
Post kali ini disiarkan untuk menjawab soalan.
Puan disini saya nak ajukan 2 soalan .
1- Puan, saya mempunyai saudara yang ingin menjual perniagaan beliau jenis enterprise kepada saya, jadi apakah tindakan yang perlu proses yang saya buat, sedangkan nama di dalam daftar perniagaan tiada namanya, namun kami sedia maklum bahawa beliau merupakan pengeluar modal syarikat tersebut dari segi pembaikan dan segala hal?
2- Apakah proses yang betul perlu dilalui untuk tukar nama syarikat enterprise..
RESPON:
Sekiranya bisnes itu dengan lesen enterprise, bermakna, bisnes BUKAN bersyarikat.
1. Semak apakah jenis bisnes itu. Adakah ia mesti ada nama pemilik untuk diteruskan? Adakah ada lesen/kebenaran lain yang diperlukan bagi menjalankan bisnes itu?
2. Belilah bisnes itu atas nilainya. Lihat balance sheet bisnes, 6 atau 3 bulan terakhir management account, laporan penggajian
3. Sebaiknya, buka lesen enterprise yang baru atas nama Tuan sebagai pemilik baru ATAU buka syarikat baru.
Ini sahaja yang saya boleh respon dengan maklumat yang terhad.
TONTON KUPASAN LANJUT DALAM VIDEO dan SUBSCRIBE.
EDITORIAL
Tawaran coaching dan mentoring kepada pengusaha bisnes adalah dalam kumpulan kecil atau secara invididu (one-on-one).
Berbanding melihat kepada pendapaian dalam fasa tertentu, sesi yang dikendalikan akan membantu pengusaha melihat semula kepada bahagian penambahbaikan. Ini bermula dengan rancangan dan disiplin baru bagi pengusaha.
Fokus diberikan keutamaan untuk memaksimakan potensi dan sumber sedia ada.
Sebagai seorang yang pernah menjalankan bisnes semenjak tahun 2008, saya faham akan cabaran dan selok-belok kefahaman pengurusan bisnes yang memerlukan kita sentiasa bersedia dengan cabaran baru.
Jadi, saya jemput anda untuk memberi peluang mendapatkan sesi dalam bentuk coaching dan mentoring untuk melihat potensi yang ada.
Hubungi terus saya melalui emel di: noraminah.lifetract@gmail.com