Saya bertemu dengan beberapa orang kawan yang menjalankan bisnes, melalui banyak platform termasuk NGO, seminar dan juga kelas-kelas bisnes. Meskipun bajet tahunan terhad, saya masih juga menghadiri beberapa program setahun. Paling tidak 3 program. Itu sasaran yang lazim.
Sekitar beberapa bulan lepas, seorang kawan lama mengajak saya minum kopi. Katanya, ada yang mahu dibualkan. Maklumlah, kurang lebih hampir 2 tahun tidak berjumpa.
“Min, kau macam mana?”
“Macam ni lah…”
“I rasa, I nak buat sesuatu lah. You rasa, kalau I kan, apa yang sesuai?”
“Apa minat yang ada? Hari tu, ada senior tanya saya. Saya jawab juga. Saya masih suka mengajar. Jauh dalam lubuk hati, saya masih seorang ‘cikgu’.”
Kami sama-sama menghirup minuman sejuk. Asalnya, memang mahu minum kopi.
Dia menyambung, “Itulah…dulu masa kita mula buat bisnes, pakai buat saja kan? Mula terus dengan Sdn. Bhd. Tak fikir panjang pun…”
“Masa tu lain. Syarat pinjaman kena Sdn. Bhd. Kita pun buat saja kan?” saya menyambung.
Sepanjang pertemuan itu, banyak yang kami kongsi adalah sekitar ‘personal achievement’ sahaja. Ia ada kaitan dengan situasi keluarga dan status peribadi kita.
“Saya ni ada banyak kekangan lain. You tak apa. Banyak lagi boleh explore.” Saya menyambung selepas beberapa lama.
“Tak jugak. I ni nampak aje OK. Banyak cabaran juga.”
“Apa pun, maksimakan peluang yang ada. Suami yang status ekonominya stabil, satau kelebihan juga. Komitmen dengan bilangan anak yang tak ramai macam saya, kelebihan juga tu…” saya senyum.
Ya, itu ada kebenarannya. Ada ramai anak, lain. Anak 2, anak 3…lain juga. Tak ada anak, pun lain. Secara umumnya, lebih baik kita fokuskan kepada situasi yang boleh menjadi kekuatan kita. Anak ramai ini, menjadikan kita kuat juga.
“Betul juga apa you cakap Min. Tapi, I memang dah plan. Kalau I tak buat bisnes lain, I nak kerja full time balik la…”
Saya angguk. Begitulah lazimnya. Orang bisnes tak boleh duduk diam. Pencen? Goyang kaki? Macam tiada perkataan itu.
Selepas menyudu laksa dalam mangkuk yang memang sedap itu, dia menyambung.
“You rasa bisnes jadi konsultan ni ok tak?”
Saya angkat muka. Mi Kari dalam mulut, saya kunyah perlahan. Telan. Perlahan saya menyambung, “Ok saja. Plan betul-betul. Kalau nak jadi konsultan, baik mulakan dahulu dengan khidmat yang lebih mudah.”
Memulakan sesuatu yang memerlukan pengalaman, perlukan persediaan. Kalau ikutkan, mahu sahaja saya berterus –terang, straight to the point. Tapi, saya menyambung kata dengan tenang. “Kena mula dengan sesuatu yang kita ada dan boleh buat. Macam kendalikan kelas kecil dahulu. Antara yang perlu, kita mesti ada credential. Saya suka mula dengan join orang atau kumpulan yang sudah ada pengalaman.”
Kawan saya angguk-angguk. Kemudian dia menyambung, “You macam mana?”
Saya sengih. “Saya sekarang, makan gaji juga. Kerja macam orang lain. Jawatan saja bunyi macam best.” Kami sama-sama ketawa.
“Min, yang macam you buat tu. Jadi konsultan, buat training…Macam mana?”
“Ah…itu modelnya berbeza. Semua tu, saya attach dengan syarikat. Saya tak buat sendiri. Untuk hal-hal training dan consulting, saya jadi associate kepada company lain.”
“Ha…ya lah kan…Kalau buat sendiri ni pening kepala. Bisnes I yang sebelum ni, semua sendiri. Memang berat betul.” Dia diam. Air dalam gelas tinggi dihirupnya lagi.
Kemudian, dia menyambung, “Tapi tulah…Apa-apa pun, I akan buat juga sesuatu. Cuma kena plan betul-betul. Kalau tak buat bisnes, I akan kerja atau sambung study.”
“Eh, sambung belajar pun bagus juga!” tiba-tiba saya teruja dengan idea sambung belajar. “Lagipun, zaman sekarang, ada banyak cara untuk orang macam kita tambah credentials. Ada banyak jenis pensijilan yanag kita boleh ambil. Kalau nak jadi pensyarah atau bagi lecture, memang kena ada master degree.”
Kawan saya angguk. “Tapi tulah…I ni, macam-macam. Kena plan betul-betul.” Wajahnya jadi serius.
Saya faham. Bagi orang bisnes yang sudah melalui banyak turun naik dalam bisnes, membuat keputusan baru, terutama yang berisiko, memang perlu penelitian. Rugi, satu hal. Penat emosi, itu yang lebih rumit untuk diuruskan.
“Tapi, adakalanya, kena buat saja dulu. Plan, buat. Tak boleh lama sangat. Macam saya, usia dah masuk lebih 40, tak boleh lambat sangat. Kalau ikutkan, memang masih mudalah…” berderai kami ketawa.
Banyak juga perkongsian hari itu, dan berkisar kepada bab kerjaya dan personal plan. Daripad apeluang pensijilan, menyambung belajar, menceburi bidang khidmat sebagai trainer, consultant sehinggalah kepada kerjaya ‘module developer’. Semuanya kami bincang.
Bidang perkhidmatan yang berbentuk begini, banyak perlu melibatkan pelan kerja, kerjasama dan juga memahami trend dan kehendak pelanggan yang bakal kita mahu depani.
Apa yang penting, kami berdua pulang penuh dengan tangki emosi yang penuh. Positive take-away.