5 Perkara untuk Usahawan & Solopreneur Menilai Kerja

title highlight

Pada kebanyakan masa kita semua akan disibukkan dengan pelbagai urusan. Bermula daripada aktiviti pemasaran dan jualan sehinggalah kepada semua hal operasi perniagaan, semuanya di bawah satu radar.

Maka, sebagai usahawan terutama soloprenuer, kita mesti memberikan satu masa untuk melihat semula bagaimana cara kita bekerja. Berikut adalah beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan:

1. Senaraikan tugas.

Kita biasa mempunyai rekod yang melibatkan aset dan hal kewangan. Apakah kita sudah semak senarai kerja kita? Apakah aktiviti yang kita lakukan dan gunakan masa kita sepanjang bulan, penggal atau tahun ini? Kemudian sesuaikan dengan hasilnya. Lebih baik jika ianya disusun dengan kategori khusus.

2. Maklumbalas pelanggan.

Apakah produk atau servis yang popular dan memberikan ‘margin’ yang besar? Yang mana yang mendapat perhatian dan maklumbalas yang baik daripada pelanggan? Dengan ada maklumat begini, kita boleh memberikan fokus kepada produk dan servis yang tertentu.

3. Data dan angka penting.

Memastikan keadaan kewangan aktiviti perniagaan kita adalah penting. Semak semula laporan kewangan dengan melihat angka-angka seperti gross profit, expenses dan net profit before tax. Selain daripada itu, kemaskini dan analisis data yang berkaitan dengan jumlah pelanggan, jumlah data melalui sosial media dan kadar conversion serta ouputnya.

4. Masa dan tenaga.

Apabila kita sudah melakukan beberpa perkara di atas, kita akan dapat melihat di manakah sepatutnya masa dan tenaga kita perlu salurkan untuk mencapai kadar produktiviti yang optimum. Apakah ada aktiviti yang perlu kita berhenti lakukan atau serahkan kepada orang lain untuk melakukannya? Bermakna, kita akan dapat memberi fokus kepada ‘most productive activities’ dalam bisnes kita.

5. Nilai semula.

Maka, dengan melihat semua perkara penting terutama sebagai soloprenuer atau usahawan yang masih ‘multi-tasking’, kita akan dapat memeta cara terbaik untuk menjadi lebih efisyen. Dalam bisnes, memang kita perlu ukur perkara penting supaya kita dapat memperbaiki cara, proses dan hasilnya.  

5 perkara di atas mesti dilakukan dengan jujur. Sebagai usahawan, kita perlu memberikan masa yang khusus untuk menilai semula situasi dan keadaan aktiviti perniagaan kita. Ini bukan hanya untuk bisnes malah untuk diri sendiri.

Mencapai keseimbangan ‘work-life balance’ datang daripada perancangan dan kesungguhan yang jujur daripada usahawan.

You can’t improve what you can’t measure.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.