuk jawab PM dan LIKE serta COMMENT posting rakan-rakan FB.

Kali ini, sudah masuk 3 pertanyaan tentang modal. Ada yang bertanya melalui FB dan ada yang terus bertanya semasa sesi perbincangan. Saya mahu ambil kesempatan ini untuk membawa beberapa situasi sebagai panduan.

Baru-baru ini, saya juga ditawarkan untuk menerima modal dan juga memegang saham dalam syarikat. Begini situasinya.

  1. Saya ditawarkan untuk memegang XX% saham dalam sebuah syarikat. Saya tolak, atas beberapa sebab.
  2. Saya ditawarkan modal oleh seorang inidividu sebanyak RMXXK. Saya tolak juga.

Apakah antara faktor yang menyebabkan penerimaan dan penolakan?

Apabila menguruskan hal ini, kita mesti jelas dengan apa yang kita mahu capai. Apakah yang menyebabkan saya perlu atau apakah kelebihannya memegang XX% dalam syarikat itu?

Sekiranya saya mahukan dividen, apakah saya yakin bahawa syarikat itu mampu memberi dividen? Apakah yang menjadikan saya yakin bahawa ianya dapat memberikan apa yang saya mahukan?

Ini adalah antara sebahagian daripada soalan yang saya tanyakan kepada diri sendiri sebelum membuat keputusan. Memiliki sesuatu mesti datang dengan sesuatu. Percuma? Bahaya mungkin bakal mengundang.

Tiada apa yang mahu dibanggakan jika kita memiliki % saham yang besar dalam syarikat yang tidak mampu memberikan pulangan. Tetapi, jika tujuan kita jelas contohnya, sekadar mahu membantu, tidak mengapa. Bermakna, kita reda apabila tiada imbuhan atau ‘tidak dapat apa-apa’, maka kita teruskanlah dengan persetujuan pegangan saham itu.

Pegangan saham boleh datang sebagai pemberian iaitu sebagai hadiah. Maka, jika kita dihadiahkan saham, kita bersyukur. Bukan semua orang dapat peluang begitu.

Biasanya, perlu ada modal tunai atau wang yang perlu dibawa masuk apabila kita mahu memegang saham dalam syarikat berkenaan. Paling tidak, kita diperlukan untuk bekerja dalam syarikat berkenaan untuk membayar saham itu.

Apakah itu yang kita mahu?

Apabila kita sudah jelas dengan apa yang kita mahu dapai, sudah tentu kita juga tahu bahawa ada banyak pilihan atau jalan yang boleh kita ambil dan pilih untuk mencapainya.

Dalam konteks pegangan saham dan modal bisnes, apakah kita tidak mempunyai pilihan lain? Adakalanya, ada pilihan, cuma kita yang tidak tahu bahawa ia adalah satu pilihan.

Jadi, bercakap dan berjumpalah dengan individu yang sesuai untuk membincangkan akan hal ini. Sekiranya ia melibatkan hal perniagaan, mestilah disediakan rancangannya.

Apakah sumber kewangan itu satu-satunya faktor kejayaan? Jika ya, maka perlulah dirancang dari mana dan bagaimana perlu kita dapatkan sumber itu.

Apakah itu satu-satunya pilihan yang ada?

Pada tahun 2013 – 2018, saya berpeluang melalui banyak pengalaman pengurusan syarikat di bawah kepimpinan Pengerusi Syarikat ABS Ainon Holdings Sdn Bhd – Puan Ainon Mohd. Bersama dengan kumpulan pengurus kanan yang beliau lantik, saya diberi peluang untuk menguruskan hal yang pelbagai.

Pada peringkat permulaan daripada ‘ideation’ dalam beberapa bahagian pengurusan, sehinggalah kepada ‘execution’, saya banyak belajar dan mengaplikasikan semua pengetahun sendiri yang ada. Ya, saya mula berbisnes sejak tahun 2008.

Jadi, kepada Tuan dan Puan yang membaca tulisan ini, lihat semua dua perkara utama yang di atas apabila ada menerima tawaran saham atau modal daripada mana-mana syarikat atau individu.

Yang pasti, kita mesti bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang kita buat.

Salam hormat,

NORAMINAH OMAR

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.