RANCANG BISNES (Partnership) – Pilih dengan Siapa dan Bagaimana

Kali ini artikel ini saya siarkan dengan tujuan khas. Memberi fokus kepada usahawan SME, syarikat start-up, atau syarikat yang ‘established but not growing’. Namun, saya yakin ia dapat membantu sesiapa sahaja yang membacanya.

********

PERKARA UTAMA

Memang tidak dinafikan ada keperluan untuk usahawan SME dan CEO syarikat mendapat bantuan dan sokongan dalam menjalankan bisnes. Ini penting. Ada beberapa jenis sokongan yang penting termasuklah membina kefahaman dalam bisnes sendiri.

Apakah rancangan bisnes yang ada sekarang?

Asasnya, ke mana mahu di bawa bisnes yang sedia ada ini. Dalam industri pilihan, apakah mahu jadi pengeluar, pengedar, pembekal atau kesemuanya sekali? Mahu buka cawangan? Tambah cawangan? Tambah ruang kedai? Berpindah ke lokasi lain? Beli bangunan? Ini semua termasuk dalam langkah dan tindakan berdasarkan pelan rancangan bisnes.

Dalam setiap tindakan kita itu, sebenarnya ia berlaku atas dorongan tertentu. Kenalpasti apakah yang menyebabkan kita perlu lakukan semua itu? Kemudian, lihat apakah ada cara lain yang lebih sesuai dengan kapasiti dan kekuatan kita yang sedia ada?

PENTING di sini untuk merancang dengan kapasiti sumber yang ada dan memastikan adanya rancangan untuk menambahkan lagi sumber yang ada untuk tujuan berkembang.

********

KEDUA, usahawan memeta rancangan bisnes dengan mempunyai pandangan yang lebih luas tanpa meninggalkan kepentingan menilai keperluan dan kekuatan peribadi, personaliti dan gaya kepimpinan.

Ramai usahawan melihat perniagaan itu sebagai satu aktiviti yang lebih penting daripada dirinya sendiri. Meskipun semua perkara menjadi penting, kita mesti ambil masa untuk merancang dan menilai semua perkara dengan tenang.

Perniagaan itu penting, tetapi tanpa pendiri dan pengusaha bisnes itu sendiri dapat mencapai kefahaman dalam merancang hidupnya sendiri, maka rancangan untuk bisnes itu akan menjadi sukar.

1. Setkan apa tujuan yang mahu dicapai melalui perniagaan. Yang ini, mulakan dengan diri, pasangan dan ahli keluarga. Kemudian, baharu disusunkan dengan melihat keperluan yang lebih luas.

2. Lihat apa prioriti dan nilai peribadi yang kita pegang dalam hidup. Kembali kepada asas keiningan dan keperluan manusia yang membolehkan kita kekal (perservere) dengan bisnes yang kita lakukan.

3. Bagi pendekatan yang mudah, boleh gunakan konsep ‘hedgehog’ dengan menilai semula apa kemahiran yang kita ada yang kita ‘passionate’ untuk melakukannya dan yang mampu menjana pendapatan (boleh dijual).

Apabila kita sudah jelas dengan ini semua, maka penyusunan hal perniagaan akan menjadi lebih tenang.

********

KETIGA, pilih dengan siapa rancangan itu akan dilaksanakan (pasangan, partner) dan dengan bantuan (advisor, coach, trainer, ejensi, entiti lain) dari mana yang bakal Tuan dan Puan ambil?

Bahagian ini, saya tinggalkan beberapa soalan untuk Tuan dan Puan pertimbangkan.

Apakah keputusan yang kita buat itu adalah keinginan dan cita-cita kita yang sebenar atau merupakan keinginan dan cita-cita orang lain?

Apakah yang kita lakukan itu adalah atas nasihat yang mendokong impian dan keperluan perniagaan semasa atau ia berdasrkan kepada ‘benchmark’ untuk orang lain dan bisnes lain?

********

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.