
Tulisan kali ini khusus saya sediakan memandangkan keadaan dan situasi semasa. Bukan sedikit, malah ramai dikalangan kita yang hanya mempunyai pilihan untuk ‘memulakan perniagaan’. Situasi pasca COVID19 ini bukanlah satu perkara yang biasa dan kecil. Ia merupakan antara jalan kehidupan yang perit dan memerlukan kita membuat keputusan besar dan penting.
DAPATAN MENARIK DARIPADA SAYA
Antara beberapa jenis bisnes yang saya lihat menjadi pilihan adalah 3 yang utama. Saya pilih 3 ini memandangkan ianya adalah sesuatu yang menarik perhatian saya secara peribadi. Apakah 3 bisnes yang saya maksudkan?
- Khidmat bimbingan memulakan dan mengurus perniagaan.
- Bisnes dalam bidang pertanian
- Bisnes dalam bidang pendidikan klinikal (Clinical Education Centre)
Baik, mari kita kupas satu persatu 3 jenis bisnes yang menarik perhatian saya dalam tempoh pasca COVID19 ini.
- Khidmat bimbingan memulakan dan mengurus perniagaan.
Keusahawanan pasca COVID 19 bukan lagi satu pilihan. Ia merupakan keputusan ‘ultimatum’ kepada ramai orang. Ada beberapa kumpulan individu yang ‘terpaksa’ menjalankan perniagaan atas beberapa faktor. Antaranya termasuklah mereka yang berusia, yang sukar mendapat pekerjaan dalam usia emas, mereka yang memegang jawatan tinggi dan diberhentikan, mereka yang ada kecacatan tubuh badan dan tidak akan diambil bekerja. Ini adalah sebahagian daripadanya.
Kumpulan ini memang memerlukan bantuan untuk terus membawa bisnes mereka ke hadapan demi kelangsungan hidup. Kepentingan supaya bisnes mereka mempunyai ciri-ciri ‘bankable’ menjadi kritikal, BUKAN untuk ke IPO, tetapi untuk kekal ‘sustain’. Mereka juga perlukan bantuan dalam bentuk modal dan modal pengembangan.
Ini mesti kita ada kefahaman. Maka, keperluan kepada jurulatih, Coach dan penasihat bisnes menjadi penting. Mereka hanya akan memilih individu atau ejensi yang benar-benar faham akan keadaan dan objektif mereka menjalan bisnes pasca COVID 19 ini.
Mereka yang menjalankan bisnes sebagai jurulatih, Coach dan penasihat bisnes mesti segera mengubah dan mengadaptasikan model pendekatan mereka kepada ‘pulling factor’ dan bukan lagi ‘pushing factor’. Ini akan membolehkan mereka kekal relevan dalam keadaan semasa.
- Bisnes dalam bidang pertanian
Bidang ini menjadi ‘lebih bersinar’ apabila tempoh PKP yang lama. Sama ada tanaman berbentuk kontan atau selainnya, selagi ia masih dalam kategori bekalan makanan, ia menjadi antara jenis bisnes yang menjadi pilihan ramai.
Bidang pertanian boleh meliputi daripada hal pengurusan ladang yang melibatkan tanaman dan juga binatang ternakan. Satu lagi melibatkan ‘supply chain’ dalam bidang ini seperti bahan, jentera dan semua keperluan pertanian lain. Bahan asas seperti baja menjadi lebih ‘bersinar’ dalam tempoh pasca COVID19 ini.
Satu legi ‘supply chain’ ialah pembekal atau peraih. Di mana mereka membeli bahan pertanian dan dijual kepada pasaran. Bisnes jenis pengedaran ini juga mempunyai keperluan yang lebih penting apabila penngusaha dalm bidang ini saling memerlukan antara satu sama lain dengan kaedah kerjasama.
- Bisnes dalam bidang pendidikan klinikal (Clinical Education Centre)
Kategori ini menarik perhatian saya apabila ada keperluan yang signifikan bagi kanak-kanak dengan keperluan khas terutama akibat situasi COVID19. Anak-anak yang tipikal mempunyai isu juga. Namun, anak-anak dengan keperluan khas lebih ‘significant’ apabila mereka terpaksa berkurung di rumah tanpa ada bantuan profesional sepanjang tempoh PKP.
Ya, meskipun keluarga dan ibu bapa adalah mereka yang penting bagi anak-anak ini, mereka masih memerlukan bantuan ruang khusus bersama profesional. Pendekatan dan program bimbingan perkembangan anak-anak ini perlu diberikan perhatian khusus.
Pada satu sisi, keluarga dan penjaga tidak mempunyai tahap kepakaran untuk memsatikan perkembangan anak-anak ini dipantaus ecara konsisten.
KESIMPULAN
Memulakan bisnes paca COVID19 merupakan satu keperluan. Maka, sama ada memulakan yang baru atau mengemaskinikan bisnes sedia ada, kedua-duanya memerlukan sokongan dan bantuan yang betul.
Saya menjemput Tuan dan Puan untuk bersama-sama memberi sokongan kepada mereka yang mahu memulakan bisnes dan juga yang sedang bertungkus-lumus memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Paling tidak, kita panjatkan doa dan kata-kata sokongan kepada mereka. Selagi bisnes yang dijalankan mematuhi semua nilai-nilai yang baik, kita sokong.
Salam perjuangan semua!