4 PERBINCANGAN PENGURUSAN HR : SARINGAN KESIHATAN & DEKLARASI PERMOHONAN KERJA

PENGURUSAN HR

Pendahuluan

Senario isu pekerja di kalangan majikan berstatus PKS dan SME, banyak dibincangkan dalam konteks pematuhan AKTA PEKERJA. Bermakna, banyak kesalahan majikan yang diberikan perhatian dan tindakan kepada majikan diambil mengikut peraturan tertentu.Berdasarkan pengalaman menjalankan bisnes dan membimbing usahawan dalam hal pengurusan bisnes, ada beberapa perkara yang masyarakat umum, kumpulan pengusaha dan penguatkuasa peraturan dan undang-undang perlu ambil tahu.

PENGURUSAN HR: Situasi pengurusan sumber manusia dan staf.

1. SUMBANGAN MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

Syarikat PKS dan SME merupakan penyumbang besar dalam memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Ini sudah tentu dapat dilihat dengan jelas dan semakan data boleh dibuat. Berbanding dengan syarikat multi-nasional atau kilang pengeluar besar, mereka banyak mengambil pekerja luar negara atas pelbagai faktor. Maka sebahagian besar anak muda tempatan banyak bekerja dalam syarikat PKS dan SME dengan latarbelakang dan pengalaman mereka yang sejajar.

2. PENGURUSAN HR: PROSES DAN SISTEM PENGAMBILAN PEKERJA

Syarikat PKS dan SME mempunyai sistem dan sumber yang terhad dalam proses pengambilan dan menapis kesesuaian pekerja.Akibatnya, ramai individu dan anak tempatan yang memohon pekerjaan tidak melalui satu tatacara penilaian termasuk pengesahan status kesihatan terutama kesihatan mental yang kritikal bagi beberapa jenis pekerjaan. Pekerjaan kritikal ini termasuklah tugas yang dilihat remeh oleh masyarakat iaitu menjadi seorang pengasuh anak kecil, guru tadika dan ahli terapi kanak-kanak.

3. SITUASI IBU BAPA/PENJAGA ANAK DEWASA BEKERJA YANG ADA ISU KESIHATAN MENTAL (yang pelbagai)

Ada ibu bapa yang tahu tentang kesihatan mental anak, tidak menerima dengan telus situasi anak mereka dan masih mahu anak mereka bekerja seperti biasa. Ya, hak untuk bekerja dan berdikari tidak dapat dinafikan.Ada pula situasi ibu bapa yang tidak tahu bahawa anak mereka mengalami isu gangguan ini sehingga mereka dewasa dan masuk ke alam pekerjaan.

Ibu bapa yang mengetahui anak mereka mempunyai isu ini, memang wajar menggalakkan anak bekerja apabila sudah dewasa. Namun mesti ada sokongan dan memahami tahap kesihatan anak supaya mereka dibantu mencari situasi kerja yang sesuai. Sekiranya anak ada gangguan mental dan masih di bawah rawatan, sebaiknya tidak menggalakkan mereka bekerja dalam situasi yang boleh ‘trigger’ gangguan ini. Ambil kira nasihat pakar.

4. PENERIMAAN MAJIKAN

Banyak syarikat yang mempunyai kemampuan sistem teratur dapat mengenalpasti tahap keupayaan pekerja dalam tempoh 3 – 6 bulan pertama (probation period). Tetapi tidak bagi ramai pengusaha bisnes PKS dan SME. Beberapa situasi ‘negligence’ yang berlaku dan tular dari masa ke semasa, ada kaitan dengan situasi pekerja yang diambil masuk sama ada intern, sementara atau tetap. Tahap keupayaan sebenar individu ini, tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat.Maka, majikan mesti mewujudkan sistem pemerhatian pekerja dan menguruskan mereka yang tidak sesuai ‘not fit for the job’ dengan lebih serius. .

PENGURUSAN HR
PENGURUSAN HR MERUPAKAN SALAH SATU ELEMEN PENTING YANG PERLU DISEMAK PROSESNYA

Penutup

MESKIPUN banyak perkara di luar jangka pengusaha, ibu bapa kepada anak muda yang bekerja dan masayarakat, kita perlu sama-sama melihat perkara ini dengan lebih objektif. Sepanjang pengalaman saya bekerja dan menjalankan perniagaan pusat pendidikan daripada tahun 2020 – 2013, daripada 10 orang pekerja ada 3 orang yang mempunyai situasi kesihatan mental (termasuk depression) yang mengganggu prestasi kerja mereka.Satu pendekatan yang lebih telus dan sesuai mesti diambilkira oleh semua pihak.

Ini penting untuk mengharungi masa hadapan bagi pembangunan masyarakat yang harmoni. Ada situasi di mana anak muda bekerja yang mengalami masalah kesihatan mental tanpa diketahui sama ada oleh majikan atau ahli keluarga mereka. Ini benar-benar wujud. Satu mekanismes saringan pengambilan pekerja tanpa mengira status kerja sama ada tetap, sementara atau intern mesti diadakan.

Mesti ada langkah pengukuhan keupayaan pengusaha PKS dan SME dalam hal ini. Perlu ada ketelusan pemohon yang mahu bekerja untuk ‘declare’ tahap kesihatan dengan jujur. Ini penting terutamanya untuk skop kerja yang kritikal termasuklah pekerjaan seperti pemandu van sekolah, pengasuh dan guru tadika. Semua ini dapat dilakukan apabila ada kumpulan usahawan dalam industri yang dapat bekerjasama dalam usaha meningkatkan kapasiti pengurusan mereka.

NORAMINAH OMAR

Perunding Perniagaan untuk Bisnes Kecil dan Sederhana

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.