Menguruskan syarikat memerlukan kita ada kefahaman hal yang melibatkan peraturan dan keperluan SSM. Pengalaman menjadikan kita lebih bijaksana. Ilmu dan maklumat, kita boleh perolehi sama ada dengan mambaca atau mendengar kuliah-kuliah dalam topik dan bidang berkenaan. Maka, menguruskan hal yang melibatkan nama kita sebagai ‘partner’ atau sebagai pemegang saham syarikat menjadi penting.
Dalam salah satu sesi khidmat nasihat berkumpulan untuk pengurusan syarikat, seorang peserta yang hadir diam sahaja. Sejak rakan saya memulakan sesi menyampaikan modulnya, dia hanya memandang dan mendengar.
Apabila masuk topik menyusun tugas antara staf dan partner beliau mula duduk dengan tegak. Matanya tidak berkelip memandang kepada kami.
BUANG PARTNER?
Dipertengahan penerangan sesi kedua, beliau tiba-tiba bertanya, “ Puan, macam mana kita nak buang ‘partner’ kita dalam syarikat? Kita jadi susah Puan. Kita perlu bergerak. Bisnes kena jalan. Dia tak mahu buat apa-apa.”
Saya yang baru sahaja menerangkan tentang jenis dan bentuk dokumen yang perlu dalam menguruskan tugas dan pembahagian sedikit terkejut dengan pertanyaan beliau. Maklumlah. Hampir 3 jam sesi berlangsung, beliau diam sahaja.
Kemudian saya berkata,“ Begini Tuan. Apakah partner yang Tuan maksudkan tadi pemegang saham sahaja atau pemegang saham yang bekerja?”
“Itulah. Kami syarikat baru mula. Sekarang projek dah banyak. Janjinya, semua masuk buka syarikat dan sama-sama kerja. Sekarang tinggal saya seorang yang kerja. Dua orang lagi entah ke mana.” Jelasnya dengan nada sedikit tinggi.
URUS RISIKO PARTNER
Saya menganggukkan kepala. Kemudian saya menyambung, “Baik. Fahamlah saya. Begini. Untuk syarikat PLT, apabila kita memegang saham, ada disebutkan dalam perjanjian kerjasama. Di dalam perjanjian ada disebutkan tugas pemegang saham yang membawa masuk modal dan mereka yang bekerja.
Sekiranya pemegang modal hanya bawa masuk modal, kita tidak boleh ‘buang’ dia begitu sahaja. Mesti ada orang yang menawarkan kepadanya untuk membeli semula modalnya itu. Barulah dia boleh dikeluarkan. Itupun mestilah atas persetujuan.
Tetapi, jika ianya isu bekerja, dan dia tidak mahu kerja, boleh sahaja berhentikan dia mengikut Akta Kerja. Mesti ada surat lantikan, baru boleh berhentikan.” Saya diam sebentar. Panjang juga saya bercakap.
Saya teringat sesuatu lalu saya bertanya semula, “Berapa lama Tuan sudah buka syarikat?”
“Saya masih guna lesen ‘enterprise’ Puan.”
“Oh…jika begitu, tiada isu saham dan pegangan saham. Enterprise bukan syarikat.”
“Jadi, macam mana Puan?”
“Tuan boleh sahaja bawa mereka berbincang sama ada mahu meneruskan bisnes atau tidak. Jika ya, saya sarankan Tuan ajak mereka buka syarikat. Untuk yang baru berbisnes, bukalah PLT.
Semak dengan setiausaha syarikat atau boleh buat sendiri. Tuan boleh terus ke SSM tentang syarikat PLT. Tetapi, lebih mudah jika kita gunakan khidmat setiausaha syarikat. ”
IKUT PERATURAN
Seolah tidak puas hati, Tuan itu bertanya lagi. “Puan, memang kalau dia sudah ada nama dalam syarikat tak boleh keluarkan ya?”
“Jika Tuan masih menggunakan lesen enterprise, rakan kongsi itu boleh pergi terus ke SSM. Isi borang dan keluarkan namanya sendiri. Mahu keluarkan nama, orangnya mesti hadir sendiri ke SSM. Tidak boleh buang begitu sahaja. Semua partner dalam lesen enterprise perlu ada.
Jika syarikat PLT juga sama. Ada caranya untuk membuang nama pekongsi. Beginilah Tuan. Jika Tuan membuka syarikat PLT sendiri, Tuan boleh lantik diri sendiri jadi pegawai pematuhan. Apabila Tuan merupakan pengawai pematuhan dalam syarikat PLT, Tuan boleh ambil tindakan.
Cuma, manusia ini Tuan…dipegang dengan janjinya. Semasa mahu membuka syarikat dahulu, apakah janji kita? ”
Tuan yang memakai baju kemeja hitam berlengan pendek itu diam. Tiada respon daripada beliau. Yang ada, hanya sepasang mata memandang saya, seolah tembus hingga ke bangunan hadapan.
Begitulah. Menguruskan syarikat, banyak juga bergantung kepada nilai pendiri syarikat itu. Apa yang ada padanya, akan mula diturunkan kepada prosedur dan proses menguruskan syarikat.
Apabila ada maklumat dan pengetahuan tentang hal pengurusan yang sepatutnya, kita dapat membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bersesuaian. Ada situasi di mana kita tidak perlu menjadi pemegang saham atau pengarah dalam syarikat. Semuanya bergantung kepada cara dan pendekatan yang diambil apabila menguruskan hal perniagaan.
36 thoughts on “KELUARKAN NAMA DARI REKOD SSM – Tidak sama dengan ‘Buang Partner’?”
Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Nama saya ada dalam 1 syarikat ni. Syarikat sdn bhd. Sudah lama syarikat ni tidak aktif. Dan setiausaha yang uruskan tu pun dah lost contact. Rakan2 syarikat pun dah lost contact. Saya nak tarik diri dan keluarkan nama saya. Bagaimana ye nak buat tu? Saya sudah cuba hubungi syarikat tersebut tapi tidak dapat.
Wasalam.
Cikpuan mohon semak emel. Saya sudah respon.
Semoga urusan dapat diselesaikan.
as salam puan, saya pun ada kes yg. sama.. nama ada dlm syarikat lama tak aktif.. ingatkan dah di keluarkn tp bila print CTOS report nama masih lagi ada.. apa perlu saya buat..
Wasalam.
Semoga emel yang saya hantar sampai kepada Tuan.
Urusan kemaskini sistem dalam CTOS dan CCRIS ada satu tempoh berkala. Biasanya setiap tahun bru mereka update.
Semoga urusan Tuan selesai dengan baik
Assalamualaikum..saya pun ada masalah yang sama iaitu nama ada dalam syarikat SDN BHD yang tidak aktif..boleh puan advise?
Wasalam.
Syarikat Sdn Bhad ada COSEC. Boleh terus jumpa mereka jika isu begini.
Salam Puan,
Malsalah saya sama seperti di atas. Company dah tak aktif sejak 2013, company secretary tak dapat dihubungi, shareholder dah lost contact. Mohon guide saya Puan. Nama company listed dalam CTOS.
Wasalam.
Hal begini, Tuan boleh terus ke SSM dan buat urusan lanjut.
1. Belilah maklumat syarikat.
2. Dapatkan info untuk cara keluarkan nama Tuan dripada pegawai SSM di situ. Di SSM aka kaunter rundingan.
Maklumkan tentang situasi Tuan.
Semoga urusan dipermudahkan.
Salam, saya juga mempunyai masalah, Nama saya ada dalam 1 syarikat ni. Syarikat sdn bhd. Sudah lama syarikat ni tidak aktif. Dan setiausaha yang uruskan tu pun dah lost contact. Rakan2 syarikat pun dah lost contact. Saya nak tarik diri dan keluarkan nama saya. Bagaimana ye nak buat tu?
Wasalam.
Ada banyak komen terdahulu dalam keadaan yang agak serupa.
1. Semak rekod di SSM.
2. Dapatkan bantuan di kaunter rundingan yang ada di SSM.
3. Kemudian, ikutlah prosedur yang ada.
Semua proses yang melibatkan keluarkan nama akan ada kos.
Semoga pada saat ini, urusan Tuan ini sudah selesai.
Assalam Puan,
Saya adalah compliance officer utk 2 sykt PLT. Terdapat 3 rakan kongsi dlm PLT tersebut.
Bagaimana cara utk keluar daripada 2 sykt PLT tersebut kerana ingin jalankan perniagaan lain.
Saya harap respon sudah diterima melalui emel.
Tetapi, saya ada banyak masukkan video penerangan di channel YouTube.
Antaranya:
https://youtu.be/Q-uzERTqzns
Paling penting, semak SOP SSM terkini di website SSM.
Selamat berusaha.
Assalamualaikum, nama saya ada dalam pemegang saham syarikat dan syarikat ini dah lama tidak beroperasi. Owner syarikat iaitu bekas ayah tiri saya dah balik ke negara asal dia. Macam mane saya nak keluarkan nama saya?
Semoga respon ini sampai kepada Cikpuan.
Saya sarankan rujuk dahulu beberapa video dalam YouTube Channel.
Situasi begini banyak berulang.
https://youtu.be/pDFPzm8yR6M
Semak dahulu syarikat itu syarikat dalam bentuk PLT atau Sdn Bhd.
Semak SOP SSM untuk berurusan dengan mereka.
Salam kejayaan.
Assalamualaikum puan, saya nak tanya, dulu sy bekerja 2008 majikan dy gunakan nama saya sebagai pemegang saham 1% dan sebagai director. Masa sy berhenti kerja 2015 sy sudah beritahu die untuk keluarkan nama sy. Tapi sehingga 2022 die masih tak nak bagi kerjasama untuk keluarkan nama sy. Sy call die tak nak angkat. Sy mesej xreply. Apa perlu sy buat ? Bole ke sy report polis ?
Wasalam.
1. Memandangkan syarikat ini Sdn Bhd, mesti ada COSEC yang dilantik.
Hubungi mereka. Jika tidak tahu, boleh ke SSM, beli maklumat syarikat dan semak
maklumat COSEC.
2. Selepas itu, bawalah berbincang. Biasanya, jika ada keadaan begini, syarikat ada masalah.
Mahu keluarkan nama pengarah atau sebarang pertukaran info dalam syarikat, ini hanya boleh dibuat apabila submission
kepada SSM adalah bersifat semasa.
Sekiranya tiada kemaskini laporan tahunan kepada SSM, COSEC tidak dapat buat proses pengeluaran atau pertukaran nama.
Didoakan urusan Cikpuan dapat diselesaikan.
SAYA JUGA MENGALAMI MASALAH SEPERTI DIATAS. NAMA WUJUD SEBAGAI SHAREHOLDER DLM 1 SYARIKAT SDN BHD. SYARIKAT TERSEBUT TAK PASTI MASIH AKTIF ATAU TIDAK KERANA TELAH LOST CONTACT. TAK TAHU JUGA COMPANY SECRETARY. MACAM MANA NAK SELESAIKAN SBB PERMOHONAN BANTUAN DARI KERAJAAN DITOLAK KERANA PERKARA TERSEBUT.
Assalamualaikum Puan…
Saya nak tanya, macam mana nak terminate rakan yang tidak aktif dalam company ye….
Wasalam.
Company, semak dulu.
PLT atau Sdn Bhd? Rakan bekerja atau pemegang saham atau Pengarah?
Cek perjanjian. Tak ada? Cek dulu perjanjian verbal semasa mula-mula buka syarikat?
Bawalah bincang.
.
https://youtu.be/lSGrhEoLEo4
Ada banyak video untuk tontotan percuma di channel youtube.
Semoga membantu.
Semoga urusan berjalan baik.
Sekali lagi, saya sarankan rujuk dahulu beberapa video yang saya ada masukkan di channel Youtube.
Isu begini banyak berulang.
Ini adalah penerangan asal semasa PKP 1 tahun 2020.
https://youtu.be/iT1GOXuo3g4
Ini adalah yang kedua:
https://youtu.be/pDFPzm8yR6M
Hanya individu yang namanya ada dalam syarikat boleh buat tindakan lanjut.
Assalamualaikum puan, ada beberapa soalan yang sy ingin ajukan. majikan sy ada membuka perniagaan perkongsian yg terdiri daripada 3 nama pekongsi. salah seorang dari pekongsi ingin menukar nama sewa premis dimana agreement sewa premis dibawah nama enterprise dan penyewaan sehingga tahun 2023.
manakala lesen perniagaan baru saja tamat tempoh. pekongsi yang ingin tukarkan nama ini telah maklumkan kepada partner lain bahawa beliau ingin keluar dari perkongsian. adakah kami perlu renew lesen perniagaan semula kemudian baru keluarkan nama beliau? atau kami terus saja berhubung dengan ssm untuk pengeluaran namanya.
mohon pencerahan dari puan. terima kasih.
Wasalam.
cikpuan juga sudah menerima respon melalui emel.
Semoga semua urusan semasa dan akan datang berjaya diselesaikan.
Insyaallah.
Assalamu alaikum puan,nama saya antara 3 partnership dlm sebuah syarikat ni,mcam mna nak buang nama sya dri syarikat tersebut kerana saya ingin dftar syarikat sendiri,saya telah lost contact dgn pemilik utama syarikat tersebut.diharap msalah sya dpat diselesaikan
Saya yakin.
Respon yang sudah dihantar melalui emel sudah diterima.
Semoga urusan dpat diselesaikan.
Assalam, saya n suami buka ssm sebagai rakan kongsi, suami saya berhasrat nak keluar Dr sykt, macamne caranya…
Wasalam.
Mohon semak emel.
Saya yakin responnya sudah diterima.
SAYA MAHU KELUARKAN NAMA DARI SEBUAH SYARIKAT ENTERPRISE, PERKONGSIAN DUA ORANG SAHAJA. APA PERLU SAYA BUAT PUAN
Boleh terus ke SSM Puan.
Salam Puan,
Situasi:
Saya dan partner saya sudah 5 tahun menjadi rakan kongsi enterprise dan sepanjang tempoh 5 tahun tersebut kami membuka lagi sebuah syarikat sdn bhd (hampir 2 tahun) dan saya juga pemegang saham yang bekerja dalam kedua dua syarikat ini. Syarikat enterprise kami mempunyai beberapa loan bank dan kami tidak pernah miss untuk bayar segala bentuk pembayaran. Namun, saya berhasrat untuk membeli rumah nama personal saya tapi kebanyakan bank tidak melepaskan loan rumah saya kerana saya terlalu banyak komitmen.
Soalan:
Adakah wajar saya untuk menarik diri di syarikat enterprise? dan apakah kelebihan saya tarik diri atau tidak tarik diri dalam syarikat enterprise tersebut. Atau puan mempunyai buah fikiran lain untuk menyelesaikan masalah saya. Saya harap puan dapat membantu saya dan syarikat saya.
Wasalam.
Semoga respon dalam emel memberi sedikit idea.
Saya ingin bertanya cara untuk menutup akaun SSM saya dan membersihkan nama dari sistem SSM oleh kerana sekarang saya bekerja di Jabatan Kerajaan dan saya tidak dapat membuat sistem ePerolehan kerajaan jika saya ada perniagaan atau SSM yang didaftarkan sebelum saya bekerja di Jabatan kerajaan. Jadi apa perlu saya buat puan?
Pertama sekali, nama dalam SSM adalah disebabkan kita ada dalam rekod bisnes lesen enterprise,
syarikat PLT atau Sdn Bhd. Kita TIDAK ada akaun SSM.SSM bukan bank.
Jadi, semak nama dalam rekod SSM itu dalam kategori mana. Lesen enterprise, syarikat PLT atau syarikat Sdn Bhd.
Boleh pergi ke SSM untuk semakan.Di sana, boleh dapatkan maklumat cara untuk mengeluarkan nama Tuan.
Semoga urusan Tuan sudah dapat diselesaikan.
Assalamualaikum puan
saya ingin kepastian sekiranya saya dah terminate sijil perniagaan melalui ez biz , adakah nama saya masih lagi ada di dalam rekod SSM ? Jika masih ada bagaimanakah caranya untuk saya memastikan nama saya sudah tidak ada lagi di dalam rekod SSM ? Mohon pencerahan.
Terima kasih puan.
WAsalam.
Cikpuan semak di kaunter SSM, dapatkan surat/dokumen pengesahan atau maklumat terkini.
Biasanya ada kos dan tempoh menunggu untuk dapatkan dokumen itu.
Assalamualaikum, mohon bantuan. Nama saya ada dalam 1 syarikat sdn bhd. Saya ingin tarik diri dan keluarkan nama saya kerana saya tidak lagi aktif dan tidak menerima apa-apa bayaran dari syarikat tersebut. Berkenaan itu juga sy tidak dapat mohon apa-apa bantuan kerajaan kerana nama ada sebagai director dalam syarikat tersebut. Bagaimana sy perlu buat?
Wasalam.
Semakan saya menunjukkan bahawa soalan ini sudah diberikan responnya melalui emel.
Semoga urusan Tuan dipermudahkan.