BERBISNES – 5 SENARAI MENGATUR DARI AWAL

PENGURUSAN HR

MENGATUR DARI AWAL

Bermula dengan memikirkan pengakhirannya.

Apabila baru sahaja memulakan bisnes, adalah menjadi kebiasaan untuk kita melakukan semua perkara. Daripada hal pemasaran hinggalah kepada urusan pembersihan pejabat, kita jugalah yang melakukannya.

Saya pernah menghadiri salah satu program keusahawanan yang dianjurkan oleh kelab usahawan semasa saya masih belajar. Salah seorang panel yang dijemput telah menceritakan pengalaman beliau memulakan bisnes pusat tuisyen sehinggalah berkembang menjadi sebuah kolej ternama.

Antara yang masih saya ingat dengan jelas ialah tentang bagaimana beliau, pernah melakukan semua bidang kerja dalam bisnesnya itu termasuklah mencuci tandas di pusat tuisyen itu!

Kini kolej itu sudah mendapat taraf kolej universiti dan mempunyai 3 kampus pembelajaran di sekitar Kuala Lumpur.

Daripada sesi perkongsian beliau itu, dapatlah saya rumuskan beberapa perkara asas apabila memulakan bisnes.

Pertama, hadiri sesi perkongsian orang bisnes membolehkan kita mendengar dan mengumpul maklumat tentang bagaimana mahu memulakan, menjalankan dan mengembangkan bisnes.

Namun, cara terbaik untuk belajar bisnes itu ialah dengan melakukannya. Hampir kesemua kelas bisnes menekankan pentingnya mengambil tindakan dan memulakan satu perkara yang kita rancang.

Cara untuk bermula itu juga ada banyak pilihan. Antara pilihan yang banyak dicadangkan ialah bermula dengan berkuli dengan mereka yang pakar dalam industri dan bisnes itu.

Kedua, rancangkan perjalanan dan tempoh masa berkuli dan bertukar kepada aktiviti bisnes sepenuh masa.

Ketiga, pilih bisnes pertama yang sesuai dengan orang yanga ada disekeliling kita atau yang kita kenal sebagai fokus pelanggan pertama.

Keempat, belajar cara yang terbaik menyusun bisnes yang biasanya dimulakan dengan fokus kepada pelanggan dan membuka chanel perniagaan.

Kelima, apabila kita sudah boleh menunjukkan komitmen dan kesungguhan semasa berkuli, akan ada pihak yang sudi menjadi rakan kongsi kita untuk menjalankan bisnes baru itu.

Selepas itu, fasa membina syarikat boleh bermula.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

1 thought on “BERBISNES – 5 SENARAI MENGATUR DARI AWAL”

  1. Pingback: 2 PANDUAN PENTING UNTUK MEMBINA BISNES - Lifetract Learning

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.